Kurangkan Masakan Berminyak dengan AIR FRYER (gadget didapur)

9:55 AM

Assalamualaikum.. 


Harini Murni nak perkenalkan gadget terbaru Murni. Tapi yang ni bukan laa gadget kat tangan..kali ni adalah gadget kat dapur pulak. Baru laa semangat sikit nak masak..kikikiki.. 


Minggu lepas syok2 tengok iklan di GO SHOP. Aduh hati ter'berkenan' pulak dengan PHILIPS Air Fryer. Demo masakan yang depa buat pon menarik semuanya. Dan yang paling menarik hati ini adalah apabila tang menggoreng tanpa menggunakan minyak langsung. Tapi rasa dan rupa sebijik macam masak/menggoreng dengan minyak yang banyak (deepfry). Contohnya Fries dan ayam goreng. 








Apa lagi laa malam tu tak boleh tidur laa. Murni ni ada tabiat yang buruk bila ter'berkenan' sesuatu tu Murni akan cuba juga untuk dapatkan. Walaupon tak dpt yg sama tapi ala2 pon dah syok. Bukan apa, Philips Air Fryer tu harga boleh tahan la juga. Tak silap masa Murni tengok tu harga RM899. Mmmm mana laa Murni nak cekau duit banyak2 tu dalam duk gawat2 ni. Huhuhu










Duk kat office dah tak senang duduk, buka Lazada.com. Ada juga air fryer tapi brand lain. Mmmm harga pon boleh tahan. Tapi Murni yakin suatu hari nanti harga mesti turun sikit. Sabar dulu. Sambil2 tu tengok2 youtube demo masakan menggunakan air fryer. Memang superbb. Boleh tengok demo kat sini Air Fryer.








Alhamdulillah lepas seminggu tengok sekali lagi harga dah turun sikit. Apa lagi cepat2 mesej encik suami. Dalam hati berdoa agar permohonan diterima. Dengan alasan oven kat rumah dah rosak. Api atas takdak so susah bila nak buat biskut raya & masak kek. (padahal tak pernah masak pon). Hihihi











Dan akhirnya Butterfly Air Fryer in da house. Hihihi. Walaupon tak secantik PHILIPS Air Fryer tapi Murni suka juga sebab dia lebih besar dari PHILIPS Air Fryer. Lagipon brand Butterfly ni pon dah lama ada kat pasaran. Dan dalam demo kat youtube pon function dia tetap sama. Pastu yang ni dia sertakan dengan aksesori sekali. 

























Jom layan dulu demo masakan dengan menggunakan Air Fryer ini. Dan Murni pon berkesempatan juga menggoreng fun fries dan ayam semalam. Memang betul fun fries & ayam goreng masak dengan sekata. Tapi rasa ada sikit berbeza tak laa sesedap fun fries dan ayam goreng yang digoreng dengan minyak deepfry. Rasa kurang berlemak sikit. Ya laa sebab dah tak menggunakan minyak. Sebelum ni yang membuatkan fun fries dan ayam goreng tu rasa berlemak adalah minyak. Hihihihi. Tapi fun fries tetap rasa garing dan rangup. Ayam goreng pon sama kat luar garing dan ranggup tapi isi ayam masih lembut dan berjus serta masak sekata. 

















Maaf gambar ayam goreng dan fun fries tak sempat ambik. Lepas2 masak anak2 dah terkam. InshaAllah ada masa lain kali Murni try buat demo masakan sendiri pulak..Hihihihi. Sekian, Bubye!!!








Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. Menaril la pulak..hehehe..ok jeles,,

    ReplyDelete
  2. Rasa teringin nak beli juga la ^-^

    ReplyDelete
  3. adeh... akak terpengaruh dengan GO Shop banyak dah ni...

    sebaik kita tak minat.. tapi, my mom suka sangat... nasib ada anak yang sentiasa suruh tukar channel... haha

    ReplyDelete
  4. bersih dan sihat!! dah laa warna hijau..lep lep je nampak.. hehehe..

    bnyak guna elektrik tak kak??

    ReplyDelete
  5. senang la macam ni.... xda minyak

    ReplyDelete
  6. Hahaha..kak murni sha pun terpengaruh gak tp belum berjaya pujuk en.suami..tp bgslah kak kalau makanan dah xde minyak.. sihat..

    ReplyDelete
  7. read. terima kasih singgah ke blog IM bebaru ni...

    ReplyDelete
  8. bestnya fryer ni sbb xpayah nak guna minyak. healthy sket makan. hihihi :)

    ReplyDelete
  9. wah..mcm best jerrr..mcm nk beli jer.hehehehe..terpengaruh sudah...bw sini.www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. ritu kt kilang depa wt sales air fryer philips tu dpt 700 cmtu kot

    ReplyDelete
  11. oo ade jenama lain airfryer ni rupernyer.. ingatkan philips jer ade..

    http://contengan-rasa.blogspot.my

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang