Bercuti di Langkawi Part 1 ( Century Helang Hotel )

8:53 AM


Assalamualaikum..


Alhamdulillah pada 8hb - 11hb Disember 2015 lepas Murni sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercuti selam 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi, Kedah. Kami sangat2 teruja laa sebab dah lama tak kesana. Last Murni pergi ke Pulau langkawi masa mengandungkan Alysa 6 bulan. Tahun depan Alysa pon dah 6 tahun. Ohh lama sungguh..



Century Hotel Helang


Tujuan utama Murni ke Langkawi adalah untuk menyambut Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke -7 yang jatuh pada 11 Disember setiap tahun. Dan juga sekali sekali bertukar angin laa orang kata. Lagipun Alysa tengah cuti sekolah. Tahun depan Alysa dah nak masuk Pra-sekolah. Ape salahnya sekali sekala bawa mereka keluar dari Pulau Pinang. Lagipun Alysa & Danish belom pernah jejak kaki mereka ke Pulau Langkawi ini.



4D3N Langkawi Trip


Flight kami berlepas dari Penang International Airport pada pukul 11:10pagi dan sampai di Langkawi Airport dalam pukul 11:45pagi. Alhamdulillah syukur takda delay flight haritu. Dan cuaca pon tersangat baik haritu.



Penang International Airport


Depa duk ber-3


Penang dari udara


Pulau Langkawi dari udara


Langkawi dari Udara


Sampai dah Langkawi Airport


Selpie dulu


Kalau dah sampai Langkawi perkara yang harus diambil kira selain hotel adalah Kereta Sewa. Haritu Murni hanya sewa kereta Perodua Viva (manual) dengan sewa harian sebanyak RM70/day. Mungkin sebab musim cuti sekolah jadi harga sewa kereta mahal sikit. Tapi Alhamdulillah kami dapat kereta yang ok. Sebenarnya Murni dah booking kereta seminggu sebelum kesana lagi melalui seorang kawan. Sebaik tiba di Langkawi Airport kereta tu dah siap menunggu. Tanpa bayar deposit tau.. dan duit sewa pon kami bayar melalui transfer online. Murni start pakai kereta ni 8hb dan return 11hb pagi tapi bayaran yangdikenakan adalah RM210 jer. Kalau kawan2 nak booking kereta sewa di Langkawi boleh jer Call/Whatsapp En Asraf  013-4381717.



Perodua Viva (manual)



Dah selesai bab sewa kereta sekarang kami kena uruskan pasal hotel pulak. Kebetulan haritu kami sampai awal jadi sempat laa kami pergi makan dahulu kat Pekan Kuah sementara menunggu masa untuk check-in hotel pukul 2ptg. Untuk 4 hari 3 malam ni kami menginap di Century Helang Hotel bersebelah jer dengan pagar Langkawi Airport ini. Kalau nak jalan kaki pon boleh kerana ada satu laluan khas dari airport ni ke Century Helang Hotel ni.



Depan Hotel Helang


Alhamdulillah kami selamat check-in. Sebenarnya 6 tahun lepas Murni dah pernah menginap disini. Sebab itu kali ini Murni memilih untuk menginap disini lagi. Salah satu faktor utama adalah kerana bilik hotel ini sangat luas. Kedua sebab ada swimming pool..almaklum dah ada anak mereka mesti kalau nak berjalan nak mandi kolam. Dan faktor ketiga adalah harga yang berpatutan. Husband dah booking bilik hotel ini melalui amoma.com 3bulan yang lepas dan dapat laa harga RM159/Night include 3 hari breakfast untuk 2orang. Kira murah juga laa tu sebab masa tu musim cuti sekolah.



Katil Deluxe King


Danish test katil,  Alysa test telefon (adoiyya)


Danish test landing dlu


Lulus katanya


Ada meja tulis


Boleh laa update blog malam nanti


Tepi tingkap ada katil boleh tidor sini juga


View swimming pool


tempat bancuh teh/kopi


tub mandi besar tuu


ruang mandi berasingan

sinki ada air panas/sejuk


toilet (mujur ada getah paip)


Depan Lift Level 4 (bilik kami) 



Pokok Krismas


Lobi Hotel


Lobi Hotel


Ruang Menunggu


Dinning Hall


Dinning Hall


Dinning Hall


Swimming Pool


Ok selesai bab check-in hotel dan rehatkan badan tetiba anak-anak dah terlompat-lompat ajak turun mandi kolam. Bila tipu takda orang mandi diaorang intai kot tingkap nampak dah ramai yang mandi-manda kat pool tu..apa lagi bisng laa depa.. Maka terpaksa la mak pak ikutkan ler anak-anak nak pelepas angin mandi kolam. Lagipon dah lamamereka tak mandi kolam sebenarnya..kesian depa..hehehe. Ok laa lepas mandi nanti kami nak keluar ke Underwater World Langkawi di Pantai Chenang pula..Jumpa disana ya..cewah2!!



Selepie dulu kami anak beranak


Danish kemain eksyen


Alysa tunjuk skill kuak lentang


Oh my HERO!!


seronoknya depa


dalam pagar kolam kanak2


ibu memerhati dari jauh ja



Kemudahan yang ada di Century Helang Hotel :

Kemudahan hotel:

  • Dewan makan (buffet for breakfast)
  • mini market dekat lobi
  • Wifi (di setiap tingkat)
  • kolam renang (kanak-kanak)  kolam renang luar
  • bar tepi kolam
  • parking
  • kedai kopi  
  • kedai runcit
  • kemudahan bagi tetamu kurang upaya  
  • kemudahan mesyuarat  
  • khidmat teksi  
  • layanan bilik  
  • perkhidmatan dobi  
  • restoran  
  • simpanan bagasi surat khabar



Kelengkapan Bilik:

  • Televisyen (Siaran Vision 1)
  • Heater
  • Iron/iron Board (dalam bilik)
  • Almari baju / Hanger
  • bantal extra 2biji
  • selimut extra
  • Pendingin hawa
  • Telefon
  • Sejadah
  • Peti Ais
  • Coffee / Tea / Glass
  • ruang mandi dan tab berasingan
  • Alat mandian
  • Hair dryer
  • Tuala










Artikel Menarik Yang Lain

31 ulasan

  1. menarik juga hotel helang ni

    ReplyDelete
  2. bestnye hotel tu besor pun puashati
    janji ada tub and pool yang awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup El..bila ada anak ni faktor utama yang diambil kira bila pilih hotel tu laa.."swimming Pool"

      Delete
  3. saya dah banyak kali kena tipu pasal kereta sewa. Mintak lain tapi yang dapatnya lain. lepas ni boleh contact en asyraf untuk kereta sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a..mujur kami haritu tak kena tipu..Alhamdulillah

      Delete
  4. Ingatkan ibu dukung baby.. rupanya ibu dukung ultraman... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a..otomen tu laa kena usung kesana kemari..kadang2 otomen..kadang2 spiderman..nasib laa kaann

      Delete
  5. saya dulu pergi langkawi naik feri straight dari penang.. 3 jam atas feri.. turun mmg mabuk laut habis.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..tak pernah lagi naik feri jauh2..hehehe

      Delete
  6. Best mokcik pi bercuti..bila nak tunjuk Corelle hehehe

    ReplyDelete
  7. Ok.. hotel yang ohsem.. Boleh mark nie... Tapi bilalah agaknya nak ke langkawi.. Huhuhu.. Jalan udara seram.. jalan laut pun seram.. nape depa x buad bridge macam penang ye...

    ReplyDelete
  8. comel alysa berenang tu... kalau nk langkawi boleh follow akak nanti

    ReplyDelete
  9. Assalam murni,
    waaaaaaaaaa
    santek hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sha..yang ni jer mampu..hehehe

      Delete
  10. Salam..boleh tau x bising x duduk hotel ni sbb sebelah airport kan..sbb mcm best hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..tak bising pon..takda bunyi ape2 pon..sebab bilik hotel kalis bunyi..lobi pon kalis bunyi dan ber air cond..ms kat swimming pool je ada bunyi tapi tak kuat pon..landasan jauh dari hotel ini..

      Delete
  11. Nampak menarik hotel niii..bilik tu lantai die tak da karpet ye..sejuk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jer..lagipon langkawi panas tak macam genting highland atau cameron highland..hihihi

      Delete
  12. tuan rumah, tumpang lalu, nak promote blog sendiri sikit boleh?

    jom datang blog saya, saya kongsikan perbelanjaan percutian kami di Langkawi http://sangkancilmenaip.blogspot.my/2016/06/perbelanjaan-percutian-di-langkawi.html

    ReplyDelete
  13. Thank you for the info. Sbb nak pergi langkawi juga ni. 😀
    www.drshimamatsaad.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  15. century helang hotel.. menariknye best bilik pun besar tu kan

    ReplyDelete
  16. Hello, just wanted to say, I enjoyed this article. It was funny. Keep on posting! outlook sign in

    ReplyDelete
  17. apa perjalanan yang indah! Kali terakhir saya hanya memandu Perodua Aruz
    saya untuk lawatan nasional dengan keluarga saya.

    ReplyDelete
  18. Thank you for this great post! I like your articles! mattress in a box

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang