REVIEW PRODUK SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW BRIGHTENING PLUS ESSENCE
10:42 PMAssalamualaikum, harini Murni nak review salah satu rangkaian produk dari Syahirah Korean Secrets White Glow iaitu White Glow Brightening Plus Essence. White Glow Brightening Plus Essence adalah produk terbaru dalam rangkaian Syahirah Korean Secrets White Glow ini. Ia terbukti membantu menghasilkan 3x kuasa untuk kulit lebih cerah.
Okay tujuan utama Murni nak mencuba produk White Glow Brightening Plus Essence ni adalah untuk memulihkan kulit Murni yang kusam dan banyak dark spot di bahagian dagu dan dahi. Murni rasa sebab beberapa bulan ni Murni seakan mengabaikan penjagaan kulit muka. paling stress bila kulit kusam ni kalau pakai make-up pon tak sempurna. Sebab kebiasaan Murni jarang keluar rumah tanpa memakai make-up. Alhamdulillah selepas seminggu Murni menggunakan produk White Glow Brightening Plus Essence ni Murni sangat berpuas hati. Kulit terasa lembab dan semakin lembut. Paling best dark spot pon makin berkurang.
Bahan Utama Yang Digunakan Dalam Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence
White Glow Brightening Essence ini mengandungi ekstak "Cherry Blossom" yang dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit kusam dan memperbaiki tona kulit yang tak sekata. Selain itu, terdapat 2 lagi bahan aktif utama dengan kepekatan tinggi iaitu Vitamin B3 dan juga Estrak Bunga Teratai Jeju yang dikatakan dapat membantu melindungi kulit serta mencerahkan kulit bagi mengurangkan pigmentasi.
Kalau korang nak tahu, White Glow Brightening Plus Essence ini juga bebas dari alkohol, Paraben dan Mineral Oil. Paling best ianya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit seperti
- 100% Memperbaiki tekstur kulit
- 56% Memperbaiki "Skin Barrier"
- 42% Melegakan Kulit Kering
Kebaikan Syahirah Korean White Glow Brightening Plus Essence
Untuk pengetahuan semua, White Glow Essece ini telah diuji secara dermatologi oleh pakar, So, tak perlu risau dan ianya selamat digunakan.
- Antara Kebaikan White Glow Brightening Plus Essence ialah
- Membantu menjadikan kulit wajah lebih cerah secara semula jadi
- Membantu mencerahkan bintik hitam (dark sport)
- Membantu memperbaiki tona kulit yang tak sekata
- Membantu melembapkan kulit
- Membantu mengurangkan pigmentasi
Cara nak guna essence ni senang jer, selepas muka dibersihkan dan pakai toner, step seterusnya baru lah titis 2 atau 3 titis White Glow Brightening Plus Essence kemudian sapu hingga rata seluruh wajah. Urut hingga rata kemudian dap dap saja memadai kerana teksturnya yang tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. Boleh pakai di seluruh muka dan juga sekitar leher. Lepas pakai muka automatik rasa segar bugar.
Ini adalah hasil yang Murni dapat selepas seminggu lebih menggunakan White Glow Brightening Plus Essence ni. Untuk kesan yang terbaik korang boleh cuba semua rangkaian Syahirah Korean Secrets White Glow. Apapun hasilnya bergantung kepada kulit individu. Ada yang lebih cepat kesannya dan ada juga kesan agak lambat. Untuk kesan lebih ketara, perlu konsisten. Selamat mencuba.
1 ulasan
best kan..cepat je meresap
ReplyDelete