Penang Aquarium | Akuarium Tunku Abdul Rahman (TAR), Batu Maung

8:22 AM


Assalamualaikum...

Dah hampir 10 tahun Murni tinggal di Bayan Lepas, Penang ni. Dan ini adalah kali pertama Murni menjejakkan kaki ke Akuarium Tunku Abdul Rahman ni. Padahal dekat ja dari rumah hanya 10 minit sahaja. Alysa pernah ikut rombongan Taska dia kesini pada tahun lepas. Tapi bagi Murni, encik suami dan Danish ini adalah kali pertama menjejakkan kaki kesini.


Tengok dari luar dah tau tempat ni luas. Tempat parking kereta pon luas. Murni difahamkan dekat sini terdapat 100 spesis ikan dipamerkan dan dengan 27 buah tangki khas untuk ikan air tawar dan juga ikan hiasan. Juga terdapat haiwan aquatic yang lain seperti lobster, kuda laut dan landak laut. Dan yang paling best kat sini juga terdapat beberapa ekor penyu yang jinak2.  













Harga tiket untuk masuk pon adalah sangat berpatutan. Dewasa RM5 seorang, kanak2 7tahun keatas RM2, Warga Emas dan OKU adalah Percuma. Untuk rombongan sekolah tiket yang dikenakan hanya RM1.50 seorang. Dibuka dari hari Khamis sehingga Selasa
 dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Tutup setiap hari Rabu. Ok jom kita masuk  dalam.


















































Selain dari akuarium kecil ada juga akuarium besar sebesar screen panggung wayang. Dalam tu terdapat ikan yang besar2 termasuk beberapa ekor penyu. Jadi kita boleh berehat dalam auditorium ni sambil menyaksikan haiwan2 akuatik ni berenang-renang. Memang mendamaikan seolah2 kita berda di dalam laut menyaksikan mereka.










Keluar dari bilik pameran tu, kita akan jumpa pulak dengan tangki2 besar yang dipamerkan secara terbuka menempatkan kolam penyu, ikan besar serta ikan kecil dan juga kolam kura2. Disini kita boleh memberi makan kepada mereka. Makanan ikan dijual ada dijual. Sepeket RM1 sahaja. Memang puas hati dapat bagi makan dekat mereka sebab sambil beri makan kita boleh sentuh2 belai2 ikan2 dan penyu2 tersebut. Mereka memang jinak2 belaka.




























Dihujung sudut tu terdapat satu rangka ikan paus yang besar. Rangka ikan paus ini adalah dari mayat ikan paus yang dijumpai terdampar di Kuala Kedah pada tahun 2011. Setelah dibersihkan dan diawetkan ianya dibawa kesini untuk dipamerkan.













Kolam kura-kura..Danish melekat lama kat sini kerana dia memang penggemar kura-kura. hehehe











Ok laa setelah beberapa jam kami kat sini dan telah puas melihat dan bermain dengan haiwan2 akuatik ini kami dah nak balik. Untuk pengetahuan semua, tempat ini lengkap denga facilities seperti kafeteria, kedai cenderamata dan juga surau. InshaAllah lepas ni boleh laa kami kesini lagi.










Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Assalamualaikum.. anda di tag :

    http://www.mohdnoorshawals.com/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html

    ReplyDelete
  2. geram tengok penyu tu syoknya dapat pergi kat sini

    ReplyDelete
  3. baguslah tempat ni...murah pun murah...
    anak2 mesti suka

    ReplyDelete
  4. xpenh jejakkn kaki kat sini lgi nih..

    ReplyDelete
  5. Hahhaha... biasa memang begitu bila dekat kita tak pergi.

    Mrs. A sendiri pun belum pernah pergi MPO yang kat Alor gajah tu dekat sangat denga rumah itu yang tak heran. Muahahhaaaa...

    Mrs. A dah pernah sampai sini time bercuti kat Penang dulu 3 empat tahun lepas kot.

    ReplyDelete
  6. Menariknya. Insya allah nak pergi nanti. Thank you for sharing 😀

    ReplyDelete
  7. tq sharing..menarik..hari tu pergi xkena hari..tutup plak hari rabu..hihi

    ReplyDelete
  8. Great ..Insha Allah ..Hari nih nak bawak Baby ALuth. TQ sharing sis

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang