Golden Bowl Cafetiam, Promenade Bayan Lepas | Tempat Makan Best Di Pulau Pinang

11:58 AM

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya Murni tak 'food hunter' sebab takde geng kononnya. Murni ni sejenis memang tak pandai nak terjah2 tempat makan yang baru kalau takde geng. Kebetulan hari Ahad lepas kawan2 blogger Murni ajak cuba satu tempat makan baru dekat Promenade Bayan Baru. Sebenarnya Murni dah selalu lalu depan Cafe ni sebab ianya belakang kedai DIY Bayan Baru ni jer. Dan kalau dari rumah Murni hanya 10 minit jer drive. 


Golden Bowl Cafetiam cawangan Promenade Bayan Baru ni sebenarnya sudah lebih 8 bulan beroperasi. Owner cafe ni Chinese tetapi jangan risau kerana cafe ni Pork FREE dan all suppliers adalah memiliki sijil halal. Tukang masak pon ada tukang masak Melayu. Masa kami sampai dalam pukul 10am tu kebetulan Owner Cafe ni ada dan beliau sempat menceritakan sedikit sebanyak tentang Golden Bowl cafetiam ni. Menurut beliau mendapat idea untuk membuka cafe ini ketika beliau melancong ke Korea. Jadi tak hairan laa menu Korea pon ada disini. Dan menurut beliau dekorasi dalam cafe ni pon akan di upgrade tak lama lagi. Okay laa taknak cakap banyak lagi jom kita masuk dalam.



Golden Bowl Cafetiam ni ada 2 tingkat. Tapi buat sementara waktu ni hanya bahagian atas yang beroperasi. Di bawah ni ada hiasan2 pokok2 hijau dan lebih kurang macam taje foto area juga laa. Boleh laa nak ambik gambar atau lepak2 sambil tunggu kawan2 datang.




Sementara tunggu makanan yang di order sampai layan telatah si kenit ni dulu. Mujur mood dia okay jer pagi tu. Mujur juga masa penyediaan adalah cepat walaupon haritu terdapat ramai pelangan. Kebanyakan yang datang adalah bersama keluarga kerana weekend. Jangan risau Cafe ni juga sesuai untuk anak2 kecik juga kerana banyak menu yang kanak2 boleh makan..



BEVERAGES & BLENDED

Seperti biasa bila masuk Cafe atau Restaurant, perkara utama yang ditanya adalah minuman.Hehehe. Disini setiap hari kita boleh cuba semua jenis minuman yang istimewa. Haritu kami mencuba minuman yang Chef Recommended sebab ianya mestilah special dan jarang ada ditempat lain. Memang betul semua minuman yang Chef Recommended tu sedap2 belaka. Ada 3 jenis minuman iaitu Coffee (hot/cool), Ice & Blended dan Salted Cream Cheese. Untuk minuman Salted Cream mereka tak sediakan straw kerana untuk bagi peluang kita menikmatinya dengan cara kita perlu menghirup. Dengan menghirup membolehkan kita merasakan dua tone rasa dari minuman Salted Cream ini. Tak percaya boleh cuba nanti.

Salted Cream Cheese Hor Ka Sai - RM7.90

Hot Hor Ka Sai ( GB Special Coffee Mix) - RM4(hot) RM4.50(cool)
Ice & Blended Hor Ka Sai - RM6.90

Ice & Blended Tea Fantasy - RM6.90

Ice & Blended Chocolate - RM13.00

BREAKFAST & BRUNCH (All Day Breakfast)

Ini adalah hidangan yang boleh dimakan sebagai sarapan dan lunch sekali. kenapa Murni cakap macam tu, hangpa tengok laa dia punya portion besar dan semestinya boleh kenyang sampai petang ahahaha


Salmon Eggsie Benedicto - RM20.00

Eggsie Beef Strips Benedicto - RM17.90

Big Momma's Breakfast - RM23.90

Australian Shaksuka - RM18

YUMMY NOODLES (All Day Noodles)

All day signature Golden Bowl Noodles ni kita boleh pilih nak makan Ramen Noodles atau GB 'Maggie' Noodles. Cara nak order pula kita perlu memilih noodles yang kita nak, lepastu pilih sup ayam atau ikan lepastu tunggu order sampai. Lepas tu enjoy your bowl of hot noodles. Kalau makan ramai2 lagi best boleh rasa sorang sikit. Pastu komen..lupakan diet sekejap kerana semuanya sedap2 belaka.


Golden Milky Cheesy with fried chicken - RM14.90

Signature House Curry with maggie noodles  - RM13.90

Yoona Spicy kimchi Ramen with fried fish  - RM14.90

Kyoto Shoyu Ramen with smoked duck  - RM15.90

SIGNATURE RICE BOWL (Available from 11am)

Kalau kawan2 datang dah dekat2 nak lunch hour tu & sejenis yang lunch nak kena makan nasi Murni rekemen try set ni. Hidangan lengkap dalam satu mangkuk kerana dah ada nasi, sayur, lauk, telur dan sos. Yang pastinya kalau dapat habiskan semangkuk ni boleh kenyang sampai petang. Ehehehe


Yoona's Korean Rice Bowl - RM13.90

Teriyaki Chicken Rice Bowl - RM13.90

Salted Egg Yolk Bowl - RM13.90

WESTERN PLATTER (Available From 11am)

Kalau laa tekak teringin nak makan western food pon ada. Terdapat 8 jenis hidangan Wester Platter di sini. Tapi haritu Murni cuba 3 jenis sahaja dan merupakan Chef  Recommended. Klau dah kata Chef Recommended tu memang laa sedap dan menyelerakan. Sekali cuba mesti nak lagi.

Milanese Chicken - RM17.90

Pomodoro Chicken - RM16.90

Mushroom Chicken - RM16.90
GOLDEN FRIED CHICKEN (Available From 11am)

Crispy Fried Chicken dengan 2 rasa tersendiri. Kedua2 perisa adalah sangat2 sedap terutama Korean Spicy Chicken Wings & Drumlets. Crunchy Wings & Drumlet ini digoreng dengan sempurna dan disaluti dengan sos kegemaran savory Korea. Satu lagi adalah Cheesy Chicken Wing & Drumlets. Crunchy Wings & Drumlet ini digoreng dengan sempurna dan taburkan dengan serbuk keju & ​​rempah-rempah. Kedua2 ni mampu membuatkan kita menjilat jari dan cannot stop eat until empty plate. Ahahaha

Korean Spicy Chicken Wing - RM17.90(8pcs) RM28.90(14pcs) 

Cheesy Chicken Wings - RM17.90(8pcs) RM28.90(14pcs) 




Okay itu sahaja cerita food hunter kami di Penang harini. Overall kami semua sangat2 berpuas hati. Satu2 hidangan tu portion dia memang besar dan puas makan. Kalau tak percaya tengok testimoni muka kami semuanya happy face terutama si kecik baby Zulaikha dibawah. Makan tak berhenti.

Husband makan Cheesy Mozarella Omelette - RM14.90





Opss, sebelum terlupa kalau kawan2 nak datang ke Golden Bowl Cafetiam, Promenade Bayan Baru ni kawan2 boleh masuk melalui parking berbayar di depan kedai DIY Bayan Baru ni. Memang nampak dari tepi jalan. Macam Murni sendiri pon Murni parking jer depan kedai DIY ni dan jalan kaki kerana Golden Bowl Cafetiam ni berada di belakang kedai DIY ni di kedai barisan kedua. Kalau tengok dari jalan besar pon boleh nampak. Kalau tak tahu dan susah sangat Waze jer senang cerita..Okay Bye!!





Golden Bowl Cafetiam (Grd Floor & 1st Floor)

5-G-27, Promenade,
Persiaran Mahsuri, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.

Tel: 012 - 458 4854

Business Hours: 8:30am - 3:00pm / 6:00pm - 10:00pm
(Closed on Tuesday)


Instagram: goldenbowlcafetiam


Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. wahhh. sedap menu kat sini :)

    ReplyDelete
  2. nanti boleh try ni..tengok semuanya sedap uii

    ReplyDelete
  3. Perghhhh nampak sedap semuanyalah haihhh... terkeliur tgk. Save entri ni sbb mne tau nak jln penang nnti leh singgah. Heheh

    ReplyDelete
  4. merencik tengok menu dia

    ReplyDelete
  5. Woww.. Persembahan makanan dia menarik...
    Zulaikha mkn roti ja ka tu....

    ReplyDelete
  6. Zulaikha pun selera, apatah lagi kita.. kih kih kih

    ReplyDelete
  7. Uisshhh menu dia mmg banyak nya portion. Seronok kalau pergi cafe mcm ni.. santai je. Relax kan..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang