Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang

10:32 AM




Georgetown: Projek mega bagi membina terowong dasar laut yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau dijangka mengatasi masalah kesesakan jalan raya, di sini. 


Kerja pembinaan terowong sepanjang 6.5 kilometer dari Bagan Ajam di Butterworth ke Persiaran Gurney dan dijangka bermula menjelang awal 2016 membabitkan kos RM6.3 bilion. 


Pembinaan terowong itu merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu jalan berkembar sejauh 12 kilometer dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.


Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus. 


Tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang turut digunakan bagi kerja pembinaan terowong itu. 

Sumber: Akhbar Harian Metro

Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. erk biar betul pasal terowong dasar laut nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar akhbar Harian Metro harini..hihihi

      Delete
  2. sapa beli rumah kt weldquay mmg untung

    ReplyDelete
  3. Assalam murni,
    jadik jugak yer?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..tu ler kuar akhbar Metro harini

      Delete
  4. salam ukhwah murni, semoga projek ini sukses dan memberi kemudahan buat semua penduduk kan :)

    ReplyDelete
  5. harap2 cuma rumors jelah

    ReplyDelete
  6. adoi..kesian pulak laa kehidupan dalm laut... hummm

    ReplyDelete
  7. Conform eh.. ingatkan cakap2 je.. habis hidupan laut..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang