Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 Bersamaan 1 Syawal 1440H

5:53 PM

Assalamualaikum..

Harini dah 6 Syawal 1440h..Dan hari pertama masuk office setelah bercuti selama 9 hari di kampung halaman. Kami setiap tahun pulang beraya di Kelantan kerana Murni dan encik suami sama2 orang Kelantan. Murni berasal dari Jelawat, Bachok dan encik Suami berasal di KB. 


Tahun ni tema baju raya kami adalah Dark Blue (Navy). Kami ambil ni di Rumah family encik suami. mungkin kerana pencahayaan tak berapa elok maka kerusi putih nampak macam kuning dan baju kami nampak macam warna hitam. Dan alkisah gambar ni diambil bukan pada pagi 1 Syawal tapi pada 30 Ramadhan. Kerana selalunya pada 1 Syawal kami sekeluarga sangat sibuk melayan tetamu yang biasanya akan datang selepas sahaja sembahyang raya. Kerana rumah family encik suami ni dekat dengan masjid. Dan memandangkan kami sekeluarga jer yang pulang beraya dan adik2 encik suami tidak pulang maka kami laa yang akan bertungkus lumus melayan tetamu.


Okay laa rasanya belom terlambat lagi Murni sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Blog Murni Alysa. Murni mohon ampun dan maaf kalau sepanjang Murni menulis ada menyakitkan hari sesiapa atau mengguris perasaan anda. Diharap umur kita panjang dan masih lagi bertemu 1 Syawal 2020 kelak. Aamiiin!




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dan

  Maaf Zahir & Batin!!!

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang