Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet di Royale Chulan Penang

8:16 AM

Assalamualaikum pembaca semua..

Harini Murni ingin membuat food review bagi Buffet Ramadhan untuk Hotel Royale Chulan Penang pulak. Buffet Ramadhan kali ini menggambarkan inspirasi dari resipi tradisional Melayu dan rasa nostalgia dari zaman kita kanak-kanak kita dulu, Royale Chulan Penang akan menghidangkan pelbagai masakan yang akan mencipta kenangan zaman kanak-kanak kita dengan hidangan keluarga iaitu hidangan SAJIAN NOSTALGIA RAMADAN BUFFET yang akan dihidangkan di Sri Tanjung Cafe sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jom kita tengok apakah hidangan istimewa tersebut.


Sajian Pembuka Selera:

Tidak akan lengkap iftar Ramadhan kalau tanpa hidangan pembuka selera. Hidangan ini boleh dikatakan wajib ada setiap kali berbuka puasa . Hidangan tersebut adalah seperti pelbagai jenis kerabu iaitu kerabu pucuk paku, kerabu daging, kerabu taugeh dan banyak lagi. Turut terhidang sebagai pembuka selera adalah aneka jenis ikan masin & telur masin, aneka jenis sambal unruk dimakan bersama ulaman dan aneka jenis jeruk buah. Almaklum sudah seharian kita berpuasa lidah akan jadi payau (hambar) jadi dengan ada pembuka selera jadi kita akan makan dengan lebih berselera.











Hidangan Utama:

Promosi selera Sajian Nostalgia kali ini terdiri daripada campuran makanan inspirasi kampung, serta hidangan antarabangsa dan manisan. Hidangan termasuk pelbagai hidangan yang menarik seperti Sup Tulang Rawan Berempah, Rendang Tok, Kepah Masak Cili Padi, Gulai Daging Batang Pisang, Ketam Gulai Borneo, Asam Pedas Ikan Sembilang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan Spaghetti Sambal Sotong .















Setiap tahun kalau ramadhan buffet kita akan tercari2 hidangan utama. Hidangan utama tahun ini sekali lagi ialah Kambing Panggang Golek yang menjadi kegemaran ramai tahun demi tahun. Pada tahun ini tetamu juga akan mempunyai pilihan Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato atau Nasi Dhall untuk menikmati bersama Kambing Panggang.




Untuk pembersih mulut pula, para tetamu juga dapat menjangkakan kepuasan dengan menikmati Sago Gula Melaka yang lazat, Sago Pengat Pisang, Cucur Keria, Aneka Kuih Bakar, kegemaran ramai orang ais Ice Kacang dan Cendol serta pelbagai pencuci mulut yang lazat yang akan menjadi nostalgia kenangan terindah dari zaman kanak-kanak kita dulu.




























Gerai2 Aksi:

Terdapat juga puluhan gerai aksi yang menyediakan hidangan panas2 contohnya gerai pelbagai pasta, Char Kue Teow, Satay, Mee Rebus, Ikan Bakar, Sotong Berempah, Martabak, Bubur Lambuk dan macam2 lagi. Kita hanya perlu pilih dan akan dihidangkan panas2 oleh Chef yang menjaga gerai2 aksi ini.








Untuk pengetahuan semua, menu hidangan untuk hidangan bufet Ramadan ini akan berbeza-beza setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk memastikan kita dapat menikmati pilihan yang sihat. Jadi kalau nak datang setiap hari pon boleh kerana menu akan bertukar2..



Maklumat lanjut untuk Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang 2019:

Tema:
Sajian Nostalgia Bufet Ramadhan

Tarikh:
7 May 2019 - 3 Jun 2019

Masa:
7.00pm - 10.00pm

Lokasi:
Sri Tanjung Cafe,
Royale Chulan Penang

Harga:
RM90 nett/dewasa, RM50.00 nett/warga emas & kanak-kanak 

Promosi 'early bird':
RM72 nett/dewasa, RM40.00 nett/warga emas & kanak-kanak 
(belian voucer dari 15 Mac - 30 April 2019)

Website:

Facebook:

Instagram:

Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi: + 60 (4) 259 8888.




Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang