Inspirasi: Asyraf Khalid Jutawan RichWorks

9:47 AM


Pasti ramai yang kenal jejaka hensem yang terkenal ini, Muhammad Asyraf Khalid ataupun lebih dikenali dengan nama Asyraf Khalid. Anak kepada Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K ini merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama Mutyara.

Mungkin ramai wanita pernah cuba produk Jus Mutyara ini? Sebut saja jamu Mutyara, mungkin ramai yang tahu. Anak Datuk K ini sebenarnya melalui fasa yang sama seperti usahawan diluar sana juga. Bezanya adalah mungkin bapanya seorang ahli perniagaan, tetapi itu tidak bermaksud ilmu dan kepimpinan itu boleh diwarisi.

Buktinya, Asyraf Dahulu Pernah Kecewakan Datuk K

Benar, memang tak jangka setiap orang ada cabaran yang dilalui sebelum berjaya. Dahulu, Asyraf tak tahu bagaimana nak berjaya dan bangkit. Tetapi beliau sedar perlunya untuk buat sesuatu untuk berjaya. Tak boleh duduk diam saja.


Pernah malas dan tak tahu langsung apa nak dibuat. Tapi siapa sangka kejayaan itu boleh dikecapi sendiri melalui perniagaan bersama isteri tercinta iaitu Tya Arifin.

Asyraf juga berada dalam Bimbingan usahawan Richworks Datuk Wira Dr Azizan Osman. Sebagai mentor usahawan, pastinya Datuk Wira membimbing Asyraf dalam program Titanium, jadi pelbagai kelebihan dan kemudahan yang Asyraf gunakan bagi memanfaatkan program tersebut.

Ahli Titan Richworks sebenarnya dapat diajar secara terus oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. Segala masalah perniagaan dapat diselesaikan dan dibincangkan bersama. Kerana itulah, mentor dalam perniagaan sangat-sangat penting.
 
Terbaharu, Pertemuan Datuk K Dengan Azizan Osman



Makan malam bersama dan sempena sambutan hari lahir Datuk K isnin lalu, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah dijemput ke rumah mereka. Datuk K secara istimewanya ingin Datuk Wira turut serta pada hari jadinya.

Dalam ucapan yang telah dimuat naik ke akaun Instagram anaknya, Datuk K menyatakan akan perubahan anaknya selepas mengenali dan dibimbing oleh Datuk Wira. Perubahan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi bisnes, tetapi juga dalam kehidupan, segalanya berlaku dalam tempoh 3 tahun sahaja.




Luahan hati Asyraf sendiri terhadap bapanya dan mentornya:


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"

Lahirnya Jutawan Dari Program RichWorks


Bagi orang lain, mungkin kejayaan ini boleh diwarisi. Tetapi tidak jika tiada kemahuan dan matlamat. Bagi Asyraf pula, dengan bantuan tunjuk ajar mentornya, sangat-sangat membantu beliau untuk berjaya dalam tahun-tahun terdekat ini.

Tambahan pula, mempunyai lingkungan sahabat kumpulan Titanium menjadikan beliau lebih kuat dalam perniagaan. Datuk Wira juga bukan sekadar mengajar bisnes dan membimbing perniagaan sahaja, tetapi turut ditekankan akan cara memimpin, menguruskan manusia serta hubungan sesama manusia dan dengan tuhan.

Selain itu, nilai-nilai yang baik juga diterapkan dalam ajaran beliau kepada usahawan RichWorks. Asyraf percaya itu yang menjadikan sikap seseorang lebih baik dan mudah berjaya. Sebagai contoh, usahawan tidak kedekut ilmu walaupun dikatakan saingan sesama sendiri.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujar Asyraf.



Datuk K Jelas Apa Azizan Osman Lakukan


Sedar tak sedar rupanya Datuk K sendiri kagum dengan Datuk Wira. Boleh dikatakan beliau cemburu juga kerana kebolehan Datuk Wira sangat memudahkan ramai usahawan. Datuk Wira bukan sahaja ajar berniaga, tetapi lebih dari itu. Beliau pegang erat-erat dan bantu usahawan rapat-rapat. Tidak sia-sia jadi pelajar RichWorks.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”



Akhir sekali, Datuk K turut menyatakan harapannya kepada usahawan diluar sana agar terus ingat asal usul, tidak ego apabila sudah berjaya. Sering bersama mereka yang memerlukan pertolongan terutamanya usahawan yang ingin berjaya dan perlu tunjuk ajar.

Apa yang dikongsikan oleh Datuk K ini juga amat menginspirasikan, beliau nampak dengan sangat jelas, untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan sokongan ilmu dan guru yang betul. Bukan dengan sembarangan orang atau agensi kita boleh belajar. Takut-takut duit yang lebur nanti.

Mujur ada RichWorks International Sdn Bhd, lebih dari 13 tahun beroperasi tapi sudah melahirkan ratusan usahawan berjaya yang terkenal.


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang