"SPONSOR" Jenama Baru Minuman Sukan | Penang International Triathlon & Duathlon 2016

11:27 AM


Jenama baru minuman sukan, Sponsor, bersedia untuk merangsang ketahanan di Penang International Triathlon & Duathlon 2016


SPONSOR Sport  Drink



Pulau Pinang, 17 April 2016 – Acara ulang tahun Penang International Triathlon & Duathlon (PgiTD) yang ke-4 ini merupakan kejayaan besar kerana berjaya memperolehi 1000 orang peserta dari dalam dan juga luar negara. 550 peserta mengambil bahagian dalam acara Triathlon dan 450 peserta mengambil bahagian dalam acara Duathlon.


PgiTD pada tahun ini merupakan pendorong yang besar dalam meningkatkan sektor pelancongan di Pulau Pinang. Para peserta kami datang dari 22 negera termasuk United States, Australia, Belgium, Britain, Kanada, Perancis, Filipina, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Mexico, Netherland, Norway, Pakistan, Rusia, Singapura, South Afrika, Sweden, Venezuela dan Malaysia. Ini membantu untuk meletakkan kami di peta.” Kata Dato’ Dr. Lim Seh Guan, Penganjur dan Pengerusi G-Club Cyclist Penang.


Penaja utama untuk PgiTD 2016 ialah Sponsor yang merupakan pendatang minuman sukan baru dan juga minuman sukan yang utama di Thailand. Sponsor dibawakan untuk anda oleh pengeluar Red Bull, minuman bertenaga nombor 1 di dunia. Sponsor merupakan minuman sukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi, mengekalkan ketahanan dan mempercepatkan pemulihan kepada sesiapa yang mengambil serius tentang aktiviti sukan mereka. Sponsor telah berada di pasaran Thailand lebih dari 30 tahun, dan merupakan minuman rasmi bagi Pasukan Bola Sepak Negara Thailand.


Para peserta triathlon dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng, Pengurus Besar Sponsor Malaysia, Charles Wong dan Pengerusi G-Club Cyclist Penang, Dato Dr. Lim Seh Guan pada pukul 7.30 pagi. Para atlet triathlon memulakan hari dengan acara renang 1.5km di Pantai Jubilee dan seterusnya diikuti dengan acara berbasikal 40km dan acara larian 10km. Sementara itu, atlet duathlon dilepaskan oleh Pengarah Perkhidmatan Komuniti Jabatan Pulau Pinang, Rashidah Binti Jalaludin, Pornsak Sermwiwatwong, Pengurus Kanan Pembangunan Peniagaan TC Pharmaceutical dan Pengerusi Penganjur PgiTD 2016, Ben Woon. Mereka akan bermula dengan 7km acara larian mengelilingi perkampungan nelayan Teluk Bahang dan diikuti dengan acara berbasikal 40km dari Teluk Bahang Dam ke Balik Pulau dan kembali ke Teluk Bahang. Seterusnya acara larian 10km dan kembali ke garisan penamat di Teluk Bahang Dam.


Acara larian tahun ini merupakan yang paling sukar antara tahun-tahun sebelum ini. Haba dan cuaca adalah halangan terbesar bagi saya. Dengan adanya Sponsor minuman sukan di setiap stesen minuman, ia dapat membantu saya menyegarkan diri dan memberi saya tenaga untuk bertahan sehingga ke garisan penamat,” kata Irene Teoh yang merupakan salah seorang peserta PgiTD 2016.


Kami gembira kerana pada tahun pertama kami sebagai penaja utama untuk PgiTD telah memberikan pendedahan yang besar kepada pengguna sasaran langsung kami. Penajaan ini merupakan satu kejayaan besar kerana saya dapat melihat penerimaan besar minuman ini; mereka menyukai rasanya dan mereka menyukai apa yang Sponsor lakukan untuk prestasi mereka, "kata Encik Charles Wong, Pengurus Besar Sponsor Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.penangtri.com


Untuk maklumat lanjut tentang Sponsor Malaysia, sila layari laman web Facebook Sponsor Malaysia di www.facebook.com/sponsormalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sponsor Malaysia
Lai Kwan Wong, Pengurus Pemasaran
Tel: 03-56337462


Email: laikwan@redbull-malaysia.com.my

Public Relations Agency untuk Sponsor Malaysia – EverQuest Sdn. Bhd
Jay Mee Chuah, Pengarah Pemasaran
Tel: +6012 201 2088 / 03-78879559




Mr. Charles Wong, General Manager of Sponsor Malaysia (Sponsor sports drink is the main sponsor for the PGITD 2016)


Official Flag off by Chief Minister YAB Lim Guan Eng and Mr. Charles Wong, General Manager of Sponsor Malaysia



Sponsor, sports drinks given out at water station








Duathlon 1st Prize Bib No: A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 02:32:36 Men Open Male Malaysia




Duathlon 2nd Prize Bib No: A058 OOI SIAU TIEH 02:42:42 Men Open Male Malaysia



Mr Charles Wong, General Manager of Sponsor Malaysia with Triathlon 1st Prize CHRIS WRIGHT 02:49:48 Men Open Male Great Britain



Duathlon 1st Prize E616 SARAH TAN HUIZHEN 03:15:39 Women Open Female Singapore and 

Duathlon 1 Prize A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 02:32:36 Men Open Male Malaysia





Duathlon 2 Prize G803 LIEW LEE CHIN 03:43:27 Women Senior Veteran Female Malaysia




Duathlon 1 Prize C370 CALVIN TAN 02:39:20 Men Veteran Male Malaysia

Duathlon 2 Prize C342 STEPHEN MANIAM 02:50:23 Men Veteran Male Great Britain

Duathlon 3 Prize C356 RICHARD TANG 02:50:37 Men Veteran Male Malaysia




Duathlon 1 Prize A023 JASON LOH CHWAN CHYIN 02:32:36 Men Open Male Malaysia

Duathlon 2 Prize A058 OOI SIAU TIEH 02:42:42 Men Open Male Malaysia

Duathlon 3 Prize A043 CHAN JUN SHEN 02:45:45 Men Open Male Malaysia




Triathlon 1 Prize 722 SABINE CLAUDIA EGGER-WEICKHARDT 03:18:26 Women Veteran Female Australia

Triathlon 2 Prize 745 PATRICIA COMBRINK 03:26:48 Women Veteran Female South Africa

Triathlon 3 Prize 728 LAW LAY ENG 03:38:23 Women Veteran Female Malaysia




Triathlon 1 Prize 612 PAN SENG KHA KHRANG 03:23:46 Women Open Female Malaysia



Mengenai SPONSOR








Sponsor ialah minuman sukan yang membantu meningkatkan prestasi, mengekalkan ketahanan dan mempercepatkan pemulihan kepada sesiapa yang mengambil serius tentang aktiviti sukan mereka. 


Sponsor boleh diminum semasa melakukan aktiviti sukan untuk membantu meningkat prestasi bagi mengekalkan ketahanan yang lebih lama. 

Sponsor juga boleh diminum selepas melakukan aktiviti sukan untuk membantu mempercepatkan pemulihan. 

Sponsor dibawakan untuk anda oleh pengeluar Red Bull, minuman bertenaga nombor 1 di dunia. 

Sponsor merupakan minuman sukan nombor satu di Thailand dan kini merupakan minuman rasmi bagi Pasukan Bola Sepak Negara Thailand oleh TC Pharmaceutical dan di import oleh Allexcel Trading Sdn Bhd

Sponsor kini hanya terdapat di Happy Mart, 24 Express, 98 Stores dan beberapa pasaraya serta kedai-kedai terpilih di Pulau Pinang. 

Sponsor dijual dalam bentuk tin 325 ml dan dijual pada harga RM1.70.






Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. wow ni geng2 redbull ehh

    ReplyDelete
  2. macam ada nampak ghuper Kak Murni lari je dalam tu... haha

    ReplyDelete
  3. dok tengok kat fridge 7E xdak lagi pun air nie..=D

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok air nih..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang