Ibu Bapa Cerminan Anak

6:46 PM

Melahirkan cahaya mata yang bukan saja bijak malah mempunyai sifat kepemimpinan yang baik, antara impian ibu bapa bagi memastikan keturunan mereka menjadi kebanggaan di masa hadapan.





Hakikatnya, tugas mendidik si kecil untuk menjadi individu yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepemimpinan memerlukan ibu dan bapanya juga menunjukkan contoh teladan yang baik bagi memudahkan si kecil tersayang mencontohi sifat terbabit.


Saling membantu, bersedekah dan menasihati sesama individu adalah antara sikap yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian pasangan ibu bapa.


Menurut jurulatih keluarga yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Smart Parents Network Sdn Bhd, Zaid Mohamad, terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa dalam proses mendidik dan melahirkan generasi akan datang yang mempunyai sifat kepemimpinan.


Sifat kepemimpinan itu boleh lahir secara semula jadi melalui didikan dan asuhan yang betul daripada ibu bapa dan penjaga terutama dalam membentuk tahap keyakinan diri mereka.

Untuk menjadi ketua atau pemimpin, kanak-kanak itu perlu bersifat berani dan sentiasa menonjol dalam sesuatu perkara sebagai contoh ketika mereka berada di waktu pembelajaran di sekolah mahupun ketika waktu bermain,” katanya.

Zaid berkata, dalam usaha itu peranan si ayah dalam membimbing keluarga turut mempengaruhi perkembangan si kecil di samping peranan ibu dalam mengurus dan memberi nasihat.

Apa yang paling utama adalah nasihat yang selalu diberikan kepada anak anda selain kaedah dalam melayani kerenah mereka bermula dari saat bayi hinggalah mereka meningkat dewasa.

Menyemai sifat tolong menolong selain mendidik mereka menjadi insan berani ternyata membantu dalam melahirkan generasi yang bersifat kepemimpinan,” katanya.

Menurut Zaid, pada masa sama, setiap pasangan ibu bapa dinasihatkan untuk tidak terlalu memanjakan si kecil bagi mengelak mereka tidak mampu berdikari.

Perkara itu amat penting kerana kanak-kanak yang terlalu dimanjakan jelas menunjukkan sifat tidak matang dan sukar berdikari terutama ketika mereka berada di sekolah atau ketika bersama rakan.

Tidak perlu terlalu garang dan tidak juga terlalu berlembut kerana amalan bersederhana dalam mendidik pasti mampu melahirkan hasil yang lebih baik berbanding sekiranya dibuat secara berlebihan,” katanya.

Antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa:

  • Terapkan elemen nasihat yang tidak membosankan ketika menegur kesalahan anak-anak.
  • Berikan kepercayaan kepada anak melakukan sesuatu perkara contohnya ketika memesan makanan di restoran yang memerlukannya berinteraksi dengan individu lain
  • Minta mereka memasang cita-cita atau azam untuk bergelar seorang pemimpin/imam.
  • Memberi galakan dan semangat kepada anak anda menyertai pertandingan di sekolah bagi menanam sifat berani dalam diri mereka.
  • Sering bercerita kepada mereka mengenai kisah Nabi2 dan juga para Sahabat Nabi. Boleh juga ceritakan mengenai tokoh2 negara yang disegani berserta sumbangan tokoh berkenaan.



Artikel Menarik Yang Lain

11 ulasan

  1. Anak mudah mencerap apa yang orang sekeliling dia lakukan..terutama ibu bapa..jadi mesti waspada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..makin diorang membesar makin kita kena lebih waspada..

      Delete
  2. Sebenarnya bukan ibu bapa sahaja..kaum keluarga pun kena main peranan sebab anak-anak ni akan melihat dan meniru cara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt dgn CP..mcm murni ni keluarga jauh..anak2 byk habiskan masa kat tadika & taska..so far mujur tadika&taska diorg bagus sgt

      Delete
  3. anak2 penyeri hidup..
    singgah kejap sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..diorangla segala2nya bagi akak & suami

      Delete
  4. Didikan awal yang sempurna Insha Allah dapat membentuk anak cemerlang ^-^

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg sangat menarik dr kak murni..

    ReplyDelete
  6. Assalam murni,
    tu la kan3
    anak kita cermin kita

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang