Bercuti di Langkawi Part 2 (Underwater World Langkawi)
2:56 PM- Bercuti di Langkawi Part-1 (Hotel Helang)
- Bercuti di Langkawi Part-3 (Langkawi Cable Car)
- Bercuti di Langkawi Part-4 (Pulau Dayang Bunting)
- Bercuti di Langkawi Part-5 (Pulau Beras Basah)
Assalamualaikum..ini adalah kali Pertama Murni menjejaki kaki ke dalam Underwater World Langkawi ini. Memang sangat-sangat teruja..Tak percaya cerr tengok Danish duk tarik-tarik tangan ibu..Tak mau possing dah..hehehehe.. Ok laa anak, tunggu abah beli tiket masuk dulu..
Underwater World Langkawi |
muka-muka ceria |
Underwater World Langkawi ni terletak di area Pantai Chenang. Tiket masuk ke Underwater World Langkawi untuk dewasa macam Murni dan husband adalah RM33 (warganegara Malaysia). Kanak-kanak umur 3-12 tahun adalah RM23 (warganegara). Dan Untuk bukan warganegara, harganya berbeza diorang terpaksa membayar extra RM10. Kami sekeluarga sangat rugi haritu kerana tak tahu kalau pekerja Government boleh dapat discount. Nak buat macam mana takda rezeki..hehehe
Entrance Fees | |
Adults | RM43 (without MyKad) / RM33 (with MyKad) |
Children (3-12 years old) | RM33 (without MyKad) / RM23 (with MyKad) |
Malaysian Senior Citizens (50 years old & above) | RM26 (with MyKad) |
Goverment Rate | Adults RM26 and Children RM18. One (1) Government I.D. Card entitles for two (2) adults and two (2) children. |
Exhibition/Display Areas | |
Daily | 10:00 am - 06:00 pm |
Public/School Holidays | 09:30 am - 06:30 pm |
Animal Feeding Sessions (commencing on 1st October 2011) | |
African Penguin | 11:00 am and 2:45 pm daily |
Rockhopper Penguin | 11:15 am and 3:00 pm daily |
Furseal | 02:30 pm daily |
Tunnel Tank | 03:30 pm daily |
Kaunter Tiket |
Danish masih lagi teruja |
Besarnya ikan |
Apa ada kat dalam Underwater World Langkawi ni ya??? Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian yang menempatkan hidupan asal sesuatu tempat iaitu seperti hujan hujan tropika, sub antartika, fresh water, hidupan dekat laut dalam, coral dan sebagainya. Dan terdapat juga beberapa galeri yang memaparkan gambar dan info-info berkaitan dengan binatang-binatang yang hidup di bahagian-bahagian tersebut. Banyak juga benda baru yang boleh kita hayati dan fahami disini..Sebelum ini kita hanya tengok dalam TV kali ini bila dapat tengok depan mata memang teruja sangat laa kann..hehehe..
sebenarnya nak tunjuk burung kat belakang tu |
2 spesis cicak tokek |
katak dan ikan smiley..hehehe |
Ikan besar ni tau |
tengok laa bertapa teruja Alysa & Danish |
Selpie laki bini |
Selpie sekeluarga |
Rasa macam dalam laut dah |
Selain ikan-ikan yang betul berenangan dikiri kanan dan atas kepala..terdapat juga Mural2 3D yang dilukis di dinding2 dan di terowong2. Jadi boleh laa kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Tertapi oleh kerana faktor pengcahayaan agak kurang jadi kualiti gambar pon agak kurang memuaskan. Tapi takpa laa asalkan ada..tak gituuuu
Terowong |
mural ikan besar |
mural ikan warna-warni |
ikan warna-warni betul |
Ikan Yu |
Ikan Yu dan Pari |
Octopus dan Ketam Gergasi |
Obor-Obor |
Ikan Buntal yan Comeyyy |
Kura2 Gergasi |
Ikan besar2 |
Pandangan Atas Kepala |
hidupan Aquatic yang comeyyy |
Coral yang cantik |
ikan kuning |
ikan hidung gajah |
Kuda laut |
ikan merah |
ikan buntal |
Nemo & Clown Fish |
Ikan bewarna-warni |
Paling-paling best dan seronok adalah dapat tengok gelagat Rockhopper, spesis penguin yang suka melompat dari satu batu ke batu lain. Penguin ini memiliki bulu kening yang unik. Penguin ini adalah spesis yang ada dalam cerita "Surf UP". Comey sungguh..Mengikut info kat galeri sini, ada penguin yang Tun Mahathir sendiri yang bawa balik dari antartika nun jauh di sana. Dulu kat sini tak banyak sangat, tapi masa aku pergi ni, dah membiak dengan jayanya. Rasa nak bawa balik bela kat rumah sekor je..Tapi sebelum Murni dapat main mesti jenuh kena berebut dengan Alysa & Danish..hehehehe
Comey sangat |
Dengan Singa Laut |
Galeri yang menyimpan pelbagai bentuk dan saiz kulit siput |
Disini koalm cetek dan terbuka boleh sentuh coral dan ikan2 |
Berani akak pegang Timun Laut (lembik2 rasanya) |
Ok dah puas cuci mata kami sekeluarga keluar ke bahagian taman buatan yang berada di tengah2 Underwater World ni. Terdapat sebuah taman yang sangat cantik dan ada air terjun serta jambatan di tengah2. Jadi boleh laa kami welfie samapai muntah (kalau kawan2 tak mau tengok sila scroll laju2 ya).
Dapat la satu Family Potret (Danish susah nak bergambar) |
Ok dah habis kat taman tu kami menaiki tangga ke atas. Sebenarnya kami pun tak tahu ape ada kata atas tu. Tapi bila dah samapai atas rupanya ada satu studio untuk gambar 3D. Tapi kami tak beli pon tiket. Hanya ambik gambar dekat2 luar jer.
Lebih kurang dekat sejam jer kami kami kat dalam Underwater World Langkawi ni..Setelah penat mencuci mata dan berselfie..akhirnya kami dah sampai ke pintu keluar. Dekat pintu keluar tu ada kedai cenderamata. Tetapi kami tak beli ape-ape pon. Dan macam tau2 pulak kami masa tu tengah kebulur coklat..pintu keluar pulak adalah bersambung dengan Duty Free Mall..Ape lagi beli la coklat sikit untuk upah Danish & Alysa haritu..Ok laa sudah tamat Part 2 nanti adalagi Part 3 iaitu kami ke Langkawi Geopark (Sky Cab) pulak..Tak sabar dah ni nak cerita..Jumpa lagi naaa..ta ta bai bai..
15 ulasan
bestnyaa!! kalau ceni bukan setakat danish dgn alysa je teruja.. hehehe..
ReplyDeleteBetul tu Husna..mak pak pon teruja..nampak x selpie sampai lebam mak paknyer...hehehe
DeleteAssalamualaikum kak murni.. Pergh!! Ohsemnye.. Macam jenis spesis dan amakhluk ada dalam underwater tu yer.. Siap ada 3d studio lak..Cam best jer..
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sha..Murni tak pernah pergi lagi UWW tempat lain jadi yang ni laa terbaik buat takat ni..hehehe
DeleteSha pun belum pernah masuk lagi UWW nie.. teringin gak nak bawa anak-anak.. Mesti seronok.. Mak pun teruja..
Deletelast saya ke UWW ni, lebih 20 tahun dulu...
ReplyDeleteTaman Buaya ada lagi tak?
Lamanya tu IM..Taman buaya ada lagi tapi saya x pergi ponn..
DeleteSuka tengok penguin kalau mai sini..
ReplyDeletepenguin yang ada kening tu cantik kan..comey kann
DeleteBest kan...
ReplyDeletePling suka penguin2 tu..
Cute sgt2
Yup rasa macam nak curi bw balik jaa sekor
DeleteBestnya ! Mcm nk bercuti kat situ je hehe
ReplyDeletea'a boleh sangat2 laa YS nak kesana..dekat ja
Deletebila nak sampai sini.. emmmmmm comel semua hidupan laut tu
ReplyDeleteAssalam murni,
ReplyDeleteoooooo dah ada 3D musium kat ateh tu noooo
dolu ahkak pi xdop ghasernya he3