Glass Museum Pertama Di Malaysia | i-Box Glass Museum Penang

3:12 PM

Assalamualaikum...

Dah lama Murni tak review tempat2 menarik di Penang ni sejak beranak kat Zulaikha. Maka hujung minggu baruni Murni sekeluarga telah ke Glass Museum Penang yang terletak di Jalan Burma, Penang (dekat Komtar jer). Glass Museum ni mempunyai keistimewaan tersendiri dan berbeza dari museum2 yang biasa. Di sini kita dapat mempelajari pelbagai jenis kaca dan sejarah mengenainya. Di sini juga anda boleh mereka bentuk sendiri kaca di Studio dan mempelajari bagaimana kaca di buat di kilang. Sangat2 menarik dan dan kami sekeluarga teramat teruja dengan Glass Museum ini.


Mengenai Glass Museum

i-box Design SDN. BHD. telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan diperbadankan pada tahun 2006. Reka bentuk i-box adalah sebuah syarikat yang muda dan bersemangat, pengarah kami membentuk syarikat di belakang pengalaman gabungan selama bertahun-tahun dalam pelbagai reka bentuk dan membina, dari Kediaman, Komersial dan Industri.

Sebelum terjadinya Glass Museum, i-box Design SDN. BHD. merupakan salah satu kedai barangan kaca dan merupakan kilang kaca. Pada tahun 2011,telah dibuka sebagai pameran seni untuk karya kaca di Penang dan di beberapa buah negara yang lain.





Glass Museum Penang ada 2 tingkat terbahagi kepada beberapa section di mana bahagian pameran, 3D Interaktif Mural, Studio, Kilang dan Shop. Selain itu, kami juga diberi peluang untuk belajar glass crafting jugak. Oleh kerana masa kami datang tu Galss Museum ni hampir nak tutup kami diberi penerangan yang ringkas dan padat bagaimana cara glass dibuat cratfting dan juga cara glass dipotong. Siap ada demo lagi dari pekerja mereka. Kat bawah ni kita boleh tengok bagaimana botol kaca buangan boleh dileperkan dan dijadikan perhiasan. Dalam masa yang sama dapat memelihara alam sekitar dan cantik kan???



Okay lepas tu akmi dibawa ke Glass studio. Di Glass Studio merupakan bahagian dimana pengunjung dapat mereka bentuk ataupun DIY Make Your Own Glass sendiri kaca dengan corak anda sendiri. Kat sini yang paling seronok anak2 Murni laa. Sekali sekala bagi mereka berkarya diatas kaca. Dan paling best hasil dari DIY kaca tu boleh bawa balik sebagai kenang-kenangan.



Ini merupakan langkah-langkah DIY Make Your Own Glass. Untuk dewasa kami diminta memilih gambar yang kami suka. Lepas itu kami buang sticker putih mengikut gambar. Dah siap kami diminta memilih warna yang kami mahu. Untuk kanak2 mereka diminta untuk melukis dan mewarna mengikut gambar yang mereka suka. Bila dah siap mereka akan ambil dan bakar kaca tu untuk mengekalkan warna pada gambar. Sangat2 interested.











Untuk pengetahuan semua, Glass Museum ini telah dibuka pada tahun 2011 dan telah menerima pengiktirafan, tercatat sebagai museum pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Glass Museum ini juga tercatat di Malaysia Book of Records untuk kategori Batik Motif Glass Painting terpanjang di Malaysia pada tahun itu juga. Jom kita naik atas untuk sessi bergambar.










Ini World of Avatar. Painting dalam ni macam glow in dark gitu.. Seriously lawa. Ada juga sculpture and glass painting yang cantik dekat depan bilik avatar ni. Acah-acah floating hihi berdekatan sini ada area kaleidoscope. Memang cun gila amik gambar kat sini.





Interactive 3D Mural juga banyak dalam glass museum ni. Memang port menarik untuk bergambar. Kreatif artist kat sini. Antaranya spiderman, angel wings, subway, 3D snake jungle, harimau, the eye and the sea.











Kat sini ada juga area cenderahati, so kalau korang nak hadiah kan something special, boleh lah pilih dekat sini. Ada yang handmade by the artist, and ada yang ready made je.










 

Harga tiket masuk:

Pemegang My Kad - RM18 (Adult) & RM10 (Kid 3-12yrs)
 Non My Kad - RM23 (Adult) dan RM13 (Kid 3-12yrs)

Dibuka:

Isnin - Jumaat: 9:30 am – 6:00 pm

Sabtu: 9:30 am – 5:00 pm.


So amacam? ada rasa nak datang jugak? Serious berbaloi. Bawak budak-budak mai sini mesti depa enjoy habis especially glass crafting tu hihi Dulu lalu je glass museum ni macam tak tau apa yang ada, lepas dah melawat ni rupanya menarik juga. Bukan ramai yang tahu pasal glass painting nih. 

Alamat:

Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆

6, Jalan Burma, 10050 Penang Malaysia

























Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. cantiklah... kalau ke pennag boleh singgah sini ni

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang