Resepi Kepak Ayam BBQ Sos Kimball | Kompem Gaya Malaysia Bersama Kimball

11:50 AM

Hai semua..


Harini Murni nak ceritakan tentang satu produk kegemaran Murni sekeluarga. Setiap kali Murni pergi shopping mesti Murni beli produk ini. Produk tersebut ialah jenama KIMBALL. Kawan2 pon mesti pernah guna kan produk Kimball ni kan? Sebenarnya Kimball adalah jenama tempatan yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ini adalah jenama yang dipercayai dan hadir di kalangan warga tempatan melalui produk khasnya, Sos Cili Kimball dan Sos Tomato Kimball. Rasanya menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia dari semua lapisan. Makanan tidak lengkap tanpa sos tersebut. Kimball terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli


Dibuat dengan bahan berkualiti tinggi mengikut garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball adalah bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan konsistensi rasa yang merangkumi beberapa dekad. Kimball kini mempunyai rangkaian produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta, mayonis, kacang kuda dan kacang parang.


Kimball menawarkan pelbagai rasa dengan cara yang bijak dan mudah melalui pelbagai produk yang berkualiti. Produk tersebut menawarkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Oleh itu, jadikanlah setiap hidangan istimewa dengan Kimball. Kimball, jenama buatan Malaysia menawarkan produk yang disahkan Halal dan juga terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli. Menawarkan produk berkualiti dan sedap yang bertaraf antarabangsa dan juga dibuat dengan bahan berkualiti tinggi untuk memenuhi selera rakyat Malaysia

“Memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia" Hari ini Murni nak konsikan satu menu yang selalu Murni buat dirumah untuk anak2 menggunakan produk dari KIMBALL. Menu tersebut adalah Kepak Ayam BBQ sos Kimball. Kawan2 mesti cuba kerana menu ni sangat senang dan sangat2 sedap ala2 Chiken wing di D*mino. Tak percaya boleh cuba.

KEPAK AYAM BBQ SOS KIMBALL

Bahan-bahan:

1kg Kepak Ayam (ini untuk 5orang makan)

5 sdb Sos BBQ Kimball

3 sdb Sos Tiram Kimball

5 sdb Sos Spageti Kimball

2 sdb madu

4 ulas bawang putih dicincang

1 sdb mix herbs

Cara Cara:

1. Masukkan kepak ayam dalam bekas besar

2. Masukkan semua bahan dan gaul sebati

3. Perapkan ayam min sejam max semalaman (lagi lama lagi sedap)

4. Bakar dalam oven / Air Fryer suhu 170 darjah selama 45 minit

5. Siap untuk dihidangkan. Boleh dicicah bersama Sos Cili / Sos Tomato atau Sos Cili Thai Kimball.

Disini Murni sertakan video cara untuk masak Kepak Ayam BBQ Sos Kimball. Selamat Mencuba!! 



Rangkaian Produk Kimball

Kimball menawarkan pelbagai produk yang menarik untuk memenuhi pengalaman menjamu selera seperti sos cili, sos tomato, sos tiram, sos spageti dan mayonis. Kami juga mempunyai pasta, pati tomato, kacang kuda dan kacang parang.




Sites to Visit - Additional Information (Maklumat Tambahan)
More information: https://kimball.com.my/

#KompemGayaMalaysia
#GayaMalaysia 





























Artikel Menarik Yang Lain

22 ulasan

  1. senang ada produk kimball ni..2 3 bahan dah jadikan masakan sedap..

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah, pertama kali terima kasih sudi berkongsi resipi yang sanagt sedap . hehe.. Boleh Naim mencuba lepas ini. :)

    ReplyDelete
  3. kimball ni best sebab macam-macam produk ada senang nak masak boleh ikut resipi diorang je

    ReplyDelete
  4. memang dah lama guna sos cili dengan sos tiram kimball ni. Dah la murah, sedap pulak tu. Ni makan dengan kepak ayam goreng lagi nyumm nyumm nyummm

    ReplyDelete
  5. Sedap ye kalo goreng ayam pakai sos tiram ni. Sis mmg pakai kimball. Perap dgn kunyit+sos tiram, goreng. Kalo hitam2 pun masih sedap ya.

    ReplyDelete
  6. Tq for sharing nanti saya nak cuba resipi tu 🤗

    ReplyDelete
  7. menarik sangat chicken wing tu.. kena cuba ni.. haishhh sedappp

    ReplyDelete
  8. rumah ekin sos tiram kimball jah selalu duk guna.. nanti boleh beli sos bbq tu nampak macam sedap tu

    ReplyDelete
  9. senangnya resepi ni cuma perap dengan sos tiram. mudah. nanti nak try buat juga :)

    ReplyDelete
  10. Senanglah dah ada sos BBQ ni..mudah nak perap ayam..boleh lah selalu berBBQ lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  11. ya ampunnn sedap nampak chicken wings tu. bahan2 oun mudah. guna kimball mesti lagi sedap

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap! Saya belum pernah cuba lagi sos bbq kimball ni sebagai bahan perapan. Nanti saya cuba.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap sangat kepak ayam tu.
    Adoii..
    Terliurrrrr la kita..
    Nanti nak try juga la..

    ReplyDelete
  14. Kalau dah kata Kimball memang sedap laaa tu..
    Sebab Sis dari dulu pengguna sos tomato kimball, Sis tak makan cili hehehe..
    Tak pernah lagi beli lain.. nanti nak cubalah resepi ni...

    ReplyDelete
  15. Sedapnya ciken wing ni... Boleh la try buat ni and perap sendiri nanti guna Kimball ni... 👍👍 Senang jer kan skrg prepare makanan2 sedap...

    ReplyDelete
  16. Great recipe I will definately check out Kimball page for more easy and simple recipes, I too am using their suaces reminds me of dining out.

    ReplyDelete
  17. what a delicious and simple recipe. cant wait to try making it using the same methods that you suggested here!

    ReplyDelete
  18. Tq share resepi. Boleh buat kudap2 tengok movie. Hihi. Nur suka beli spaghetti Kimball. Harga dia just nice. Kualiti spaghetti pun okay

    ReplyDelete
  19. wahhh sangat mudah sedap Kimball memang pilihan hati kita hehehe nak cuba juga lah resipi ni bestnya kalau dapat ni hehehehehe kepak ayam sedapnya harum...

    ReplyDelete
  20. The Kepak Ayam BBQ Sos Kimball looks so yummy! I also used kimball sauces to cook yummy BBQ chicken burger hehe

    ReplyDelete
  21. Rawlins memang stock Kimball kat rumah - especially pasta dan sauce sebab paling senang nak prepare kalau ada guest tetiba datang

    ReplyDelete
  22. Manage to grab this brand to cook what u guys share... I like it!

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang