Audi Dream Farm, Balik Pulau | Tempat Menarik di Pulau Pinang

3:34 PM

Assalamualaikum...

Harini entry lontar belakang lagi sekali..Oleh kerana nak clearkan memori henpon yang dah full tu so Murni tempek laa gambar yang beribu2 lemon ni dalam blog kesayangan Murni ni. Ini lawatan keluarga kami pada cuti Thaipusam pada 09-02-2017 (masa ni ngandung 18weeks. baby bump pon nampak sikit jer. Audi Dream Farm ini Audi Dream Farm macam mini zoo, ada kebun bunga dan tanaman sayuran. Disini juga ada binatang ternakan seperti ayam, itik, angsa, kambing, kuda, rusa, arnab, burung dan macam2 lagi. Yang menarik untuk kanak-kanak dapat bermain dengan binatang2 yang ada di situ. Selain itu juga yang suka berbasikal di sini juga ada disediakan sewa basikal. Boleh berbasikal ke kawasan sawah padi sambil melihat keindahan dan menghirup udara yang nyaman.

Harga Tiket:

Dewasa RM7

Kanak2 RM3

Beli makanan untuk haiwan : RM15/set










First2 kami masuk dalam sangkar burung. Sebelum ni duk tengok orang bagi makanan burung ni dekat tangan dan jinak sangat burung2 kat sini. Tapi oleh kerana kami sampai dalam kul 12.30 tghari dan panas rembang..burung2 pon dah kenyang dan masuk tidur dalam rumah masing2..so makanan yang kami bawa tak laku laa..hihihi

















Sekarang kami nak tengok pelbagai jenis burung dalam sangkar pulak. Macam2 spesis burung yang cantik dan pelik2. Ada yang Murni tak pernah lihat dan ianya diimport dari luar negara dari bermacam2 tempat. Memang best sangat..






































































Dan inilah motif utama Murni bawa Alysa dan Danish kesini. Sejak balik dari Bukit Tinggi haritu hari2 budak2 tu duk tuntut nak tengok Rabbit. Sebab masa dekat Bukit Tinggi haritu Murni tak sempat bawa mereka tengok Rabbit. jadi tertunai sudah laa janji Murni nak bawa mereka tengok rabbit kat sini.






































Lepas tengok Rabbit kami tengok kambing pulak. Kat sini paling best kita boleh bagi makan dan bagi susu dekat kambing2 disini. Berebut kambing2 ni nak minum susu. Anak2 ape lagi seronok laa mereka. Walaupon bau busuk tapi lupa dah..hahaha














































Lepas tu kami pergi ke rumah kambing (kambing biri2 pulak). Tengah encik suami syok2 layan kambing bulu lebat tu tiba2 mai sekor anak kambing duk nyondol2 kat Danish. Habis satu badan Danish bau kambing. hahaha. Takpe laa nakk..bukan selalu..rasanya ini kali pertama Danish dapat dekat dengan kambing2..hehehe










+












Bagi ikan dalam kolam makan..Kolam ini depenuhi pokok teratai..memang cantik..







Kuda pon ada..tapi duk dalam kandang takleh pegang..






Itik angsa pon ada..bising betul mereka ni..





Bagi makan ikan dalam kolam buatan pulak...





Danish dan Alysa bersama ayam kluk kluk kluk..Murni panggil ayam kluk2 dekat aya, belanda kerana dia bunyi camtu. Tapi mujur ayam belanda kat sini jinak2..kalau dekat kampung mesti dah kena ligan budak dua beradik tu..hihihi













Ok laa dah habis meronda. Luas juga tempat ni. Tapi murni pergi tak semua..Penat sebab hari panas terik. Lain kali kalu nak pergi better pergi pagi. Kat bawah ni adalah toilet..Amboi dekat dinding pon ada lukisan. Dan dekat taman di sebelah toilet tu ada taman bunga. Tapi sayang masa Murni pergi tu pokok bunga matahari masih belom berbunga sepenuhnya. Kalau dah berbunga semua mesti cantik...






Sebelum balik kami berhenti rehat sambil makan aiskrim dulu dekat cafe dia. Memang luas dan selesa. kalau datang ramai2 pon boleh muat cafe ni.







Macam biasa, gambar kami anak beranak mesti ada..hihihi











Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. berpeluh-peluh danish..:)

    ReplyDelete
  2. Bermacam macam kambing.

    ReplyDelete
  3. seronok bersama keluarga.sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu :cool:

    ReplyDelete
  4. nak pi tapi x smpai2 lg...hahahaha

    ReplyDelete
  5. seronok pokcik bg minum susu kt kambing tu haha

    ReplyDelete
  6. Macam farm in the city eh.. Tak payah pergi jauh2 lepas ni. Thank you.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang