Resipi Biskut Cornflakes Rangup dan Sedap

5:54 PM



Assalamualaikum..



Dah seminggu Hari Raya berlalu..

Harini nak update beberapa resipi biskut raya yang Murni buat..

Mana laa tahu untuk rujukan hari raya yang akan datang...



Biskut Cornflakes


Tahun ni Murni ada pembantu iaitu kakak Alysa & adik Danish...

Kemain seronok mereka berdua...

Alhamdulillah syukur dapat anak yang rajin...

Jom kita semak resepi Biskut Cornflake Rangup dan Sedap ni...











Bahan-bahan :


250 gm mentega

3/4 cawan gula aising

1 sudu kecil asen vanilla

1 biji kuning telur

250 gm cornflakes (diramas sikit)

2 cawan tepung naik sendiri

Bahan-bahan lain :

mangkuk kertas secukupnya

Buble rice sebagai hiasan 


Cara-cara :

Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.

Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.

Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan taburan bubble rice.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.

Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.










SELAMAT MENCUBA!



Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. Sedapnya yg ni..dlu rajin wat dengan mak n kakak

    ReplyDelete
  2. Best ada budak rajin hihihihihi

    ReplyDelete
  3. cornflake je memang laju.. heh2

    ReplyDelete
  4. Alahai... comel dan rajin..

    ReplyDelete
  5. dulu mak iols sllu wat biskut confrlakes ni..tp smpai skrg iols x reti buat

    ReplyDelete
  6. Thank you sharing resepi.sedap...Sgt dan rangup.dah buat 2 bancuhan utk raya tahun ni =).cuma kalau guna buttercup ade rse lmak masin skit jela.huhu..anyway,boleh simpan utk thun dpan.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang