Akikah Danish, Aidiladha 2015 Meriah di Kelantan

8:12 AM

Assalamualaikum semua..Walaupun sudah 5hari, Hari Raya Haji telah berlalu..Tetapi bahang keseronokan masih lagi terasa sampai ke hari ini. Macam biasa setiap tahun kami sekeluarga akan pulang ke Kelantan untuk beraya kerana Murni dan husband dua2 orang Kelantan. Jadi tak ada isu untuk berebut nak balik kampung. Hihihi. Dan tahun ini kami suami-isteri berkesempatan untuk membuat akikah untuk Danish. Agak lewat juga sebab tahun ini umur Danish dah 3 tahun lebih. Tetapi sebelum ini memang banyak halangan jadi tahun ni kami berkelapangan dan diberi rezeki lebih. Alhamdulillah dapat laa Akikahkan Danish ni..



posing dgn Lembu

















Murni ambik 2 bahagian dari 7 bahagian lembu itu untuk akikah Danish ni. Alhamdulillah kami dapat lembu yang sangat sihat dan segar. Kami sangat2 berpuas hati dengan lembu ini. Inilah kali pertama kami dapat lembu hitam. Hihihi









jenuh pegang si Danish ni





Tengok laa betapa beraninya anak ibu ini. Asyik nak masuk rapat je dengan lembu tu. Apabila dah lepas sembelih pon asyik nak pergi dekat lembu tu nak tengok darah katanya. Adoii. yang tak tertahan tu bila dia kata "Lembu darahhh dah, Abah cepat sapu ubat!! hahaha"












Memang dah jadi kebiasaan di kampung Murni segala aktiviti menyembelih, memotong, melapah dan mengagihkan daging dilakukan sendiri oleh orang yang buat korban/akikah itu sendiri. Tapi ada juga laa beberapa orang kampung datang untuk tolong mengerjakan lembu itu. Dulu2 masa baru2 kahwin husband tak suka aktiviti tersebut kerana amat memenatkan. Tetapi loni dia pulak bersungguh..Dah cekap pon dia..Hihihi















Selepas aktiviti mengagihkan daging selesai daging tu Murni bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian Murni masak untuk dibahagi-bahgikan kepada jiran. Mula2 Murni memang cadang nak buat kenduri tetapi jiran2 Murni semuanya sibuk sebab masing2 dah buat korban di setiap rumah. Jadi mak bagi cadangan untuk masak sendiri jer dan kemudian dibahagikan kepada rumah2 jiran. Sebab daging akikah disunatkan bahagi setelah dimasak. Dan daging tersebut disunatkan masak manis sikit. Hihihi. Dan satu bahagian lagi Murni sedekahkan terus daging mentah kepada rumah anak2 yatim.



















Inilah gulai daging ala2 gulai kawah. Guna periuk jer sebab mana ada kawah hihihih. Tapi gambar ni sebelum masak lagi. Belum masuk santan lagi. Tetapi Murni terpaksa tinggalkan kat mak untuk masak sebab nak pergi hantar daging ke rumah anak2 yatim. 








Alhamdulillah walaupon tak buat kenduri kat rumah..gulai daging seperiuk habis licin. Syukur tak ada membazir langsung. Dah alang2 cerita tentang akikah Murni nak share sedikit info tentang ibadah akikah kat bawah. Semoga segala ibadah kita diterima oleh-Nya..Aamiiin!



`Aqiqah 


PENGERTIAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.


  
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. 



WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 


Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam: 

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya: 
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)


SYARAT ‘AQIQAH
  • Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
  • Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 



PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

Berdoa semasa hendak menyembelih: 


 بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya: 
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. 
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin. 
  • Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.  



PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

  • Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 
  • Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
  • Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.  
  • Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 
  • Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.  
  • Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 
  • Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 
  • Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  • Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin. 



HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya: 

  • Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. 
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah. 
  • Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.  
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak. 
  • Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah. 



PERBEZAAN ANTARA 'AQIQAH DAN KURBAN

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 

  • ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah. 

  • Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 

  • ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il. 

  • Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak. 


Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. alhamdulillah.. selesai semuanya...

    ohh.. kena lapah sendiri dari tuan yang buat korban tu..

    first time dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kira bergotong royong ramai2.. tp husband akak just tolong2 ja sebab tak berapa mahir sangat..hihihi

      Delete
  2. meriah raya haji kak murni yer.. =D

    ReplyDelete
  3. Danish nak sapu ubat kat lembu yer.. meriah Raya Korban keluarga Murni yer...

    ReplyDelete
  4. nampak meriah.. orengiur baju danish

    ReplyDelete
  5. Kelantan selalunya mcm tu la

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang