Nenek Koyak Wang Tunai RM4.5 Juta

12:44 PM




Vienna: Seorang wanita berusia 85 tahun menyiat wang kertas berjumlah 950,000 euro (RM4.5 juta) kerana tidak mahu keluarganya mewarisi hartanya. 

Nenek itu juga dilapor menyiat buku akaun simpanannya sebelum dia mati di pusat penjagaan orang tua. 

Bagaimanapun, anggota keluarganya bernasib baik kerana bank pusat Austria berikrar untuk menggantikan 950,000 euro yang dimusnahkannya. 

Cebisan wang kertas dan dokumen bank itu ditemui selepas dia mati, kata pendakwa raya.

Pendakwa raya Erich Habitzl mengesahkan penemuan itu, tetapi berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa bagi pihak keluarga wanita itu. 

Wang yang dimusnahkan itu milik wanita berkenaan. Ia bukan perbuatan jenayah. Kerana itu kami tidak boleh memulakan siasatan,” katanya. 

Bagaimanapun, timbalan ketua bahagian pengeluaran wang bank pusat Austria berkata, pihaknya akan menggantikan wang berkenaan. 

Bercakap kepada akhbar tempatan Kurier Daily, Friedrich Hammerschmidt berkata: 

Jika waris wanita itu boleh menunjukkan wang kertas yang sudah disiat-siatkan itu dan sekiranya sumber wang itu terjamin, sudah pasti kami akan menggantikannya.”



Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. tapi duit2 koyak memang bank akan ambil dan ganti baru. :) ..

    ReplyDelete
  2. Waaaa..sygnyeee..byk duit tu kan...leh g haji banyak kali hiihih

    ReplyDelete
  3. adalah sebabnya kenapa wanita itu tidak mahu diwarisi harta pusakanya itu, kan...

    ReplyDelete
  4. agak²nya...nape la yea...

    Balas komen : InsyaÁllah kak..nnt nieyl open utk tempahan..

    ReplyDelete
  5. mesti ada benda yang nenek tu kecik hati smpi dia buat macam tu. takkan saje2 kan

    ReplyDelete
  6. Wah..taknak bagi family, meh lah sedekah ke kite..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Ate.. udah di hantar nenek tu kat pusat penjagaan orang tua, haruslah dia koyakkan sume2.. mungkin kecik hati ataupun sedih.. kita mana tau..ye x kak murni..

    ReplyDelete
  8. ehehe mesti tanak anak2 berebut harta la tu.. elok dia siat cincang rebus skali =P
    kasi ceq pun tapa haih.. membaziaq toi..

    ReplyDelete
  9. kenapalah tak sedekah je.. ish2

    ReplyDelete
  10. Apasal dia x sedekah mai kt sini.. Huhuhu

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang