Zulaikha Turn 1 Yrs and Alysa turn 8 Yrs in July 2018
1:42 PM
Assalamualaikum..
Alkisah bulan Julai 2018, keluarga kecil kami berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran dua orang puteri kami. Si bongsu baby Zulaikha genap usia setahun pada 04/07/2018 manakala si sulong kakak Alysa genap usia 8 tahun pada 25/07/2018. Kami hanya sambut hari jadi dua beradik ni dirumah sahaja. Beli dan potong kek sahaja tak sempat nak prepare apa2 sebab sibuk kerja.
Alhamdulillah Zulaikha dah satu tahun,. Baru jer rasa melahirkan dia. Dia
dah boleh berjalan tapi tak stabil lagi. Jalan2 jatuh gitu. Alhamdulillah dia
sihat saja takde sakit apa. Gigi dah ada 6 batang, 4 gigi atas dan 2 gigi bawah.
Selera makan pon baik semua benda dia makan. Tapi dia ada tabiat buruk suka
ngutip masuk mulut segala benda. Sampaikan remote tv & handfon Murni pon dia
suka masuk mulut. Jadi kami perlu pastikan setiap masa tak ada barang2 kecik
seperti mainan abg danish tak ada atas lantai. Kalau dapat kat dia habis dikutip
masuk mulut.
Ini pula kek birthday Alysa, kalini dia request kek biasa2 jer. Kek sponge jer sebab mungkin jemu dah makan kek SR. Selamat duit mak..Alysa tahun ni dah darjah 2. Alysa dah boleh tolong kemas rumah, lipat kain & jaga adik. Alysasangat rapat dengan adiknyer Danish (6 tahun). Danish laa kawan dia dan kadang2 jadi lawan. Dan yang paling Murni suka, Alysa rajin ajar Danish membaca.
Sebelum potong kek, Alysa dah paw abah diorang belanja makan sushi. Sushi adalah makanan kegemaran dia selain Char Kuew Teow.
Okay laa, ibu dan abah sentiasa doakan kebaikan untuk semua anak2 ibu. Semoga semua anak ibu dan abah sihat2 sokmo dan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.. Aamiiin!
1 ulasan
atototot baby tomey da one year.. kakak pun da besar. semoga besar sihat jadi anak soleh solehah semuanya ya =)
ReplyDelete