Make-up & Beauty Workshop 2020 Penang
6:02 PM
Assalamualaikum...
19 Jan 2020 baruni Murni dan rakan sekerja menyertai bengkel makeUp yang dianjurkan oleh Viceversa Event & Media bertempat di ITP Acadamy, Penang. Memang best sangat belajar make up kalini kerana ramai peserta. Sebenarnya sebelum ni Murni dah pernah belajar make up tapi secara personal dengan MUA kawan Murni. Boleh baca DISINI. Tapi sebab dah lama tak praktis maka skill make up tu dah hilang. Dah alang2 ada kelas dekat dengan rumah dan pada hari cuti jadi Murni dan rakan sekerja join laa sekali.
Kelas yang luas dan selesa. Paling best berhawa dingin. Baru laa best belajar dan make up pon tak cair. Makan tengahari pon disediakan dan banyak snek kudapan dalam goodies bag. habuan mengantuk boleh mengunyah..hihihi
Barang make up kami haritu disediakan oleh penganjur. Tapi kami bawa sendiri barang dan alat make up kami sendiri lagi senang tak payah berebut2 dengan peserta lain.
Cikgu kami haritu adalah MUA Fathiah Murni salah seorang MUA Penang. Yang tudung mustard tu adalah pembantu beliau. Ada lagi beberapa orang tak sempat bergambar.
Pada sesi pagi kami belajar cara2 nak make up dan hijab styling. Tengok tu bertapa tekun peserta beri 100% tumpuan pada cikgu..hihihi.
Taraaaa...ini hasil jari jemari MUA Fathiah Murni. Pagi tu kami diajar make up Smokey Look. Memang segak aih..
Okay sesi petang selepas makan dan solat kami kena start make up sendiri. Mamang kelam kabut laa sebab dah lama x make up. Selalunya pakai tempek bedak lipstick jer..kalini kena buat betui2 laa..Mujur ramai pembantu sudi menolong tunjuk ajar kami.
Okay setelah berjam2 berhempas pulas kami semua berjaya make up muka sendiri. Dan ada juga pemilihan 5 peserta yang terbaik. Murni memang sah2 tak tercalon sebab make up pon senget2. Tapi takpe laa asalkan dapat belajar pon dah cukup. Dan yang penting dapat sijil boleh laa tunjuk kat anak anak2 esok mak hangpa ada sijil belajar make up..hihihi.
Meh laa kita tempek juga laa muka kami yang dimake up sendiri oleh kami. Kawan Murni 2 orang ni muda belia lagi baru 20an. Murni tahun ni dah 38 tahun jadi tak hairan laa muka banyak kedut..ehehehe.
Okay ini sahaja yang mampu Murni share. Dengar kata lepas ni Viceversa Event & Media nak buat lagi kelas make up di Penang. Kalau kawan2 berminat boleh laa follow rapat2 FB Page: https://www.facebook.com/viceversaeventmedia/. Terima Kasih Semua...
2 ulasan
wah seronoknya dapat main makeup2..hehehe
ReplyDeletebest nya, saya suka di mekap oleh orang. sebab nak mekap sendiri tak reti sangat. haha
ReplyDelete