Bercuti di Langkawi Part 4 (Pulau Dayang Bunting)

6:22 PM



Alhamdulillah..


Hari ke-3 kami di Langkawi kami ambik pakej Hopping Island la pulak. Kami nanti akan dibawa melawat ke 3 buah pulau menaiki bot ke 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (Eagle Feeding) dan juga Pulau Beras Basah. 



Excited first time naik boat

first destinasi (Pulau Dayang Bunting)


Jadi pagi tu kami turun awal untuk breakfast kerana pukul 9 dah kena berada di Amzar Motel di Pantai Chenang untuk Island Hopping ni. Jadi kami makan kenyang2 laa sebab dah google makanan dan minuman masa hopping island nanti mahal2..hehehehe



Isi perut anak2 dulu



saladku

nasi lemakku

bihun supku


Island Hopping ni ada 2 trip satu sesi pagi (9pg-12tgh) dan satu sesi petang (2ptg-6ptg). Kami ambik sesi pagi sebab cuaca biasanya elok cerah and tak panas sangat kalau pagi2. Kalau nak murah pakej island hopping ni boleh cari la kat area2 Pantai Cenang tu.. Haritu kami ambik pakej dekat Amzar Motel jer. Kereta pon parking dekat sana. Haritu kami dapat harga dewasa RM30 seorang dan Alysa & Danish RM20 jadi total kami habis RM80. Sesudah membayar tiket kami terus dibawa menaiki van ke jetty untuk menaiki bot.



jetty

dah ramai orang sedang tunngu bot mai ambik

Excited first time naik boat

Alysa pon seronok

senyum memanjang

cantik sungguh pemandagan

nampak tak seperti perempuan mengandung



Destinasi pertama kami adalah Pulau Dayang Bunting untuk melihat sendiri Tasik Dayang Bunting. Dekat Tasik Dayang Bunting ini kita boleh bermandi-manda tau.. ada kolam-kolam buatan untuk orang dewasa dan kanak2.. kalau yang pandai berenang tu leh terjun dalam tasik terus..yang tak pandai berenang tu silalah mandi kat kawasan kolam yang dah dibuat tu je ye..huhuhu...Selain dari itu ada juga aktiviti kayak dan macam2 lagi.. 



bot kami antara yang terawal sampai..

Tasik Dayang Bunting



Tetapi nak ke tasik tu kena memanjat bukit sket laa.. agak jauh juga tapi berbaloi..cuma macam tak sesuai untuk warga tua sebab penat sket hehehe Biasanya sini pon diorang bagi lepak sejam lebih. Selain tu dinasihatkan bawa duit ya sebab nak masuk pon kena bayar tau. Ada entrance rasmi before nak ke Tasik Dayang Bunting tu, di mana haritu dewasa kena bayar RM3. Alysa & Danish Free. (ada rombongan satu bot dengan kami tak bawa duit sebab dulu katanya free, jadi diorang tak masuk laa..huhuhu)



Alysa posing dulu

danish yang susah nak bergambar

Alysa & Danish excited

Sebelum panjat bukit selpie dulu

masa turun ok..masa naik pancit oiii

Alysa semput

dah sampai

SEJARAH TASIK DAYANG BUNTING DARI WIKIPEDIA



Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik, terletak di Pulau Dayang Bunting, berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.





Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak, jaket keselamatan dan lain-lain.





Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan - satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung. Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan. Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter - Jadi jangan terjun sembarangan.





Kami antara pengunjung yang terawal sampai..Dan matahari pon tengah terik memancar..Tiba-tiba pula kami takda mood pulak nak mandi..sebab dah tahu kalau nak mandi masa sejam mana cukup. Lepas selpie selpiaq kami balik ke jetty untuk tunggu bot nak ke Pulau Singa Besar pula untuk tengok Eagle Feeding..Semasa kami kami berjalan balik tu berduyun2 pengunjung yang datang..memang happening sangat..hehehehe






Danish tengah check line

belakang nampak juga macam perempuan menagandung


Sementara tunggu pakcik boat sampai kami ambik peluang untuk ambik gambar kenang-kenangan dekat jetty tu..memang pemandangan yang sangat cantik..Maaf la kalau kome semua meluat tengok muka kami laki bini yang hantu selfie ni..hehehehe..














































Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. SA pernah pi Langkawi tapi x pernah sampai ke sini lagi..ok next kena pergi

    ReplyDelete
  2. Ingatkan diet, makan salad ja.. rupanya, ada menu susulan.. haha

    ReplyDelete
  3. alahaiii ntah bila lah weols nak p langkawi ni...

    ReplyDelete
  4. uishhhh,, rindunyaaaa langkawi..
    hai , ain datang singgah sini dan follow .
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah amek pakej island hoping ni.. kalo pegi Langkawi mesti terperuk dlm hotel sbb tunggu mak meeting.. kena jugak try skali..

    main dgn keli kak ? x kena sengat ke ?

    kalo hotel ada sedia service island hoping amek ngan hotel je la kan.. xyah cari2 dah..

    kalo kita mandi brendam kt tasik ni.. lepas tu x salin baju.. terus je naik boat dia xkasi ke ? sbb nanti nak mandi lagi kan..

    ReplyDelete
  6. Macam best je... Sejam mana cukup lepak kat Tasik Dayang Bunting nie... Kalau nak stay lama sket boleh tak?

    ReplyDelete
  7. baru syok tengok gambar hahahhaha... alysa manis tersenyum dia.... ada orang pulau ni kalau g honeymoon boleh bunting yeke xtaw la

    ReplyDelete
  8. Cantik.. banyak gambar...
    Malangnya sha xtau la bila boleh sampai..
    Takut naik feri, bot ngn kapal terbang..
    Camne... huhuhu

    ReplyDelete
  9. kelakar tengok gambar yang ibu ayah alysa selfie tapi danish buat hal sendiri tengok air laut .hihihihih. murah pulak rasanya pakej akak. nak pegi la nanti tapi tunggu anibeseri bawak adik baby pulak hihihihi

    ReplyDelete
  10. tasik dayang bunting rupanya kat langkawi ek
    mati2 igt kat perlis hahahaha
    menarik gak sini..xnah mai sini pun ms taun 2015 mihmimih

    ReplyDelete
  11. bila nk jelajah tasik ni. kalau ke langkawi tak penah p lg

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang