Bercuti di Langkawi Part 5 (Pulau Beras Basah)

10:53 AM


Assalamualaikum...



Sambungan dari Hopping Island..selepas menikmati pemandangan indah di Tasik Dayang Bunting dalam lebih kurang sejam kami dibawa pula menaiki bot ke Pulau Singa Besar pula untuk melihat eagle feeding. Tapi sayangnya tak ada gambar. Husband la kata dia nak ambik video.. Tapi mungkin dio lupa nak tekan on..bila balik hotel tgk xda pe pon. sangat rugi..huhuhu..Tapi kami semua sempat laa tgk depan mata sendiri burung helang banyak datang menyambar makanan perut ayam yang dilempar oleh driver bot kami..memang besar2 burung helang tu..Seram pon ado..hihihi



Alysa Danish mandi laut


Pulau Beras Basah (panas wow)



Pulau Beras Basah, Langkawi (sumber Wikipedia)



Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar . Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju. 



Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.



Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. (masa Murni pergi vavi hutan pon keluar..hahahaha) Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah Pulau Beras Basah.



sembang ape tu abag oiii


amboi bukan main seronok ore belakang tu..hihihih


rambut Alysa dibuai angin bayu laut



dalam bot ke Pulau Beras Basah



pemandangan yang cantik


Alhamdulillah sudah sampai..panas terik masa tu..kami sampai dalam pukul 11 macam tu..Selpie laa dulu kami laki bini..Alysa & Danish dah kalut duk ajak mandi laut. Murni nak ingatkan kat sini takda toilet tau!!!..Cuma bilik persalinan jer ada. Macam Murni memang tak pakai baju mandi siap2 sebab tak nak mandi..Cuma bawa baju mandi Alysa dan Danish jer. Kalau kawan2 ada niat nak mandi boleh jer pakai baju mandi siap2 kerana sementara menunggu pakcik bot datang sempat kering baju tu. Lagipon kalau baju basah pon boleh jer naik bot tu. Sementara nak sampai jetty dah kering dah..hehehe Jangan lupa juga pakai sunblock tau..kalau tak  nak jadi legammm macam kami..hehehe 



gambar pon tak center sebab panas sangat

















Ok laa. Sekarang masa untuk lepaskan Alysa dan Danish mandi laut. Airnya memang jernih sehingga boleh nampak kumpulan anak-anak ikan berenang di celah2 kaki kita. Pasirnya pon sangat lembut. Ape lagi pulun laa budak 2 orang tu mandi sampai tak mahu naik. Kalau kawan2 nak snorkeling boleh jer sewa alat snorkeling dekat pakcik driver bot atau ada kedai kat sini. 


menyesal tak bawa baju mandi..hehehe











helikopter pon boleh disewa..


Sementara menunggu anak-anak main pasir kami berehat la kat bawah pokok rhu ni..Fefeeling dating macam masa bercinta2 dulu..Ohoiii..takpe laa memang datang Langkawi ni pon untuk celebrate Anniversary kami yang ke-7 malam nanti..hehehe 















Ralik sungguh Alysa dan Danish main air laut..Ibu dah tak tahan panas dah naik ke darat..takut legammmm nanti..hehehehe. tapi mata tak lepas memerhati budak berdua tu..
































Lepas berendam dekat sejam budak dua orang tu dah tak tahan panas naik main pasir pulak..sambil tunggu pakcik driver bot tu datang ambik kami. Lebih kurang dalam pukul 12.30tghari baru pakcik bot tu sampai..Lepas tu jenuh pulak pujuk Alysa dan Danish sebab diorang tak mau balik..adoilaa..



















Masa nak naik bot Danish buat perangai. dia tak nak balik. dia menangis dari mula naik bot sampai laa ke bilik hotel. Duk nangis sambil jerit "nak main pasir" "nak main pasir" sampai ke sudah. Lama betul dia nangis sambil mengamuk dari dalam bot + van (shutle ke Amzar Motel) + kereta sewa + bilik hotel. Memang penat dukung sambil memujuk dia. Rasa nak bengkok pinggang ini..huhuhu.Sabor je laa



meriah dengan bot di persekitaran


Muka my hero dah sunburn..


Alysa dan Danish tidur fengsan


Dalam pukul 1.30tghari kami sampai hotel. Sampai bilik hotel terus mandi bersihkan diri.. Mujur sebelum balik sempat bungkus nasi untuk lunch.. Lepas makan kami 4 beranak fengsan..tidor kepenatan.. memang puas hati laa Hopping Island ni.. Petang baru sedar.. Kami berehat jer kat hotel sementara tunggu untuk keluar makan malam sempena Anniversary kami yang ke-7 tahun.. Alhamdulillah..














Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. pengsan dua orng itu tidur

    ReplyDelete
  2. Seronok depa mandi laut...
    Mak ayah bz bercinta kt tepi pntai..
    Hikhik

    ReplyDelete
  3. dulu masa pi langkawi x sempat ke sana..

    ReplyDelete
  4. cantikkknya pantaii dia sis..bersih je

    ReplyDelete
  5. cantik bersih pantai dia. tergoda tengok hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Cantiklah pantai dia...
    Puas danish dan alysa main ye sampai tertidur kepenatan..

    ReplyDelete
  7. xyah pi krabi bagai..sini laut pun cantik hehehe
    pttlah abe komplen dah gelap..tgk cuaca pun panas ek

    ReplyDelete
  8. hahahhaa.. mesti tak pakai sunblock.. kena putihkan balik kulit tu.
    langkawi memang best tp part ke tasik dayang belom terjah lg.. sob2

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang