Check Defect, Pasang Meter Elektrik dan Meter Air untuk Rumah Baru

10:04 AM

Alhamdulillah kunci rumah sudah dapat. Tarikh tepat2 pada hari ulangtahun perkahwinan yang ke-9 (11/12/2017). Punya la seronok sampai mood bercuti kat Cameron Highland haritu pon tergendala. Lepas jer balik dari bercuti tu terus kami datang melihat dan memeriksa keadaan rumah baru. Mula2 kena periksa defect dulu sebab rumah masih under warranty selama 2tahun selagi kami takde buat major renovation (pecah dinding) kata pemaju. Okay harini Murni nak share tentang check defect rumah. 


Untuk periksa defect rumah, ada beberapa alat yang korang perlu

Alat-alat check defect rumah


1) Marker Pen & Masking Tape
Tampal masking tape & tulis segala kerosakan menggunakan marker pen.

2) Plug dengan lampu
Kami guna test pen.

3) Kerusi pendek atau Tangga
kebetulan kami ada tangga kecik kami bawa.

5)Playar hidup 
Playar  pula adalah untuk check tile rumah baru korang. Sebab selalunya mesti akan ada 3 hingga 4 tile yang kosong. Tile kosong tu apa? Pekerja developer tak letak jumlah simen dengan betul, nanti ada air pocket. Kalau tile kosong ini yang menyebabkan tile jadi mengelembung. jadi korang kena check betul-betul.

6)Kamera
Yang ini untuk mengambil gambar 


Bila semua alatan korang dah ada boleh laa check defect rumah baru!


Tips check defect rumah baru

1) Pecahkan mengikut kawasan
Admin bila periksa tumah akan pecahkan mengikut kawasan. Seperti contoh, ruang tamu, dapur, bilik tidur, yard / balkoni dan sebagainya.

2) Periksa plug
Pastikan periksa setiap plug yang ada untuk pastikan plug itu berfungsi. Switch On/Off minimum 5 kali. Sebab nak pastikan betul-betul plug itu berfungsi. Alhamdulillah semuanya PASS 

3) Periksa tile
kami guna playar atau test pen untuk ketuk tile satu-satu dengan perlahan dan gunakan bahagian yang tidak tajam. Jangan sampai calar atau pecah tile rumah baru korang. Cuba dengar bunyi tile yang pelik. Kalau tile bunyi pelik, ambil masking tape dan marker pen, tanda! Ya Allah banyak gila laa tiles yang pecah, crack, kosong didalam sebab bila ketuk bunyi kosong. Tapi kami ambik keputusan taknak komplen sebab nanti makan masa lama untuk mereka datang repair. Lagipon kami nak pasabg Vinyl dekat lantai rumah kami.

4) Periksa keadaan dinding
Periksa dinding ade crack tak, ade lubang tak? kalau ada sila la tampal tanda ya. Periksa juga, dinding rumah baru korang ini lurus atau bengkok. Pernah ada kes dinding bengkok ye. Check betul-betul. Dinding takde crack tapi buatan sangat kasar. Dinding cat tak rata malah struktur dinding pon tak rata bergerigis teruk. Tapi yang ni pon kami taknak komplen sebab kami nak pasang wallpaper nanti.

5) Periksa Ceiling
Periksa ceiling. Check ade tanda-tanda water leak tak? Selalunya susah siket nak nampak pada mula-mula nie. Semua Pass

6) Periksa semua paip air
Check satu-satu paip air dalam bilik air. Check water pressure. kalau air tak kuat, dah boleh fikir untuk beli pump air. Masa ni laa kami dapati yard tempat nak letak mesin basuh rumah kami takde kepala paip. Bila kami jenguk ke luar rumah jiran2 bawah rumah kami semua ada. Memang sah laa mereka lupa nak boh laa ni. Kes naya ni. Lepas 2minggu kami komplen mereka datang pasang.


Paip takde

Pemaju dah pasang

Okay pastu kita kena masukkan api & air. Kalau takde dua ni memang susah laa nak buat renovation. Murni beli rumah dari pemaju. Semasa hari nak ambik kunci memang pemaju sudah beri form untuk TNB & PBA. Lepas isi borang tu (beri alamat e-mail kita) hantar borang tu kepada pemaju dan pemaju akan membuat permohonan pemasangan TNB bagi pihak kita. Dalam masa 2-3 minggu TNB akan email kita. Selepas itu kita perlu apply pulak permohonan dekat TNB. Perlu bawa dokumen2 yang mereka minta. Selepas 1-2 minggu mereka akan datang pasang meter dan kita perlu letak fius untuk sambungkan elektrik ke rumah kami.

Untuk Meter PBA proses cepat jer dalam masa seminggu dah siap pasang.





Lepas dah pasang meter letrik dan air senang laa nak buat kerja kerja renovation. Alhamdulillah.


Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Maaf nak tanya kerja check defect tu selepas pasang meter api dan air ka?.. sbb tgk gaya tulis sebelum? Klu sebelum mcmn check karen ada ka dak? Hehe

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang