Ziarah Pusara Arwah Nenek, Al-Fatihah!

1:49 PM

Dipagi Jumaat Hari Raya Aidiladha ke-2 diberi kesempatan untuk menziarah Pusara Arwah Nenek tersayang yang telah meninggal pada 01.02.2012 pada usia 82 tahun. Nenek ni sebelah emak. Dan meninggal kerana sakit tua. Masa arwah meninggal Murni tengah mengandungkan Danish 6 bulan. Loni Danish dah pon 3 tahun 6 bulan. Ya- Allah begitu cepat masa berlalu. 





Alysa dan Danish sangat baik haritu. Diorang duduk jer sementara tunggu emak Murni pergi ambik cangkul untuk gemburkan tanah kat kubur arwah. Mungkin diorang tahu ini adalah kubur nenek mereka walaupon mereka tak sempat untuk kenal & ingat muka arwah..huhuhu 

















Alhamdulillah selesai sudah mengembur dan meninggikan tanah kubur arwah. Perasan tak ada 2 pokok bunga cina atas kubur tu yang tumbuh subur. Emak kata pokok tu emak letak masa kebumikan arwah. Alhamdulillah terus tumbuh subur dan lebat bunganya. Bunganya jatuh tup-tap tup-tap atas kuburan arwah.. Semoga pokok & dan bunga2 ini akan bertasbih keatas arwah. Dan disebabkan berkat tasbih pokok atau bunga tersebut, maka siksa arwah dan orang yang telah mati di dalam kubur diringankan..Aamiiin!! Sayu pulak hati ini..Huhuhu. 









Sebagai anak cucu cicit, hanya pahala bacaan ayat suci Al-Quran sahaja mampu dikirim. Semoga roh arwah Bidah Bt Dollah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aamiiin! Al-Fatihah.












"Selamat tinggal mok, InshaAllah kalau diberi izin olehNya Kak akan dtg lagi menziarah pusara mok".. Assalamualaikum Ya Ahli Kubur semua.. 



























Amalan Yang Sunat Dilakukan Apabila Menziarah Kubur


Antara objektif individu Muslim menziarahi kubur adalah untuk memperolehi faedah daripadanya, terdapat beberapa amalan dan adab yang sunat dilakukan; samada sebelum atau semasa berziarah. Amalan ini bukan sahaja menghasilkan ganjaran kepada orang yang berziarah itu sendiri, bahkan juga akan mendatangkan manfaat kepada si mati. Marilah kita perhatikan antara amalan-amalan tersebut secara ringkas:


Antara amalan yang sunat dilakukan sebelum pergi menziarahi kubur ialah:

Berwudhu’ dan memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Kemudian, barulah kita bertolak menuju ke tanah perkuburan dengan membulatkan hati, berniat ikhlas selari dengan tujuan-tujuan ziarah sebagaimana yang telah disebutkan terdahulu. Apabila tiba di tanah perkuburan pula, antara perkara yang sunat dilakukan ialah:

Pertama: Memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur. Maka cara yang afdhal salam ini dilakukan ialah dalam keadaan kita berdiri di tepi perkuburan, dengan membelakangi qiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi. Sekurang-kurang lafaz salam ketika menziarahi kubur ialah:

السلام عليكم
Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian.”


Ataupun, doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits riwayat Muslim :

السلام عليكم يا اهل الديار من الموءمنين و المسلمين و إن إنشا الله تعالى بكم لا حقون نسأل الله لنا ولكم العافية

Maksudnya: “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni kampung-kampung dari kalangan mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya kami, Insya Allah, akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah ‘afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian.”

Kedua: Disunatkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan duduk, terutamanya membaca Surah Al-Ikhlash sebanyak sebelas kali atau membaca Surah Yasin, kemudian menghadiahkan pahala bacaan itu kepada mereka. Sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni:

Maksudnya:

Siapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalu membaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian menghadiahkan, pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia akan diberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang mati.

Sebuah hadits pula yang diriwayatkan oleh Ma‘qil bin Yasar Radhiallahu ‘anhu, Abu Daud, dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban, berbunyi:

Maksudnya:

Bacalah ke atas keluarga kamu yang telah mati akan Surah Yasin.

Ketiga: Setelah selesai membaca al-Qur'an, untuk menghadiahkan pahala bacaan kepada si mati sebaiknya dibaca:

اللهم أوصل ثواب ما قرأته الى فلان

Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang telah ku baca ini kepada si Polan.”

Keempat: Setelah itu, disunatkan kita berpaling ke arah qiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan untuk berdoa. Dalam kita memilih mana-mana doa yang akan dibacakan, apa yang lebih penting ialah kesungguhan kita dalam memahami maknamaknanya, kerana ianya dapat menolong ke arah melahirkan matlamat ziarah itu sendiri. Di antara doa-doa itu ialah:

Maksudnya:

Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas kamu, wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, dan sesungguhnya, sekiranya diizinkan Allah, kami akan bertemu dengan kamu. Kamu telah mendahului kami, dan kami akan menyusuli kamu, dan kami memohon kepada Allah ke‘afiatan bagi kami dan bagi kamu juga.”

Maksudnya:

Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas kamu, wahai ahli kubur, semoga Allah mengampuni kami dan kamu, kamu orang yang mendahului kami, dan kami akan menyusuli kamu.”

Selain itu, kita juga disunatkan memberi salam ketika melintasi mana-mana kubur orang-orang Islam; walaupun tanpa niat untuk ziarah, dan juga berdoa untuk keselamatan mereka.

Kelima: Selepas berdoa, antara amalan yang sunat kita lakukan ialah merenjiskan atau memercikkan air ke kubur dan meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur.

Kesemua perkara ini adalah berdasarkan kepada Sunnah atau amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah, bahawa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memercikkan air di kubur anaknya, Ibrahim. Manakala meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di atas kubur merupakan ikutan daripada perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur anaknya, Ibrahim. Disebabkan berkat tasbih pelepah atau bunga tersebut, maka siksa orang yang telah mati di dalam kubur diringankan.

Larangan-Larangan Yang Perlu Dijauhi

Di samping mengerjakan perkara-perkara sunat, terdapat juga larangan yang perlu dijauhi oleh mereka yang hendak menziarahi kubur. Antaranya ialah:

1) Janganlah meratap, memekik, serta memukul-mukul pipi, kerana terlalu dukacita.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, telah melarang perbuatan sedemikian, berdasarkan sebuah hadits daripada Buraidah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya:

Tidak termasuk di dalam golongan kami orang yang memukul-mukul pipinya, mengoyak-ngoyak koceknya, berteriak-teriak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah.”  (Hadits muttafaq ‘alaih)

Adapun sedih atau mengalirkan airmata tanpa ratapan tidaklah dilarang, kerana kesedihan dan mengalirkan airmata itu merupakan tanda rasa kasih kepada ahli kubur atau merasa insaf tentang hari kematian.

2) Makruh duduk di atas kubur. Akan tetapi duduk di sekitar atau di sekeliling kubur tidaklah dilarang.

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:

Seseorang yang duduk di atas bara api lalu terbakar pakaiannya sehingga terkupas kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur.”(Hadits riwayat Muslim)

3) Jangan (tidak harus) memijak kubur tanpa keperluan ataupun hajat, kerana memijak itu sama hukumnya seperti duduk. Walau bagaimanapun, jika tidak ada jalan menuju ke kubur yang hendak diziarahi itu melainkan memijak kubur yang lain, maka ketika itu harus memijak kubur kerana adanya keuzuran.

(4) Haram melakukan perkara-perkara khurafat yang menjejaskan aqidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah perkuburan dan yang seumpamanya.

Maka berdasarkan penjelasan yang ringkas ini, hukum asal bagi perempuan Islam menziarahi kubur adalah makruh. Ia tertakluk kepada seluruh aspek yang berkaitan dengan hukum

ziarah itu; seperti tujuan ziarah, keupayaan menjaga adab dan tuntutan syara‘, serta menjauhi larangan. Mereka juga boleh, bahkan sunat, membaca ayat-ayat al-Qur’an dan berdoa untuk simati.

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang