Harga Barang Naik, Apa Usahawan Patut Buat

10:44 AM

Tak dinafikan harga barang makin hari makin naik, haih pening kepala dengan kos sara hidup. Anak tak ramai pun, pasti ada pasangan yang terkesan. Nak beli pampers, susu bayi semua pun dah cecah ratus juga.

Sebenarnya nak salahkan peniaga pun tak boleh, bukan peniaga yang patut kita salahkan. Harga barang naik, kadar inflasi itu ini dan macam-macam lagi bab ekonomi ni kita tak boleh nak jangka.

Jika rakyat dan peniaga juga tiada pilihan, maka bertabahlah untuk hadapi kenaikan harga barang 30 - 200% tahun depan. Seperti tajuk berita harian Utusan Malaysia ni.


Apa punca harga barang naik sebenarnya? Kalau ikut punca sebenar tak habis kita bahaskan. Tapi untuk semua mudah faham, harga naik sebab kos bahan mentah dan logistik juga. Ada faktor yang dipengaruhi menyebabkan harga barang tetap kena naik.

Kalau peniaga pun tak naikkan harga, maka peniaga pun tiada untung. Apa guna lagi berniaga kan?

Kata Dan Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman

Ini adalah perkongsian dari Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas Richworks International Sdn Bhd. Richworks adalah syarikat besar yang menguruskan pemasaran usahawan dan memberi didikan bimbingan melahirkan usahawan berjaya di Malaysia.



Apa yang dikongsikan Dr Azizan Osman ini adalah tentang kenaikan harga barang, pasaran terkini dan juga isu-isu yang usahawan hadapi. Sememangnya usahawan sendiri terkesan sebabnya kalau ada yang bisnes makanan, tetapi kena beli barang.

Barang pun dah naik harga. Jadi, bila fikir balik, usahawan lah paling terkesan!

Jom baca perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman,

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Harga barang naik, apa usahawan patut buat? Mujurlah golongan usahawan Richworks mempunyai ilmu usahawan. Mereka kental, bisnes tetap berjaya. Itu kelebihan orang berguru, bermentor dan berilmu.

Pandangan Peribadi Penulis:

1. Harga barang meningkat memang kita tak boleh nak elak. Nak tak nak kita tetap perlu beli gula, minyak masak, susu anak, sayur, telur, ayam.

2. Masalah mata wang pun dah mula ada dalam negara kita, macam-macam masalah juga melibatkan kewangan dan institusi yang terlibat.

3. Dari segi masyarakat Malaysia, tak ramai mempunyai pendapatan yang tinggi, banyak B40, banyak yang perlu sumbangan dan bantuan, ramai yang terkesan.

4. Semua syarikat dan perniagaan sekarang ada risiko yang tersendiri. Sehingga syarikat besar pun tak nampak apa yang nak dibuat atau rancangan jangka masa panjang.

5. Kalau usahawan tidak tahu nak buat apa, bisnes takkan boleh terus berkembang maju, pendapatan juga tak dapat ditingkatkan. Bagaimana nak bayar hutang atau komitmen bisnes?

6. Kena kenal pasaran sekarang sebab tahun 2022 ini makin mencabar. Tak sama macam zaman-zaman ibu ayah kita berniaga muda-muda dulu.

Nak Bersedia Hadapi Cabaran Kritikal Perniagaan Sekarang?


Akan diadakan Program Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi. Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022.

Sertai Sekarang: Telegram Azizan Osman Officials


#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #CabaranRichworks2021

#UsahawanJutawan #BitersXRichworks




Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang