Diari Mengandung Anak ke-3 | Bersalin Secara Induce untuk Kali ke-2

1:05 PM

Assalamualaikum..



Alhamdulillah sudah masuk 7 bulan lebih Murni bersalinkan si comey Zulaikha, hari ini baru Murni berkesempatan untuk menulis tentang pengalaman bersalin secara induce (pilihan). Kenapa pilih untuk di'induce' entry ada disini. Walaupon ini pengalaman kedua di "induce" tapi pengalaman ini paling menyeramkan sebab masih baru sahaja lagi kan. Masih fresh dimemori. Sebenarnya masa anak sulung dulu pon Murni juga bersalin induce tapi oleh kerana sudah 7 tahun berlalu macam dah lupa dah kesakitan yang dialami semasa induce tu. Tapi oleh kerana Murni pernah merasa bersalin normal tanpa induce semasa melahirkan Danish jadi Murni boleh simpulkan bersalin induce ni jauh lebih sakit dari bersalin secara normal tanpa induce. Iya laa induce ni lebih kurang macam bersalin paksa laa kan..yang normal tu semulajadi..jadi Allah dah beri yang terbaik untuk kita ibu2 ini menjalani proses bersalin secara semulajadi.





Ok laa, kalau kawan2 yang masih lagi tak tahu bersalin induce ini ada 3 jenis iaitu kaedah memasukkan belon (baru sekarang Murni dengar dulu2 tak pernah dengar pon) kaedah kedua masuk ubat pil kedalam mis V dan kaedah ketiga memasukkan ubat cecair pitosin kedalam badan melalui IV Drip. Dan Murni memilih untuk memasukkan ubat melalui drip kerana menurut Dr Tee cara ni paling cepat untuk melahirkan. Jadi ini kali kedua laa Murni merasa kenikmatan bersalin menggunakan kaedah induce drip pitosin hu hu hu..

Ok pada 4 July 2017, pagi2 lagi Murni dah bersiap dan hantar Alysa dan Danish ke taska. Selepas itu kami pergi sarapan dulu..dalam pukul 10 lebih Murni dan encik suami tiba di admission counter untuk register admit to induced. Oleh kerana Murni dah ada appointment so tak payah tunggu lama lepas register di admission counter Murni terus ditolak ke tingkat 2 (O&G ward). Sesampai di wad dan selepas tukar baju nurse datang pasang CTG untuk check contraction. masa ni Murni dah merasa contraction tapi slow sangat. Dalam sejam juga CTG ni dipasang diperut. Selepas itu datang nurse utuk (check jalan) masa ni bukaan baru 3cm tapi kepala baby masih tinggi. Alahai ni kes sama macam Alysa kepala tak engaged sampai la ke hari bersalin dia dan pecah ketuban baru kepala dia turun bawah.








Tiba waktu lunch sempat makan nasi goreng dulu. Masa ni takde selera dah tapi gagahkan diri juga makan takut jap lagi nak meneran takda tenaga. Dan inilah makanan terakhir yang dikongsikan bersama baby dlm perut. hihihi. lepas makan dalam pukul 1 lebih Dr Tee datang dan tanya nak induce masukkan pil ke masukkan Pitocin. Dr Tee kata kalau pil mungkin lambat sedikit dan kalau melalui drip Pitosin dalam 4-5 jam boleh bersalin sebab bukaan Murni baru sahaja 3cm dan kepala baby masih jauh (belom engage). Tetapi Dr Tee kata dinding rahim dah lembut jadi tak telalu lama untuk bersalin. So selepas berbincang kami suami isteri, kami memilih untuk induce secara drip Pitocin.






Pukul 1.20 Murni ditolak ke Labour Room untuk induced. Tepat pukul 1.30 ptg pitocin dimasukkan ikut drip. Mula2 ni flow rate dia rendah dulu..lepas 30 minit nurse mai ejas flow rate tinggi sikit. masa ni ok lagi masih boleh senyum2 sembang2 lagi. contraction pon dah mula terasa kuat tapi masih boleh control lagi. Awal2 lagi Dr Tee bagitau kalau tak tahan sakit Murni boleh request untuk sedut gas entonox, cucuk ubat tahan sakit (pethadine) takpon cucuk epidural. kalau tak tahan sakit sangat boleh mintak dengan nurse semua tu.


















Ok lepas 2 jam bila flow rate dah laju masa ni dah tak tertahan wei. Murni mintak nak sedut gas entonox dengan nurse. Takleh nak cakap dah. Setiap kali graf dekat CTG kuat setiap kali tu laa Murni sedut gas. Bila sedut gas tu mula laa rasa pening2 mamai tapi masih sakit..huhuhu. Dan bila bukaan dah 7cm tu Murni dah gigil2 dah hoi, cepat2 mintak nurse cucuk pethadine kat peha. Husband pon duk urut2 belakang. Lebih kurang pukul 5ptg Dr Tee datang. Dia dah get ready peralatan untuk sambut baby..masa ni air ketuban pon dah pecah sendiri. Masa ni laa kesakitan tahap maksima sebab pitocin dos paling tinggi dah nurse setting di infusion pump..dan Murni rasa contraction non-stop sampai nak tarik nafas pon dah tak boleh. Hanya rasa nak meneran walaupon bukaan masih belom cukup. Banyak kali nurse marah sbb Murni asyik meneran tanpa sedar. 




Dengan bantuan nurse & Dr Tee tepat2 pukul 5.30ptg maka lahir lah puteri kedua ku diberi nama Nur Aqilah Zulaikha dengan berat badan 3.145kg. Hilang sudah penderitaan selama 4 jam di Labour Room. Zulaikha dilahirkan secara normal dan tanpa luka dan tanpa jahitan. Tapi tak disangka-sangka ketika last sekali Murni meneran baby tu terjadi komplikasi yang teruk..Nak tau apakah komplikasi itu nanti Murni ceritakan di entry lain. Macam panjang sangat dah entry ni. hihihi. Meh Murni belanja picture masa awal2 kelahiran baby Zulaikha ini. Sebagai kenang-kenangan buat kami sekeluarga. InshaAllah.









Lepas selesai proses melahirkan, baby dibawa ke Nursery untuk dibersihkan. Loni LWEH dah mengamalkan konsep Room-in dimana baby dan ibu diletakkan dalam satu bilik. Sebab bagi menggalakkan penyusuan awal untuk bayi. Tetapi kalau ibu tak larat atau bayi ada masalah kesihatan baby akan ditempatkan di Nursery. Bagi Murni bagus juga konsep ini kerana lebih memudahkan untuk ibu2 menyusu bayi. Tak perlu dah ulang alik dari O&G ward je Nursery untuk menyusukan baby. Dalam pukul 8.30 setelah selesai segala proses membersihkan Zulaikha dibawa ke bilik Murni. Murni ditempatkan di bilik 227 (2 bedded Room) .Macam tak percaya Murni bermalam di bilik ini selama 8hari 6mlm kerana komplikasi selepas melahirkan Zulaikha..huhuhu. Nanti next entry Murni ceritakan kenapa Murni ditahan di O&G Ward selama 8D6N tu..
















Pada hari kedua Zulaikha ada jaundice bacaan dalam 230. Jadi Doc Lim Ai Ting bagi lampu fototerapi untuk letakkan Zulaikha bawah lampu ni selama Murni masih di Ward. Murni letakkan baby Zulaikha kat sebelah katil Murni jer. kalau waktu malam Baby tidur disebelah murni dan murni pusingkan lampu tu kat ats bdn Zulaikha. Murni pon terkena juga bias2 cahaya dan rasa hangat2 lampu ni. Best juga sebab tak la rasa sejuk sangat aircond dalam bilik ni. 


PSST: Kalau orang2 Utara nak sewa mesin fototerapi macam ni untuk bayi jaundice dan rawat dirumah boleh rujuk entry ni KLIK SINI. InshaAllah dapat membantu.











Sebenarnya best juga duduk di Wad ni lama. Makan minum hospital sediakan. Sampai tak larat nak makan. tapi lauknya untuk org bersalin laa..takde laa sedap2 mcm kat restoran. Dan ada juga sayur2 yang diorang hidangkan mak Murni bagitahu tak boleh makan. Jadi Mak yang habiskan. Baby pon Murni tak mandikan. Cukup masa nurse nanti datang ambik baby untuk bersihkan. Balut elok2 hantar dekat kita bersih. dan luka bersalin pon Nurse datang bersihkan luka dan juga bersihkan bag urine 2 kali sehari. Mula2 Murni segan juga, tapi kerana Murni tak boleh bangun untuk ke bilik air jadi redha jer la. Kalau encik suami ada, dia yang bersihkan luka. Pendek kata selama 8 hari di Ward ni Murni sangat2 berpuas hati atas layanan Nurse dan juga kakitangan yang lain. Doc Tee pon setiap hari akan datang melawat dan memantau keadaan luka Murni. Ini antara menu makanan lunch/dinner. Kita boleh pilih nak lauk ayam atau ikan. Untuk sarapan pon boleh pilih nak makan apa. Tapi Murni lebih suka makan Oat & roti sahaja.
























Ok pada 10/7/2017 Dr Tee benarkan Murni balik. Tapi Murni kena datang semula untuk follow up pada 24/7/2017 kerana Murni belom sembuh sepenuhnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua staff LWEH hospital yang tela banyak membantu dan merawat Murni selama ini. Terima kasih juga pada Tok Ma yang datang dari Kelantan semata2 untuk jaga Murni & Zulaikha. Kesian kat Tok Ma kena check-in lama dekat Hospital ni. Syukur juga laa Murni ni staff LWEH ni. Kalau orang biasa entah beriban2 laa bill kena bayar. Murni tak perlu bayar apa2. FOC. Alhamdulillah. 















Next Entry Murni akan sambung cerita pasal komplikasi masa bersalin tu dan sekali lagi Murni terpaksa masuk ward untuk operation. InshaAllah.

Artikel Menarik Yang Lain

3 ulasan

  1. seksa jgk nak bersalin..hehe

    ReplyDelete
  2. Seramnya nak baca next story..😯

    ReplyDelete
  3. yang sedut gak tu mmg iols pun fail..hahaha jadi lalok
    tengok LR tu malas dah nak beranak..hahaha tp yg best tp bb keluar tu
    Masyallah rasa lega giler kan

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang