BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN
10:07 AM
Assalamualaikum
Tidak
dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan
bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria
dan kuman membiak dengan
cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara
yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan
tangan agar ia sentiasa bersih.
AIKEN,
jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3
dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu
Lembap Antibakteria Aiken.
Produk ini berupaya
menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan
haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.
Tisu
antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan
rutin harian. Mengelap trolley
barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas
memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging,
sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran
bakteria merbahaya
berkat manfaat antibakteria dari Tisu
Lembap Antibakteria Aiken.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.
Tisu
Lembap Antibakteria Aiken sesuai
untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan
sekalipun. Pek Tisu
Lembap Antibakteria Aiken boleh
didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:
TISU
LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus
khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih
semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta
membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan
pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih
bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara
dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100%
bebas alkohol.
TISU
LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.
4 ulasan
wet tissues wajib ada dibawa kemana2 saja lagi2 nak tanggal mekap. elokla ade yang boleh kasi kelembapan.. kadang2 cuci tangan guna sabun pun minyak tak tanggal sepenuhnya. kena guna wet tissue jugak baru tanggal..
ReplyDeletewah..best2..aiken dah ada tisu basah..:)
ReplyDeletebila ada anak2 kecil..wet tissue ni benda wajib dlm handbag kan
ReplyDeleteWahh ada produk baru la
ReplyDelete