Safi Hijabista Bodycare | Pilihan yang Paling Sesuai untuk Keselesaan Hijabista di Malaysia

7:22 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..


Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak dan juga bekerja sepenuh masa, penjagaan peribadi sangat Murni titip beratkan dalam kehidupan seharian Murni. Murni akan pastikan badan Murni akan sentiasa berasa Segar, Selesa, Yakin dan Bergaya. Alhamdulillah Murni sangat puas hati bila memakai Safi Hijabista Bodycare. Sebagai Hijabista, nak kekal bergaya & aktif dengan fesyen tudung berlapis-lapis memang sangat mencabar. Lagi-lagi dengan cuaca panas & lembap, fuuuh! Peluh, bau badan & rasa melekit buat kita akan rasa tak selesa & kurang berkeyakinan. Dengan menggunakan Safi Hijabista Bodycare semua masalah Murni selesai dengan mudah. Sebab baunya sangat2 wangi dan kekal lama.

Safi Hijabista Bodycare


Safi Hijabista Bodycare diformulasi dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk mengatasi masalah bau badan, memberikan kesegaran, keselesaan serta keyakinan untuk kekal bergaya & aktif bila-bila masa. 

Antara produk Safi Hijabista Bodycare ini adalah seperti :

1. SAFI HIJABISTA Antibacterial Deodorant Roll On
2. SAFI HIJABISTA Antibacterial Deodorant Spray
3. SAFI HIJABISTA Aqua Gel Lotion
4. SAFI HIJABISTA Soothing Gel



Antibacterial Deodorant Roll On 


Deadoran yang mempunyai formulasi anti-bakteria yang dapat memberi perlindungan kepada kita. Dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology dan telah diuji dermatologi ternyata ianya selamat dan yang dapat memberi perlindungan selama 48 jam lamanya. Mudah digunakan memandangkan ianya mempunyai aplikator luncur yang sangat praktikal kegunaannya. Antibacterial Deodorant Roll On juga bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Didatangkan dalam 3 varian iaitu:-

• Healthy White – Apricot & Pearl Powder
• Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber
• Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Action Antibacterial Deodorant Roll On :

• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Skin Stress
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit

Antibacterial Deodorant Spray


Deodoran ini selain daripada memberi perlindungan 48 jalam ianya juga dapat memberi kesegaran kepada diri kita sepanjang hari.Telah diuji secara dermatologi dengan manfaat 7 Pro Action & Scent Care Technology. Selepas guna memang terasa pantas sahaja kering dan ianya tidak melekit. Antibacterial Deodorant Spray adalah produk yang bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Terdapat dalam 3 varian:
• Healthy White – Apricot & Pearl Powder
• Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber
• Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Action Antibacterial Deodorant Spray:
• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Skin Stress
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit

Aqua Gel Lotion


Saya memang suka dengan Aqua Gel Lotion ini. Sejenis gel yang ringan dapat membantu penghidratan kulit dan juga memberi faedah penjagaan kulit. Apa yang menarik ianya tidak melekit dan menyerap dengan pantas. Aqua Gel Lotion adalah bebas daripada paraben, minyak mineral dan tidak dilakukan ujian ke atas haiwan.

Terdapat dalam 2 varian:

        ❤ Soothing Fresh (Aloe Vera) – Soothes & Calms Skin
  • ❤ Radiant Fresh (Pomegranate) – Repairs & Brightens Skin

 7 Pro Action Aqua Gel Lotion: 
o Meremajakan kulit kering
o Mengembalikan penghidratan
o Mengekalkan kelembutan

Soothing Gel


Gel dengan tekstur yang ringan ini dapat menghidrat kulit dan juga memberi pelbagai manfaat 100% bahan semulajadi. Saya sendiri sangat sukakan buah delima yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Soothing gel ini setelah digunakan ternyata ianya menyerap lebih pantas dan juga tidak melekit. Produk ini bebas daripada paraben, pewarna, minyak mineral dan tidak dilakukan ujian ke atas haiwan.

Terdapat dalam 2 varian:

100% Natural Aloe Vera – Soothes, Refreshes & Hydrates Skin
100% Natural Pomegranate – Soothes, Refreshes and Brightens Skin

Menawarkan 7 fungsi dan kegunaan:

• Kemerahan kulit
• Tumit retak
• Kulit gebu / mengelupas
• Kulit yang merengsa
• Selepas bercukur
• Rawatan rambut
• Pelembap badan


SAFI berkolaborasi dengan Tudung Ruffle


Okay pada kali nie sekali lagi SAFI berkolaborasi dengan Tudung Ruffle . Pada kali nie ianya dengan kempen SAFI Hijabista Bodycare .Apa yang Murni suka sangat dengan tudung / shawl keluaran Tudung Ruffle ialah ianya mudah digayakan , selesa dipakai dan yang paling penting patuh syariah dan tidak singkat. 


Jom Sertai Peraduan #HIJABOLEH

Akhir sekali, Jangan lupa untuk sertai peraduan di instagram dengan memuat naik gambar paling bergaya korang yang tampil keyakinan bersama hashtag #H
IJABOLEH.


Mana tahu, anda berpeluang memenangi hadiah iPhone 12 yang ditawarkan. Keterangan lanjut mengenai peraduan dan cara penyertaan boleh rujuk pada IG Safi Malaysia (nantikan pengumumannya secara rasmi ya!)







Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang