Review Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO)

4:52 PM

Assalamualaikum semua..


25 Oktober 2015 (Ahad) mencipta sejarah kepada kami #bloggerutara kerana dapat menjelajah pusing-pusing satu Pulau Pinang dengan menaiki Bus Double Decker Penang HOHO. HOHO adalah singkatan kepada Hop-Off Hop-On (The Original Double Decker Tour Bus in Penang). Sebenarnya hampir 8 tahun Murni tak menaiki mana2 bas, jadi agak teruja juga laa. Dan sungguh tak sangka ini adalah pengalaman yang amat menyeronokkan. Jom ikut Murni sama2 kita menjelajah tempat2 menarik di Pulau Pinang. Abaikan gambar2 selpie yang banyak tu..hanya fokus pada pemandangan dan pemanduan HOHO ini sahaja (pesanan penaja)

Penang Hop-On Hop-Off


Geng Blogger Utara Bersama HOHO


Sebenarnya Penang HOHO ini dah beroperasi sejak November 2014 lagi. Tetapi Murni masih belom pernah mencubanya kerana masih ragu2 dan tak paham sangat dengan Trip HOHO ini. Rupanya mudah sangat dan seronok sangat menaiki Penang HOHO ini. Tiketnya juga boleh jer dibeli secara Online ataupon Walk-in sahaja. Kita juga boleh beli tiket terus atas bas double decker ni, atau kat kaunter tiket bergerak di perhentian Gurney Drive (stop 1) atau di perhentian chowrasta market (stop 9). Dan satu tiket tu kita boleh guna untuk 24 Jam. Laluan HOHO ada 2 Route iaitu Beach Route dan City Route. Jadi haritu Murni and the gang memulakan trip melalui Beach Route dahulu. Jom ikut kami.....



Baru sampai dekat Perhentian Nombor 1 di Gurney Drive


Ok, dah kumpul semua geng #Bloggerutara


Kami memulakan perjalanan kami di Bus Stop nombor 1 di Gurney Drive. Tempatnya betul2 di hadapan Gurney Plaza.Terdapat juga satu lagi perhentian Penang HOHO di hadapan Pasar Chowrasta, Jalan Penang, George Town. Kawan2 jangan risau selepas menaiki HOHO ni ticket collector akan beri flyers Tour Map yang menunjukkan HOHO Route & Bus Stops Indication kepada kita semua. Jadi sangat senang nak rujuk Pit Stop untuk setiap HOHO ini. Ada 2 jenis Pit Stop untuk HOHO ni iaitu Standard Stop dan Stop On Demand. Kalau Standard Stop tu HOHO akan berhenti lebih kurang 10 minit. Dan untuk Stop On Demand HOHO hanya akan berhenti bila kita tekan loceng. Kawan2 boleh rujuk Maps atau dengar je depa announce dengan speaker dalam HOHO tu..



Peta Route Tour HOHO


City Route vs Beach Route



Dan sekiranya anda berminat untuk turun dimana2 pit stop untuk meronda atau berjalan2 anda boleh je menekan loceng dan bas HOHO akan berhenti. Selepas anda semua selesai melepaskan hajat anda boleh kembali semula ke pit stop untuk menaiki semula HOHO. Kalau anda berada di Pit Stop on Demand anda diminta untuk pull the pole sehingga tanda berubah menjadi "Pick Me Up". Lihat gambar bawah ni untuk rujukan. Nanti akan ada bas HOHO ni yang akan berhenti pick up korang. Jarak masa untuk setiap bas datang ke setiap pit stop lebih kurang 20-30 minit. Dan yang paling best kita tak perlu bayar tambahan sebab tiket kita tu sah untuk mana-mana bas Penang Hop-On Hop-Off dalam masa 24 jam. Itu jika kita beli yang 24 jam laa kerana ada juga yang tiket untuk 48 jam punya..hihihi





Destinasi pertama kami adalah Beach Route akan membawa anda ke Pantai Batu Ferringhi sampai laa ke Standard Stop di Empangan Teluk Bahang. Jom layan keindahan pemandangan pantai sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa..Jangan sampai terlena sudahhh..hihihi



Pemandangan dekat Gurney Drive


Bulatan dekat Gurney Drive


Pihak HOHO memberikan taklimat ringkas..Sambil ditemani angin sepoi2 bahasa..


Masa untuk BERAKSI..hihihi


muka2 ceria dan teruja


Snap jangan tak snap..adoii


cantik pulak logo dekat T-Shirt #BLOGGERUTARA


menyusuri jalan Pantai Batu Feringghi


Di laluan Beach Route anda akan menikmati kecantikan pemandangan Pantai Batu Feringgi, hotel-hotel yang bertaraf antarabangsa seperti Hard Rock Cafe, Lone Pine, Bayview dan banyak lagi. Selain itu anda juga boleh melawat Tropical Spice Garden, Taman Rama2, Taman Rimba, ESCAPE Park, Toy Museum, Miami Beach, dan banyak lagi. Dan jika anda berminat nak turun boleh jer tekan loceng apabila sampai di Hentian Stop On Demand. (boleh rujuk map)




Hard Rock Cafe / Tropical Spice Garden


Tempat-tempat menarik sepanjang Beach Route


Selfie sampai pening


Pemandangan laut Pantai Batu Feringghi 


Penang masih dilanda jerebu masa kami pergi tu


sesejuk mata memandang


Sampai di Escape Teluk Bahang, Bas HOHO akan berhenti dalam 10 minit. Dikesempatan ini kami pon turun untuk menghirup udara segar sambil posing ambik gambar kenang-kenangan bersama Bas HOHO ni dengan berlatar belakangkan Empangan Teluk Bahang. Pemandangan yang cantik..Udara pon sangat segar..



Escape Teluk Bahang


Escape Enterance


Empangan Teluk bahang


#BLOGGERUTARA


Setelah habis ambik angin laut sepanjang jalan Pantai Batu Feringghi, kami patah balik ke Pit Stop Nombor 1 di Gurney Drive dan menunggu untuk menaiki HOHO City Route pula. Melalui City Route, anda boleh melawat Botanical Garden, Kuil Kek Lok Si, Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Komtar, Penang Times Square, Masjid Negeri Pulau Pinang dan sekitar bandar Georgetown dalam masa satu hari. Pesanan Murni, jika kawan2 tidak bercadang untuk turun di mana-mana perhentian, lebih baik mengambil kedua-dua route dan pusing jer Penang sepuas-puasnya jika cuaca baik. Memang tak rugi..Sebab bersiar-siar dengan Bas HOHO ni lain sekali keseronokannya..Jauh tak sama jika bersiar-siar dengan kereta.



Sementara tunggu bas HOHO City Route datang, memasing sibuk update status kat IG & FB..hihihihi


City Route kami pilih dok dalam..Sejuk ada air-cond..Almaklum la puteri lilin..takut panas & itam..kikiki


Padang POLO


Kuil Kek Lok Si


Hentian Standard, Bukit Bendera


Nyaman jer duk kat dalam HOHO 


KOMTAR


Penang TIMES SQUARE


Terminal bas, Jetty Penang


Mercu tanda Pulau Pinang (Buah Pinang)


Bagaikan Pinang terbelah dua (btul ker)


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang


Padang Kota Lama (Penang Esplanade)







Laut yang tenang jangan disangka tiada obor-obor


Tepat pukul 2.30 petang maka tamatlah pengembaraan kami. Walaupon kami semua kepenatan tapi masing2 seronok. Dan kami juga sangat bertuah petang itu Pihak HOHO sudi belanja kami makan tengahari dekat Seoul Garden, Gurney Plaza. Dikesempatan yang ada Murni nak ucapan bebanyak terima kasih buat pihak Penang Hop-On Hop-Off kerana sudi menjemput kami Blogger Utara untuk mempromosikan Penang HOHO dan George Town dan dan menaja makanan petang kami di Seoul Garden, Gurney Plaza. InshaAllah kalau Pihak HOHO masih sudi lagi untuk menaja #Bloggerutara untuk mencuba HOHO KL pulak next time. Kecik tapak tangan Stadium Pulau Pinang kami tadahkan..Hihihihi



Kami makan dengan berselera sekali..Almaklum laa dah jejalan lapar pulak


dah kenyang sampai tak terkata2


Penyerahan Sijil dan cenderahati oleh Cik Munirah, HOHO KL


Junior Executive Hop-On Holidays, Cik Munirah Roslan yang comey


Sebelum bersurai..kami #BLOGGERUTARA wefie dulu..



Oh sebelum terlupa tak lama lagi cuti sekolah pun dah nak bermula, buat yang tengah merancang nak bawa family bercuti boleh singgah ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur..Boleh mencuba pengalaman bersiar2 bersama Penang HOHO dan KL HOHO. Pasti menyeronokkan.



HARGA TIKET PENANG HOP-ON-HOP-OFF
Boleh beli secara walk-in
  • Tour bermula setiap hari dari 9.00 pagi - 8.00 malam, selang masa kira-kira 20 hingga 30 minit
  • Terdapat dua tiket sah 24 jam dan 48 jam
  • Anda boleh membeli tiket di dalam bas dan Kaunter Bergerak (Stop 1 dan 9)
  • Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah PERCUMA
  • Harga Tiket Dewasa - RM19 (24 Jam)  |  RM 32 (48 Jam)
  • Harga Tiket Kanak-kanak / OKU / Pelajar - RM12


Boleh tempah Online tiket di sini:


Untuk maklumat lanjut berkenaan Penang Hop-On Hop-Off :



Tel : +6 04-899 2713

Fax : +6 04-899 2713

Hot-Line : 1800-88-5546



For inquiry please contact Marketing Department :

Tel : +6 03 92822713

Fax : +6 03 92822716

Email : inquiry@myhoponhopoff.com | angeline.chen@myhoponhopoff.com 







Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. Murah rupanya tiket HOHO lepas ni boleh pusing Penang dengan HOHO tak payah sewa keta kan?

    ReplyDelete
  2. Wewit...kak murni jom p nek lg weekn ni

    ReplyDelete
  3. cheq pun nak bawa budak2 tu naik hoho
    balik2 dari naik hoho tu depa dah bising..ooo mama naik bas eh
    rupanya depa tgk kat IG hahaha

    ReplyDelete
  4. wah banyak gambar selpie ye hehehehe..

    ReplyDelete
  5. best dan enjoy kan.. Kak murni jom naik HOHO KL pulak..heee

    ReplyDelete
  6. syok round naik HOHO haaaa. boleh dikatakan rata dalam pulau tu dia pegi kan

    ReplyDelete
  7. Menariknya pemandangan ketika menaiki HOHO..

    ReplyDelete
  8. sakan hampa jalan-jalan.. huwaaa tinggai ceq naaa sampai aaaati =P

    ReplyDelete
  9. bestkan kak murni !! wehooo tak sabaq nk HOHO di KL

    ReplyDelete
  10. Best Sgt... Cdg nk bw aqil naik plak nti

    ReplyDelete
  11. wahh senangnya.. thks murni.. fhm da sikit2...

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang