Shopping Baju Raya 2022 di butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

2:22 PM

 Assalamualaikum semua..

Sekarang ni terasa cepat sangat masa berjalan. Lagi seminggu umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan, jadi bermakna lagi sebulan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan InsyaAllah tahun ni kita semua bakal menyambut Hari Raya seperti sediakala kerana kita bakal memasuki fasa endemik setelah 2 tahun kita beraya di musim PKP tak dapat balik kampung & membeli belah di butik. Apa lagi encik suami awal2 ajak kita pergi beli baju raya favorite dia di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Memandangkan tahun-tahun sebelum ni dia beli online jer. Jadi tahun ni dia lebih teruja untuk beli di butik.

Sebenarnya kami nak pergi makan steamboat grill tepi butik Aisy Asyraf ni, alang2 singgah laa terus. Aisy Asyraf ni memang antara pilihan suami setiap tahun. Biasanya kami beli baju Aisy Asyraf ni  secara online je.Yer la almaklum kami duduk pulau rasa jauh pulak nak turun ke tanah besar, maka terpaksa lah beli melalui online. Encik suami suka dengan kualiti dan design yang dipaparkan memang menarik. Jom kita tengok koleksi baju2 raya di butik Aisy Asyraf ni. 


Butik Aisy Asyraf ni terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang. Naa laa punya besar pulak tu signboard dia. Dari jauh dah boleh nampak dah signboard dia. Betul2 belakang tabung Haji. Kalau nak senang Waze jer. Mesti jumpa.


Tahun ini, butik Aisy Asyraf ada beberapa koleksi baju raya seperti Baju Melayu Luxamana, Kurta Syirazi, Kurta Hatta,  Kurta Raff, Kurta Izhar, Dan juga Kurta Manna Plus Size. Material sangat berkualiti tinggi dan encik suami cukup suka material jenis cotton yang sejuk, selesa dan lembut. Satu lagi, cutting semua sedang elok, dan jahitan juga kemas. Pilihan warna memang sangat banyak! Senang nak matching dengan pasangan. begini laa keadaan dalam butik. Memang rambang mata.







Baju raya untuk anak2 pon ada boleh matching dengan abah depa. So tak payah nak cari2 kedai lain dah. Baju kanak2 bermula dengan saiz 2 tahun - umur 12 tahun. Sama seperti baju oarang dewasa, baju kanak2 pon mempunyai banyak warna yang menarik. Semua comel2 tau. Jadi sapa2 yang ada anak lelaki tu senang boleh terus belikan untuk anak2 disitu. Jimat masa dan tenaga.



Dekat bahagian ni ada Kemeja Batik. Memang elok2 semuanya. Encik suami dah geram dah nak beli tapi memandangkan niat asal nak cari baju raya maka kita hold dulu. InsyaAllah nanti kita beli. Apa susah takleh beli kat butik kita beli online ya sayang. Ehehehe.





Memandangkan encik suami dah rambang mata tak tau nak pilih yang mana, selaku isteri yang bijak ni pon pergi laa rujuk kepada jurujual. Bertanya apakah latest design dan apakah design yang hot sale dekat sini. Apa lagi adik2 jurujual yang sangat pakar dan mesra bagitau untuk kurta yang paling terbaru adalah Kurta Syirazi. Diperbuat dari High Quality Cotton kain sejuk dan Selesa. Ada lebih dari 15 warna yang menarik. Kurta Syirazi ni mempunya design di leher manakala butang dia tersembunyi kerana dia menggunakan butang tekan. Dalam banyak2 warna suami berkenan warna merah. Harga Kurta Syirazi ni RM129.00. Ada saiz dari saiz S - saiz 3XL. Encik suami dah berangan nak pakai hari raya kedua katanya. Kemain aih...




Tengok ler kemain berseri muka. Acah2 imam muda ler konon. Tapi serius encik suami kata selesa sangat pakai baju Kurta Syirazi ni. Potongan dia Regular Cutting (Semi-Slim Fit). Sanga sesuai untuk orang2 muda nampak bergaya. Encik suami ni dah umur 40 pon rasa macam muda pulak. hihihi. Rasa macam nak ambik 3-4 helai. Tapi bajet tak cukup dapat selai pon jadi ler. 





Okay, sebab taknak buang masa suruh encik suami pilih baju melayu sebab raya pertama mesti nak pakai sedondon kan. So baju melayu wajib laa ada sepasang. Masa kami pi haritu baju melayu yang latest belom sampai lagi. Tapi Baju Melayu Luxamana yang ada pon dah elok sangat2. Ada macam2 warna yang sangat menawan.



Ciri-ciri Khas Baju Melayu Luxamana adalah kain lembut, sejuk dan selesa kerana menggunakan High Quality CottonPenjagaan mudah dan boleh dibasuh mesin. 


 Untuk Baju Melayu Luxamana saiz dari S hingga 3XL disediakan dan ada 21 pilihan warna menarik! Design Baju Melayu Luxamana memang cantik. Design semi slim fit cutting, leher cekak musang dan ada satu poket sahaja di bahagian dada. Dan bestnya kalau korang beli baju Melayu Luxamana ni, korang akan dapat 5 item yang diberi PERCUMA ;

  • Sampin
  • Butang baju
  • Sapu tangan (untuk poket baju raya
  • Kotak & paperbag ekslusif Aisy Ashraf





Okay dapat dah Baju Melayu untuk hari raya pertama dan kedua, encik suami tak puas hati lagi nak tambah lagi. Alahai raya sakan laaTahun ni. Okay satu lagi top sales dekat Aisy Asyraf ni adalah Kurta Hatta 2.0. Ada saiz S- saiz 3XL
Material juga dari High Quality Cotton yang sejuk dan selesaTerdapat dalam lebih daripada 10 warna yang menarik.

 
Ciri-ciri istimewa Kurta Hatta ni adalah potongan separa langsing yang menampakkan badan kurus dan seolah2 kita menempah kurta ni di tailor.
Baju berlengan panjang tapi sederhana besar memang nampak selesa. Kolar Cekak musang tinggi dengan pleated flips pattern pada sebelah leher memang nampak istimewa. Terdapat satu poket di bahagian kiri dada. Menurut jurujual, Baju Kurta Hatta ni penjagaan mudah dan boleh dibasuh mesin. Selain itu kain dia ironless serta serap peluh. Jadi kalau berpeluh di celah2 ketiak tak mudah nampak. Almaklum laa loni kan musim panas. Hihihi.







Untuk yang berbadan Plussize jangan risau kerana dekat Aisy Asyraf ada juga Kurta Plussize seperti Kurta Manna dan Kurta Fadani. Saiz yang ada adalah 4XL,5XL,6XL & 7XL. Material juga dari High Quality Cotton yang sejuk dan selesa. Terdapat lebih daripada 10 warna yang menarik. So kepada sape2 yang berbadan plussize tak perlu risau nak raya nanti sila laa ke butik Aisy Ayraf dan dapatkan baju raya anda nanti disana.



Oh ye, bukan setakat baju tapi di Butik Aisy Asyraf juga ada beberapa produk lain seperti clutch, capal, kain pelikat, samping, songkok dan macam-macam lagi aksesori tambahan untuk melengkap kan raya korang. 


So apa tunggu lagi, orang perak, pulau, kedah dan perlis boleh la mai ke butik ni sekarang. Parking kat sini pun senang je bang, banyak parking tak berebut sangat lah. Kalau takleh mai beli di butik, boleh juga beli secara online di website : https://aisyasyraf.com/

Aisy Asyraf Penang

No 7-G, 12, Jalan Dagangan 2,

Pusat Bandar Bertam Perdana, 

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan ialah dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Boleh juga lihat koleksi Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf di:



Untuk WhatsApp terus Butik Aisy Asyraf Penang boleh tekan www.wasap.my/60174547539



Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang