Happy 6th Birthdays Alysa | Pengalaman Bersalin Anak Pertama dan Terkena Buasir

4:02 PM


Assalamualaikum...


25 Julai 2016 genaplah usia putriku Nur Alysa Sophia Binti Mohd Neerush 6 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa sedar dah besar anak ibu ni. Tahun depan dah masuk sekolah rendah darjah satu. Alhamdulillah Alysa membesar dengan sihat dan aktif..Ibu doakan semoga Alysa membesar dengan sihat, ceria & happy sokmo. Kelak Alysa menjadi anak yang solehah buat ibu dan abah..Aamiiin!







Harini Murni nak share pengalaman Murni bersalinkan Alysa. Warning!!! Kepada yang jenis penakut dilarang membaca entry ini..hehehe. Sebenarnya sepanjang mengandungkan Alysa Alhamdulillah Allah permudahkan Murni kerana tiada alahan langsung. Tetapi Murni tak boleh lapar dan asyik makan makan makan jer..dari berat 48kg sampai nak bersalin berat jadi 70kg. Naik 22kg gitu. Dan sebanyak 2 kali juga laa kena minum air gula..yummy2 gitu..huhuhu






EDD (Estimate Delivery Date) Alysa adalah pada 24 Julai 2010..tetapi satu jer masalah masa ngandungkan Alysa iaitu kepala dia tak enggage sampai ke tarikh due date dia (kepala masih tinggi dan tak turun dan masuk ke dalam saluran "jalan" keluar). Dan pada 22 Julai Murni last refer pakar dekat HRPZ2,Kota Bharu. Bila Murni tanya doktor pasal masalah kepala x enggage tu dia hanya jawab kalau Allah kata "Kun Faa Yakuun" maka jadi ler..dengan ayat tu jer laa Murni balik rumah. Tawakal jer la..(tapi dalam hati betul juga kata pakar ni..hanya kuasa Allah jer yang maha berkuasa).



Pada EDD Murni 24 Julai pon masih tiada tanda ape2..Dengan kuasa Allah malam tu dalam pukul 10.30mlm Murni bersiap2 nak tidur. Dan bila baru jer nak baring terasa seperti terkencing dan basah. Bila Murni bangun maka terkeluar air dengan banyak mencurah2 macam air paip (air ketuban sudah pecah rupanya). Maka dengan segera kejutkan suami dan terus masuk kereta (barang2 bersalin dah boh siap2 dalam bonet smggu sblm tu) hehehe. Dalam kereta masih banyak air keluar (mujur ada lapik dgn tikar getah baby). dan tepat pukul 11mlm sampai di dewan bersalin HRPZ2. Setelah register terus ditempatkan di ward. Tetapi Murni masih belom rasa ape2 kesakitan. Dan bila check jalan baru 2cm. Dalam pukul 2pg baru ada mild contraction. Tu pon jarang2. Dan pada pukul 4pg sekali lagi doktor datang check jalan dan masih lagi 2cm. Dan doktor cakap kalu pukul 8pg esok kalau bukaan masih 2cm diorang akan masukkan ubat insert...uwaa takut..







Pukul 8pg doktor check bukaan dan sudah 4cm..maka doktor suruh makan sarapan siap2 dan Murni akan ditolak masuk LR (Labour Room) dalam pukul 9pg. Sampai di LR bukaan masih 4cm maka doktor terpaksa masukkan ubat PITOCIN melalui drip untuk mempercepatkan bukaan kerana memandangkan air ketuban dah lama pecah dari malam tadi doktor risau takut baby terkena jangkitan kuman sebab air ketuban sudah kering. Dan pada pukul 10pg satu dose Pitocin masuk. Baru laa rasa contraction yang kuat. Selepas 2jam doktor check bukaan masih juga 4cm dan doktor terpaksa masukkan dose ke-2 pada pukul 12tghari. Selepas masuk dose ke-2 tu..Ya Allah sakitnya yang tersangat2 sampai terketar2. Doktor bagi sedut gas Entonox untuk kurangkan kesakitan tetapi Murni ni tersilap guna la pulak..sepatutnya bila sakit sgt2 baru sedut pastu kita relax. Ini tidak, Murni asyik duk sedut2 sampai satu tahap jadi pening dan muntah2. Jadi Murni asyik muntah2 jer bila ada contraction yang kuat sampai keluar habis segala isi perut. Kesian kat husband duk pegang plastik muntah kat sebelah..Sampai bila dia keluar Labour Room baju dia habis busuk katanya..huhuhu



Alhamdulillah selepas 3 jam lebih menanggung azab kerana Pitocin tu..pada 25 Julai 2010 tepat pukul 3.33ptg maka Alysa pon selamat dilahirkan secara normal tanpa sempat doktor nak gunting tuuuuut..hehehe. Berat Alysa tepat2 3kg. 




3rd Degree Haemorrhoids



Disini Murni nak ceritakan kesilapan yang paling besar Murni lakukan sepanjang proses melahirkan Alysa adalah Murni ni jenis xbleh tahan sakit sikit.. asal sakit contraction jer Murni terus akan meneran bersungguh2. Padahal bukaan baru 4cm. Jenuh doc & nurse duk marah supaya jangan meneran..Tapi Murni tak sengaja meneran juga.huhuhu. Murni rasa macam Murni mengerang & menahan sakit sahaja tetapi sebenarnya Murni meneran. Jadi bila bukaan hanya 4cm tapi Murni dah meneran bagai nak rak, seolah2 Murni bagi tekanan kat bahagian bawah tu ler. Sepatutnya bila bukaan dah 10cm baru boleh start meneran. Dan oleh kerana kesilapan itu selepas Alysa selamat dilahirkan Murni dapati bahagian buang air besar tu terkeluar macam kelopak bunga dan bahagian depan pon bengkak..(eee ngeri pulak nak cerita). Menurut doktor yang menyambut kelahiran Alysa itu semua kerana kesilapan Murni kerana meneran sebelum masanya. Dan doktor sahkan Murni kena buasir tahap 3dah...huhuhu. Menurut doktor bila tahap 3 ni, buasir sudah terjulur keluar dan tidak boleh masuk kembali selepas buang air besar melainkan ditekan masuk..Dan Doc ada buat macam tu dan sakitnya seolah2 macam nak besalin sekali lagi. Uwaaaa...


Mmmm rasanya panjang laa pulak entry Birthday Alysa ni...Nanti next entry la pulak Murni sambung pasal Buasir Selepas Bersalin ni dan macam mana Murni rawat buasir ni dan sudah berjaya sembuh sepenuhnya sebelum lahirkan Danish 18bulan kemudian..Boleh baca di entry bawah!!!


Cara Rawat Buasir Stage-3 Sampai Sembuh




Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. adeh ! buasir ? lepas bersalin pulak tu.. T_T

    ReplyDelete
  2. phew...memang seram baca T_T tp tula kan pengorbanan seorg ibu. alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari lahir ke 6 tahun buat Alysa. Begitu hebat pengorbanan seorang ibu ketika proses bersalin. Moga murni sekeluarga dirahmati Allah sentiasa

    ReplyDelete
  4. 4cm uols neran...ngeri seram sejuk weiiii
    papepun dah selamat pun dah 6 tahun dah hahaha
    happy besday alysa

    ReplyDelete
  5. hepy belated besday.. wow, "sophia".. antara nama target utk namakan anak nanti.. hehehe..

    sbb sophia (sophea) boleh ada banyak maksud dan lebih dari 1 bahasa. bahasa arabnya boleh jadi sufiah (sufi - suci) atau saufiyyah (barisan). dalam bahasa greek plak sophea bermaksud kebijaksanaan, kata dasar kepada "falsafah". philosophy (philo + sophea) tentang kebijaksanaan..

    eh, terkomen panjang plak.. hahaha

    ReplyDelete
  6. dalam ayat di atas ada tertinggal>>>( Dan pukul doktor cakap kalu pukul 8pg esok kalau bukaan masih 2cm diorang akan masukkan ubat insert...uwaa takut)

    ReplyDelete
  7. hohemgeeee...gitu ek...ngeri

    ReplyDelete
  8. hhahhahaa.. pha is dh verangan. mak kita nama sofiah ler. ejaan xsama. happy birthday alysaaaaa.. dh nk msk skolah

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang