Ramadan Buffet Selera Nusantara di Olive Tree Hotel Penang

1:36 PM

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Sempena Bulan Ramadhan 2019, Olive Tree Hotel Penang ada menyediakan tawaran yang istimewa untuk hidangan berbuka secara buffet bertemakan Selera Nusantara. Disini Murni bagi sedikit info tentang Ramadhan Buffet Olive Tree Hotel. Semoga bermanfaat untuk kita semua..




Ramadhan ini, Olive Tree Hotel Penang mempersembahkan "Selera Nusantara" untuk berbuka puasa di Sukkah Coffee House. Ramadhan bufet di Olive Tree menawarkan hidangan tradisional yang menyelerakan seperti hidangan pelbagai budaya seperti Ayam Percik, Gulai Daging Batang Pisang, Lamb Varuval, Ketam Masak Lemak Cili Padi, Ayam Kalio, Assorted Sushi, Dim Sum, Keju Macaroni Bakar dan banyak lagi.



Juga terdapat live action stall yang memasak secara langsung hidangan seperti Char Koay Teow Ketam, Ikan Bakar dengan Air Asam, Roti John dan Thai Pattaya Kebab. 


Selain dari live action stall, pengunjung juga boleh menikmati hidangan tempatan seperti Kambing Bakar dengan Nasi Mandy, Bubur Lambuk, Sup Tulang, Satay Ayam & Kambing, dan hidangan dari Timur Tengah seperti Chicken Sharwama. Buffet kalini juga mempunyai "Kids Corner" yang menyajikan Hawaiian Pizza dan Pandan Chicken untuk mengembirakab anak-anak kecil kita. 



Bagi pencuci mulut, terdapat pelbagai pilihan kuih Melayu tempatan seperti Abok Abok Sago, Lompang, Kuih Keria dan Buah Melaka, Kuih Sago dan juga pelbagai jenis pastri Perancis, Puding Roti & Mentega, Krim Caramel dan pelbagai jenis buah-buahan segar.


Makan Malam Buffet Selera Nusantara



Tarikh: 
Dari 13 - 31 Mei 2019 | Masa: 7:00 petang - 10:00 malam


Tempat:
 Sukkah Coffee House, Aras 2 | Harga: MYR99 nett per dewasa


Untuk penjimatan yang hebat, dapatkan pre-purchase Selera Nusantara Buffet Dinner voucher dengan harga:

MYR79 nett setiap orang (untuk pembelian dari 1 - 30 April 2019) 


MYR89 nett setiap orang (untuk pembelian 1 - 12 Mei 2019)


Terdapat juga tawaran KANAK2 MAKAN PERCUMA umur 12tahun kebawah (dengan minimum pembelian 2 orang dewasa). 


Untuk menunaikan solat, Surau untuk Lelaki dan Perempuan boleh didapati di Aras 8. 

Untuk pertanyaan, pembelian baucar atau tempahan:

Sila hubungi +604 637 7856 atau e-mel kepada kami di 

restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my

Tawaran Bilik semasa bulan Ramadhan

Untuk percutian yang tenang dengan orang yang disayangi bulan Ramadan ini, boleh booking modern and stylish Deluxe Room. Bilik untuk percutian Ramadhan yang tidak dapat dilupakan.


Tawaran Bilik Ramadan - MYR270 + per bilik malam termasuk:

• Sahur (boleh didapati dari 12 malam hingga 5:00 untuk perkhidmatan bilik) Atau Sarapan pagi di Sukkah untuk 2 orang

• Diskaun 20% untuk Makan Malam Buffet Ramadan

• Makan Malam Buffet Ramadan Percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun (T&C applies)

• Perkhidmatan hantar-jemput berjadual 2-way percuma untuk IKEA Penang, Queensbay Mall, Gurney Plaza dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

• Diskaun 10% untuk perkhidmatan urut di Thai Oasis Family Wellness Centre di Elit Avenue

Tempoh tempahan untuk tawaran ini bermula sekarang sehingga 4 Jun 2019 untuk tempoh penginapan dari 6 Mei 2019 - 4 Jun 2019.

Untuk menikmati Tawaran Bilik Ramadan ini, sila layari terus dengan kami di +604 637 7777 atau di www.olivetreehotel.com.my

Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri
Bandar Sunway Tunas
11950 Bayan Lepas Pulau Pinang


Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang