Fruits Tart in da House..1st Trial & Yummylicous

1:45 PM

Assalamualaikum..alkisah cuti Raya Haji baruni..Sehari sebelum balik ke Penang mak mertua request nak try buat fruits tart la pulak..So apa lagi laju jerr masuk dapur..hihihi






Sebenarnya Murni tak pernah buat fruits tart ni. Tetapi sebelum ni Murni pernah beberapa kali telah buat blueberry & strawberry Cheese Tart. So cara nak buat pastry untuk tart tu kira Murni macam dah cekap laa. Sebenarnya PIL Murni ni ada diabetes.. Jadi kalau blueberry & Strawberry cheese tart rasanya agak manis sikit sebab kita akan letak jem blueberry & strawberry sebagai filly dalam cream cheese.  



masukkan cream cheese dalam shell tart ditemani si Danish


MiL tolong letak fruits ditemani Moyang Danish





Dah siap satu pingan


Nenek husband Cuba dulu sebiji..sedap katanya..kikikiki





Jadi harini Murni & MIL cuba ubah sikit la cara buat cream cheese tu. Alhamdulillah sedap sangat2..Murni pon rasa lepas ni nak buat fruits tart laa sebab rasanya fruits tart lagi simple & senang..


















Fruits Tart Murni Alysa

Bahan untuk pastry (dapat 30biji tart besar)

Butter 1 ketul (250g)
Tepung Gandum  500g
Tepung Jagung 50g 
Gula Icing  100g
Telur B 1 biji
Esen Vanilla  1 sudu teh



Bahan untuk cream cheese:

250g cream cheese
100g whipped cream
50g gula ising
1 biji telur gred B

Hiasan:
Buah anggur, kiwi dan strawberry


CARA-CARA MENYEDIAKAN PASTRI:
 
  • Pukul marjerin dan gula. Masukkan telur dan putar lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi lembut (Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh).
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. (Sekiranya acuan tart besar - Cucuk dengan garfu sebelum dibakar)
  • Bakar pada suhu 170 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI KEJU:

  • Keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan.(JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik).
  • Putar cream cheese, whipped cream dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur. Putar lagi.
  • Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam kulit tart tadi.
  •  bakar selama 10 minit pada suhu 160C menggunakan api atas bawah dan letak dekat rak bawah. 
  • sejukkan dan boleh dihias dengan potongan buah kiwi, anggur & strawberry atau dengan sebarang buah kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA!!!





Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. Wah, nanti nak belajar buat juga ^-^

    ReplyDelete
  2. Tq sharing resepi ..nanti boleh belajar buat ni :)

    ReplyDelete
  3. senang je kan, nanti nak cuba buat

    ReplyDelete
  4. wahhh ada resepi boleh try ni

    ReplyDelete
  5. ni yang akak cakap nak buat lagi lagi special kan kalo CT terjah rumah ?
    okaaay.. PM address peeelish ehehe..

    ReplyDelete
  6. dh bookmark.. memang nampak sedap. boleh try. heehee

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang