Lagenda Rock Search Bakal Gegarkan Pulau Pinang pada 24 Disember 2022 | Konsert Rockin’ Arena Penang ‘Live N Louder’

11:31 PM

Haiii...Assalamualaikum semua..



Murni ada berita baik kepada peminat2 Lagenda Rock Tanahair, iaitu Kumpulan Search. Kumpulan Rock legend ni bakal kembali mengegarkan Setia Spice Arena Pulau Pinang dalam satu konsert istimewa Rockin’ Arena Penang Live N Louder yang bakal berlangsung pada 24 Disember 2022. Pada 26 October lepas Murni dan rakan2 media ada menghadiri Sidang Media Search Konsert Rockin' Arena Tour 2022/23 di Pulau Pinang.


Kepada yang mengikuti perkembangan kumpulan Search ni mesti dah tahu tentang kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop dibumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, pada 11 Jun lalu memberi inspirasi dan tarikan buat Search Rock Station dan Suria Travel dengan kerjasama Northwind Intellec Sdn Bhd untuk menganjurkan konsert berskala besar di Pulau Pinang.


Lebih membanggakan Rockin’ Arena Penang ‘Live N Louder’ turut dibantu Home of Champions, 57 Studio, Persatuan Anak Seni Pulau Pinang, Suria Rock Stations (SRS), CODA, Mercikkk.Com, Firefly dan Setia Spice selaku rakan kerjasama.


Sekalung perhargaan buat Pejabat Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACE) mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sokongan yang diberikan untuk penganjuran konsert ini. Bagi Datuk Ismail Hj Jusoh selaku orang kuat Rockin’ Arena Penang memberitahu konsert bertaraf antarabangsa ini dibawa sebagai satu medium jaringan dan tarikan buat Pulau Pinang sebagai ‘Destinasi Live Concert’ di Asia.

ucapan YBhg Dato' Ismail Hj Jusoh,Pengerusi Penganjur

“Saya amat berbangga kerana dapat membawa Search ke Pulau Pinang dan pastinya kehadiran Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus menarik kehadiran peminat musik rock tanahair khususnya di Wilayah Utara.

Ucapan oleh YB Yeoh Soon Hin

“Kita mensasarkan lebih 10,000 penonton akan hadir dan sesuatu yang istimewa akan diberikan buat peminat setia Search yang setia menyokong dari dulu hingga kini,” katanya ketika sidang media di Setia Spice Arena di sini hari ini. Ismail berkata, perhargaan ini diberikan kepada Firefly selaku Penerbangan Rasmi apabila turut mempromosikan Konsert Rockin’ Arena Penang dengan menawarkan pakej istimewa termasuk tiket penerbangan dan tiket konsert.


Sidang Media bersama Search

Search juga dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu dalam konsert ini nanti dan pastinya kejayaan Konsert Rockin On RoofTop di Kuala Lumpur akan berulang di Pulau Pinang pula sebelum meneruskan siri konsert di Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari 2022.

Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai dan perkhabaran baik buat peminat Search di Bandung, Indonesia pada Febuari tahun depan.


Harga tiket biasa untuk konsert ini ialah RM148 dan RM198. Untuk tiket premium RM268 dan RM398 barangan merchandise Search seperti T-Shirt akan diberikan. Untuk tiket VIP BOX bernilai RM798, pakej merchandise, meet and greet dan post event bersama Search disediakan.

Tiket mula dijual pada minggu ini. Untuk pembelian dalam talian boleh www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh didapati: 

Kuala Lumpur
• Search Rock Station di Kompleks Campbell

Pulau Pinang
• Suria Travel di Kompleks Bukit Jambul
• The Pokok Cafe di Georgetown
• Northwind Intellec di Setia Spice Arena di Bayan Lepas • Ruas Record Store di Georgetown
• D’Loovi’s di Georgetown
• Asiawash Autospa di Bayan Lepas

Kedah
• Mamu Lepak House di Kulim Kedah 
• Monrods Restaurant di kulim Kedah

Ipoh
• Eventually Resources

Ni Murni nak payung sedikit gambar sekitar majlis sidang media dan Pelancaran Rasmi SEARCH Rock & Roll Hall of Fame dan sesi ramah mesra SEARCH Rock Band bersama Media serta tetamu. Memang meriah majlis.

Kredit gambar dari Mercikkk.com




So kawan2 yang ingin turut memeriahkan Konsert Search Rockin' Arena Penang boleh laa dapatkan tiket cepat2. Takut Terlambat. Okay jumpa disana nanti pada 24 Disember 2022 nanti. Stay Tune!!!

 

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang