Review Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara, Pulau Pinang

10:44 PM

Assalamualaikum semua.. 


Ahad lepas sekali lagi kami geng Blogger Utara telah mendapat jemputan makan2 dekat Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar pulak. Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar ni terletak di Sungai Ara, Pulau Pinang dan pernah jadi Viral dekat FB Pages Penang Kini & FB Pages Friends of BN..Tak caya boleh baca DISINI. Harini jom kita sama2 terjahh tengok ape yang menarik sangat kat Warung Pendekar Mustar ni..Jommm..



Kedai Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar, Sungai Ara, Pulai Pinang


Mesti korang terpikir kenapa pulak nama warung ni Pendekar Mustar?? Mula2 Murni ingat ownernya minat sangat dekat watak Pendekar Mustar  dalam Filem Pendekar Bujang Lapok tu. Rupa-rupanya owner Warung Pendekar Mustar ni iaitu Encik Ito adalah CICIT kepada pelakon Pendekar Mustar tu sendiri..Ooo jadi tak salah laa kalau dia mengabadikan nama Arwah Moyangnya kannn! Untuk pengetahuan semua sebenarnya Warung ni sudah mula beroperasi sejak tahun 2011 lagi. Rupanya dah lama tapi harini baru Murni berkesempatan mencuba..Terima kasih Encik Ito dan Isteri kerana menjemput kami Blogger Utara untuk mencuba nasi lemak kukusnya.



Inilah En. Ito Owner Warung Pendekar Mustar


Alang-alang dah bercerita tentang pelakon Pendekar Mustar  ni, sebenarnya sebelum menjadi seorang pelakon, Pendekar Mustar juga  merupakan peniaga makanan di Singapura. Malah ada juga anak2 cucu Pendekar Mustar ni masih berniaga makanan dan ada juga yang masih membuka restaurant dekat KL. Jadi tak hairan laa bila Cicit Pendekar Mustar pon meneruskan legasi bisnes makanan kerana diorang ada resipi rahsia turun temurun dari Pendekar Mustar. Nak tahu apa resipi turun temurun tu jom ikut Murni...




Nur Alysa Sophia..Senyum jer dia menunggu juadah


Dah jumpe geng dah..Boboboy, anak Kak Sha #BU



Alhamdulillah, tunggu sekejap jer dah sampai Nasi Lemak Kukus dan lauk pauknya. Kebetulan kami adalah orang yg terawal tiba. So dapat layanan istimewa la sikit. Ape lagi amik gambor dulu untuk tatapan kawan2 semua. (maaf ler Murni guna kamera henpon cap ayam jor) Tapi gaya tu mau tau laa sampai kerut kening2 tu..hahahaha. Jom jamu mata jer dulu..mana tau lepas ni kawan2 pulak datang jamu selera kat sini..jemput makan semua..Bismillah



Amboi ambik gambor sampai kerut2 kening..Alysa jeling2 je lauk tu..Boboboy makan dah..
v
v
v
v
v
v
v
v

Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar


Nasi Lemak Basic


Ayam Goreng Berempah 


Daging Sambal Lado (masakan Jawa) Sedap sangat


Kelempong Masak Sambal


Sambal Sotong


Rendang Kerang


Udang Sambal Petai..perrhhh!!!


Ini lauk2 yang kami cuba..Semuanya sedap2 belaka


Bismillah...


Ok dah habis jamu mata jom kita jamu selera pula. Terus terang memang sedap dan kena dengan selera Murni dan kawan2. Lauk-pauknya semuanya sedap  dan yang paling best adalah ayam goreng berempah dia..memang rangup dan rasa rempahnya memang serap dekat ayam tu. Pastu yang murni suka adalah daging sambal lado dia (masakan jawa), memang sedap dagingya lembut dan sambalnya memang secukup rasa..tak tau la nak habaq sedapnya, tengah dok type entry ni perut pon duk nyanyi2..hihihihi. 



Kak Eyda dgn 2orang Bodyguard


Makan pelan-pelan abang ya


mula2 pakai sudu..dekat nak habis tengok2 pakai tangan pulak..pingan pon nak licin dah tu..hehehehe


Alysa pon makan juga walaupon dah kenyang..


mmmmph sedappp laa ibu!!!


Boboboy makan nasi penuh mulut..


Sambil kami duk makan sempat lagi En Ito dan isteri datang melayan kami walaupun mereka sangat sibuk. Suami isteri ni sangat ramah. Dan sambil sembang2 ni depa ada cerita tentang PROJEK KONGSI REZEKI (SUSPENDED MEAL). Tak sangka dalam duk gawat2 ni masih ada peniaga yang bermurah hati macam pemilik Warung Pendekar Mustar ni. Patutlaa rezeki mereka sangat murah dan pelangan pon berduyun2..Semoga PROJEK mereka ini mendapat sambutan. Ape itu Projek kongsi Rezeki tu boleh rujuk kat gambar bawah ni..Teruskan membaca ya..thanks



Tokey mai tanya sedap tak??? Mesti laa sedap ( thumbs up )


Isteri tokey kedai Pn Keirun mai melayan kami..Ramah orangnya..Dia pon ada cerita tentang Projek Kongsi Rezeki..Nanti jap lagi Murni share ya..


Pelangan dah mula ramai


Pelangan dari pelbagai kaum


meja kami makan berselerak..hehehe


Wefie dulu ya..Peace!!!


Kedainya betul2 tepi jalan nak ke Pusat Bayan Baru


Setiap meja penuh..Alhamdulillah


Tokey tengah siapkan order dari customer


aneka lauk-pauk yang menyelerakan


Close-up sikit


Senarai Harga Makanan


Nasi lemak basic - RM2.00

Ayam goreng berempah - RM3.00

Ayam sambal halia - RM3.00

Rendang kerang - RM3.00

Sambal daging - RM3.00

Sambal sotong kembang - RM3.00

Sambal udang petai - RM3.00

Sambal paru/kelempung - RM2.50

Ikan goreng/sambal - RM2.00-RM3.00 (ikut saiz/harga pasaran)



Harga minuman termurah..Siap TURUN harga lagi..


Milo - RM2.00

Nescafe - RM2.00

Horlicks - RM2.00

Teh - RM1.50

Kopi - RM1.50

Bandung - RM1.50

Barli - RM1.50

Sirap Limau - RM1.50

Teh 'o' Limau - RM1.50

Sunquick Orange / Blackcurrant - RM1.50


* sah dengan setiap pembelian makanan

Teh 'O' Ais - PERCUMA
Sirap - PERCUMA

* sah dengan setiap pembelian makanan
* makan di kedai sahaja

 (Tawaran minuman ini sah sehingga 31 Disember 2015)



jeng!

jeng!

jeng!
v
v
v
v


PROJEK KONGSI REZEKI (SUSPENDED MEAL)


Inilah PROJEK KONGSI REZEKI yang Murni ceritakan kat atas tadi. Pemilik Warung Pendekar Mustar telah memulakan Projek Kongsi Rezeki (Suspended Meal) kepada yang memerlukan. Mereka akan menyediakan 25 set makanan dan minuman percuma setiap hari untuk mereka yang betul2 memerlukan seperti :

  • kurang berkemampuan (ibu tunggal, asnaf, yatim, gelandangan, miskin bandar, miskin tegar)
  • kesempitan wang menunggu gaji masuk
  • sedang dalam kesusahan / masalah besar
  • sesiapa sahaja yang memerlukan


Selain itu kita sebagai orang awam boleh juga turut menyumbang kepada dana Projek Kongsi Rezeki ini tau. Kawan2 boleh maklumkan terus kepada pemilik untuk menyumbang yer. Moga sumbangan serba sedikit kita dapat memberi manfaat yang besar untuk golongan yang memerlukan, AMIN. Apa2 soalan boleh jer tanya mereka untuk maklumat lanjut. 



Projek Kongsi Rezeki (Suspended Meal)




"Jom kita sama-sama mengumpulkan saham akhirat dengan menyebarkan projek ini.."


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Last but not least, cewah2..Walaupun ini adalah pertama kali kami mencuba Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar ini, tetapi ini bukanlah kali terakhir kerana kami akan kesini lagi. Masih terasa2 lagi keenakan nasi lemak kukusnya dan lauk pauknya..InshaAllah kami akan datang lagi!!


Inilah lauk pauk untuk nasi lemak kukus yang telah selamat dikerjakan

licin sekelip mata dikerjakan


Sebelum bersurai, kami wakil dari Blogger Utara mengambil gambar kenag-kenangan bersama Pn Keirun. Sekali lagi kami dari Blogger Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjemput kami ke warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar nih.. In shaa Allah kami akan berkunjung lagi kerana masih ramai lagi ahli #BloggerUtara blom mencubanya. Kawan2 yang didalam dan diluar Pulau Pinang juga dijemput datang dan merasai sendiri Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar ni. 



Sebelum balik kami wakil dari #BloggerUtara wefie lagi depan kedai Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar





Lokasi Warung Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar


Alamat : 
Kampung Tersusun Sungai Ara,
Jalan Dato Ismail Hashim,
11900, Bayan Lepas,
Pulau Pinang


No Tel : 016 471 1227 (En. Ito)


Waktu Operasi :
Ahad - Khamis (5.00petang - 12.00tengah malam)
Tutup hari Jumaat & Sabtu


FB Page :
Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar




Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. Wah.. Kalau dekat boleh try..

    ReplyDelete
  2. ruginya hari tue tak dapat nak join..huhuhu tak boleh jadi nanti nak kena pi try jugak la..menu semua nampak menyelerakan sungguh..dan tak sangka jugak zaman serba mahal nie masih ada orang yg bermurah hati untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.. tahniah buat owner Pendekar Mustar..semoga apa yang beliau buat nie mendapat keberkatan dari Nya..=D

    ReplyDelete
  3. meriahnya dengan makanan! mesti sedap nihh

    ReplyDelete
  4. hujan2 cm ni...terasa lapaq plak tengok makanan

    ReplyDelete
  5. wajib kena torai ni
    cheq nak pi makan nasi lemak pak mustape eh silap pak mustar ekekeke

    ReplyDelete
  6. lauk lauk dia macam2 jenis. memang nampak meyelerakan sungguh!!!

    ReplyDelete
  7. amboi Boboboi tu.. amboooooi !! ahaha kalo ngan kami xde sengih2 pun eh..
    ngan Alysa dia sengih2 eh.. ambooooi !!

    ReplyDelete
  8. semoga berkembang bisness tuan kedai.. tgk lauk2 pun sedap. rezeki anak2 blogger juga mkn free.

    ReplyDelete
  9. rugi pulak tak p makan.. ada pak J. haaha

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang