Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang, Terengganu

8:11 AM

Assalamualaikum...

Tumpang lalu entry peram dari tahun lepas (lepas raya haji) kami sekeluarga bersama keluarga mertua bercuti ke Pulau Redang, Terengganu. Percutian kali ini ditaja oleh adik suami jadi Murni tak tahu berapa kos per/head cuma utk pakej sekeluarga 6 dewasa 5 kanak2 kos adik ipar bayar dekat 6K (fully pakej 3D2N dengan Coral Redang Island Resort). Pakej tersebut termasuk makan 3 kali sehari secara buffet, pergi balik by ferry, snorkeling x 3, penginapan untuk 3 bilik. Memang puas hati sebab makanan dia sedap2.



Kami bertolak dari KB awal sehari ke Kuala Terengganu sebab tak nak kalut sangat. Semasa di Kuala Terengganu kami bermalam di Homestay Icon Residence, Kuala Terengganu. Apartment ni ada 3 bilik dan besar selesa untuk kami sekeluarga. Apartment ni ada juga swimming pool dan sesuai untuk seisi keluarga. 


Zulaikha memang suka try katil baru..ni laa gelagat dia kalau mula2 check-in.. Pura2 tidur jer ni



Keesokan harinya kami bertolak ke Pulau Redang melalui ferry dari Jetty Shahbandar. Perjalanan dari Jetty Shahbandar ni ke pulau dalam 2 jam macam tu..Sampai sana dalam pukul 12 ptg dan terus check in. Kami tak sempat nak snorkeling haritu sebab boat nak gerak dalam pukul 2 ptg sedangkan kami belom makan dan solat. Jadi kami masuk bilik bersiap untuk makan tengahari dan berehat dulu. Takpe esok masih ada.






Okay kami dah siap check in. Bilik semua selesa tapi takde TV. Memang rasa pelik tapi takpe laa kami datang nak menikmati keindahan Pulau Redang bukan nak tengok TV. 







Okay petang takde aktiviti jadi anak2 main pasir tepi pantai. Ini pengalaman pertama Zulaikha main pasir pantai. Seronok sungguh mereka.





Makan malam kami secara buffet di cafe Coral Redang Island Resort. Makanan memang banyak pilihan dan seafood semua besar2 dan segar2. Tapi Murni tak sempat nak bergambar sebab handphone asyik kena kidnap dengan Zulaikha nak tengok Youtube. Bertabahlah.




Lepas makan kami jalan2 tepi pantai sebab masih awal nak balik kebilik. Lagipon memikirkan di bilik takde TV jadi baik layan pemandangan tepi pantai. Malam kami pi tu bulan mengambang. Ada juga terdengar nyanyian lagu orang karaoke di resort sebelah. Kalau bagi mereka yang bercinta ada berdua memang best laa layan perasaan. Tapi kami ni duk ralik pintas anak duk lari kiri kanan..ahahaha.




Malam kedua ada hujan waktu maghrib jadi malam tu langit diseliputi awan. Memang cantik laa..



Esok pagi selepas sarapan kami terus pergi ke lobi hotel untuk ambik pakej snorkeling (tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej) kami ambil sessi pagi dan petang. Tour guide tu bawa tempat berbeza.












Zulaikha kepenatan selepas snorkeling. jadi berehat bersama sepupunya Aqif yang tinggal di Dubai sekarang.



Hari Ke3 kami check out selepas sarapan. Dan bertolak balik ke Kuala Terengganu. Kami tak terus balik ke Kota Bharu sebab penat jadi kami bermalam sekali lagi di Homestay Icon Residence, Kuala Terengganu. Bila tengok gambar Zulaikha tu nampak sangat di sun burn teruk..kesian.





Hari ke 5 kami bertolak balik ke KB. Tapi dah alang2 kat Kuala Terengganu ni kami singgah laa bergambar di Jambatan Angkat yg tengah viral kat Terengganu ni. Walaupon muka sunburn tapi tetap seronok.








Itu sahaja cerita percutian kami ke Pulau Redang. Sebenarnya gambar ada lagi tapi dlm handphone suami. Video pon banyak..nanti suami dah siap buat video Murni update lain okay..bye

Artikel Menarik Yang Lain

2 ulasan

  1. Oh, kat Coral Redang ada swimming pool ye? Ingatkan takde swimming pool kat sana, semua mandi laut je..

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa Pulau Redang ni kak.. tak pernah sampai lagi.
    tapi ade dalam list CCM tahun ni. cuma x decide betul2 lagi..

    haih air jernih menggoda.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang