Ala2 Pulau Nami Gituu | Pantai Senak, Bachok, Kelantan

6:20 PM

 Assalamualaikum..

Tadi masa tengah nak clearkan memori telefon yang dah nazak ni ada beberapa keping gambar yang diambil pada 24 Mac 2017 di Pantai Senak, Bachok Kelantan. Masa ni cuti sekolah jadi kami sekeluarga balik laa ke Kampung halaman. Kami suami isteri memang berasal dari kelantan tapi tak pernah pon sampai ke Pantai Senak ni. Ehh kekok pulak panggil Pantai Senak, sebab kalau dekat Kelantan dipanggil "Pantai Senok" gitu...hehehe. Ok jom layan gambar Makyong 6bulan ni dengan bulus kesayangan si Tiqa di Pantai Senok, Bachok Kelantan. Abaikan Muka makyong yang belom pulih sepenuhnya dari Ruam Teruk kerana Alahan Mengandung dua minggu sebelumnya.




















Ini adik Murni yang belajar dekat UIA Kuantan dan juga salah seorang SID Shaklee yg berjaya. ( Sape2 area Kuantan nak supplement Shaklee boleh jer contact Dia Dieyla )











Encik suami pon tak lepaskan peluang untuk fly DJI Phantom Drone nya. Tapi dia kata view dari atas tak berapa lawa. Dan terus terang Murni cakap tempat ni sebenarnya cantik. Tapiiiii...Keadaan tempat ni agak kotor dengan sampah sarap. Pengunjung2 yang datang tidak menjaga kebersihan. mereka hanya suka berkelah dan makan2 lepastu sampah dibuang merata. Dengar kata macam2 usaha telah dilakukan oleh pihak sukarelawan dengan bergotong royong membersihkan Pantai Senok ni tapi sekejap jer bersihnya. Lepas tu kotor balik..Aduii memalukan betul...





DJI Phantom 3 Drone



Bersama Ma kesayangan dan adik2

















Kepada kawan2 yang ke Kelantan sekiranya nak ke Pantai Senak ni boleh ikut peta Murni beri ni atau Waze jer. Murni sebelum ni duk ingat Pantai Senak ni dekat Tok Bali, rupanya salah. Rupanya Pantai Senak ni dekat Kota Bharu. Kalau dari Kota Bharu kita akan jumpe signboard Tawang dan Pantai Senak ni dekat situ. Kalau kawan2 lalu dan jumpa Sekolah Kebangsaan Pantai Senak ni kawan2 kena masuk dalam lagi dan akan jumpa Pantai senak ni di hujung kampung. Hati2 ya kerana kawasan situ pasir lembut takut kereta sangkut pulak dalam pasir. Selamat datang ke Pantai Senak aka pantai Senok aka Pulau Nami Malaysia..hehehe




Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. memang cantik tempatnya..sayang kalau tak dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  2. wah...klau xda sampah msti x perasan yg tu kt Kelantan kan?

    Ritu singgah Teluk Batik pon cmtu gak. P hari Ahad....aduhai sampah dia smpai xda tempat kita nk duduk. Teruk sgt2

    ReplyDelete
  3. ekin pun tak pernah sampai lagi.. tu la dulu xdop pun sampah merata... tapi sejak popular ni jadi lagutu pulok

    ReplyDelete
  4. alahhh bila nak p kat sini..cantiklah pulak

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang