Return Barang Rosak Untuk Refund Semula Duit di Shopee

5:48 PM

Assalamualaikum...

Siapa kat sini suka sangat beli barang secara online.. tak kira laa website apa pon. Macam Murni loni lebih suka shopping online melalui Shopee. Dan bila beli online ni risiko yang harus kita hadap adalah kadang2 apa yang kita lihat di website kadang2 sedikit berbeza kalau kita beli diluar. Dan lagi satu risiko kita mungkin akan dapat barang yang tak sempurna atau rosak akibat penghantaran. Sebelum ini banyak kali dah Murni dapat barang yang rosak akibat poslaju dan bila report dekat Shopee dan seller Murni dapat refund duit atau seller ganti semula barang yang rosak. Kadang2 Murni terus dapat refund tanpa menghantar semula barang yang rosak pada seller kerana barang tersebut kecil dan seller dari China. 


Tapi beberapa bulan lepas Murni ada beli satu pressure cooker dari Shopee untuk masak bubur nasi kat Zulaikha. Murni beli yang biasa2 jer harga pon murah jer. Nak beli pressure cooker nokja macam tak mampu. Lagipon Murni hanya nak masak bubur nasi jer. Bila survey2 dan tengok banyak review yang okay Murni pon beli laa dengan sorang seller tu. Setelah sampai Murni punya la excited nak buka kalau boleh petang tu nak terus guna. Dan alangkah terkejutnya bila tengok body pressure cooker ni kemek teruk. Dan Murni terus report kepada Shopee dan bagitahu seller berkenaan pressure cooker yang kemek ni. Dan seller pon terkejut kerana ni 1st time kes macam ni terjadi. Murni akui bukan salah seller pressure cooker ni kemek. Semuanya salah Poslaju. Memang Poslaju Bayan Lepas selalu rosakkan barang Murni. Dah 4 kali dapat barang rosak. Dan seller pon salah kerana hanya gunakan kotak nipis sahaja untuk balut pressure cooker ni. 



Tapi kalini seller bersetuju untuk refurn tetapi Murni kena hantar semula barang ni kepada seller. Murni ada juga bertanya kepada kawan2 macam mana nak return barang ni kepada seller dan kos pos macam mana. Ramai yang cakap kos pos Murni kena tanggung sendiri. Alamak, dah laa barang ni besar kalau pos mau habis RM30-40 dan seller takkan tanggung kos post untuk return barang. Shopee tak sama macam lazada setiap kali beli barang mereka dah bagi satu slip untuk return barang dan kita hanya balut dan lekatkan slip tu dan pos. Tapi Shopee lain sikit (ini untuk kes seller yang jual pressure cooker untuk saya ya. seller lain saya tak tahu)



Alhamdulillah Murni dapat seller yang sangat baik dan sanggup melayan karenah Murni. Seller tu bagitahu satu cara untuk jimatkan kos pos malah tak perlu bayar kos pos pon. Caranya begini. Seller minta Murni memilih satu barang yang bernilai RM30 pada kedainya dan buat order. Shopee memang akan bagi free postage untuk barang yang berharga rm30. Mula2 Murni kena bank in dulu duit kepada seller macam biasa. Selepas itu seller akan hantar satu slip poslaju untuk murni print dan lekatkan pada kotak pressure cooker yang Murni nak return tu. Dan selepas itu Murni hanya perlu pergi poslaju dan poskan pressure cooker tu dekat kaunter. 



Selepas seller dah terima semula pressure cooker yang rosak tu, seller akan bank-in balik duit RM30 yang konon2 Murni beli barang tu. Dan seller juga akan bagitahu Shopee barang yang Murni return tu seller dah terima dan Shopee akan refund balik duit beli pressure cooker RM168.66 tu dalam Shopee Wallet Murni. Duit dalam Shopee Wallet tu boleh jer withdraw kedalam akaun bank kita macam biasa.


Oleh kerana Murni masih perlukan pressure cooker untuk masak bubur nasi dan sup untuk Zulaikha Murni pon beli baru. Murni beli yang kecil (4 liter) dan besar (6 liter). Dua ni harga baru RM300. Murah dan jimat serta sangat berguna. Kalini, masa Murni order Murni pesan siap2 kat seller supaya balut tebal2. Dan memang betul seller ni balut kotak pressure cooker ni dengan  satu lagi kotak. Dan dalam kotak pula seller letak poly foam untuk jaga keselamatan body pressure cooker ni..Hihihi


Walaupon pressure cooker ni takde jenama macam nokja atau pilips, Alhamdullilah selain dari masak bubur dan sup, Murni ada cuba masak macam2 lagi. Seperti sup tulang, bubur kacang, nasi lemak, sambal tumis, kari ikan & ayam, gulai daging, makaroni, pasta, mee dan macam2 lagi. Senang jer nak guna. Semuanya jimat masa dan hasilnya superb. Yang paling best kalau Murni masak waktu pagi dan tinggal jer dalam periuk pressure cooker ni, sampai tengahari masih panas. Kadang2 kalau mood rajin Murni masak laa untuk suami balik makan tengahari bersama anak2 (suami kerja dekat jer dengan rumah). Kat bawah ni Murni try masak nasi tomato dan ayam masak merah. Alhamdulillah menjadi elok walaupon Murni guna beras biasa sahaja. Nak resepi kawan2 boleh google. Murni pon google juga..hihihi



Okay laa sampai sini dulu story, lain kali jumpa lagi. Bye!!
















Artikel Menarik Yang Lain

14 ulasan

  1. alahai teruk jugak kemek nye tu kan

    ReplyDelete
  2. Drop here! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/cekodoktrip-hiking-bukit-keluang-pantai.html

    ReplyDelete
  3. itudiaaa kemek sebegitu sekali. memang wajib kena refund. takut nak guna jugak kalau cemtu kan kak..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sis maaf nak tanya. Yang slip dia bagi tu kiranya kita tak payah bayar dah lah postage untuk return barang tu? Pakai slip dia bagi tu je ke?

    ReplyDelete
  5. Trima kasih info cara nak return barang beli kat shopee

    ReplyDelete
  6. Sis saya confius sikit.. beli murni beli dr seller so alamat kat slip ialah seller penghantar & murni penerima.. macam mana barang tu boleh sampai kat seller balik yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sebab nak elakkan bayar postage dia minta saya beli brg nilai rm30 dari kedai dia dapat free postage. Saya buat bayaran macam biasa tapi lepas tu seller refund semula duit rm30 saya tu. masa pura2 beli tu saya masukkan alamat seller dekat alamat penghantaran. Bila dah siap seller emailkan slip tu dan saya print tampal dekat box dan poskan. Tak pyh bayar apa sbb seller ada acc shoppee

      Delete
  7. Sy punya barang dari china , tp tersalah size , nk mntak refund macam mana sebab order dah complete . Help ��

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum Kak.. Bole Tak Ajar Saya Return Barang.. Sebab Saya First Time Nie Nak Return .. Bole Tak Akak Bagi Tahu A Sampai Z

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya barang mendapat barang yang salah dari seller china. Saya sudah dapat semula duit saya. Tetapi barang yang salah itu perlukah dipulangkan semula ke china walaupun kita sudah mendapat duit kita semula?

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya barang mendapat barang yang salah dari seller china. Saya sudah dapat semula duit saya. Tetapi barang yang salah itu perlukah dipulangkan semula ke china walaupun kita sudah mendapat duit kita semula?

    ReplyDelete
  11. Salam nak tanye, btul ker kna guna duit kita dlu untuk hntr barang?, shopee sruh print borang refund, sya print, tpi xde bar cod, jadi pejabat pos xnak trima, sbb xleh scan.. Mcm mne ni sya kliru, bkn shopee yg tanggung kos refund?, ke macam mne

    ReplyDelete
  12. Saya ada membeli Omron HEM 7130L Fully Automatic Digital Blood Pressure Monitor With Large Cuff, Intellisense Technology & Cuff Wrapping tetapi saya memang tidak berpuas hati kerana, kotak sebenarnya tidak ada seal, waranty card takde dan batteri yg disertakan pun juga tidak boleh digunakan kerana berkarat dan bocor.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang