5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Dr. Mahathir

3:37 PM

Assalamualaikum,


Murni doakan semoga semua pembaca Coretan Murni Alysa berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa.


Beberapa hari lepas Murni terjumpa artikel ini. Murni rasa bagus untuk dikongsikan dengan anda semua.


Kisah Tun Dr Mahathir


Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.


Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara).


Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?






Jom tengok antara tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 17 tahun yang lalu (1997). Video temuramah ini boleh ditonton DISINI


5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir



1 – Tidak Menghisap Rokok

Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi Murni, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).



2 – Tidak Minum Arak

Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.



3 – Makan Secara Bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda. Dengan ini perut kita takkan terbeban sangat dengan makanan yang berlebihan. Sekaligus usus kita takkan bekerja lebih masa..



4 – Makan Multivitamin

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. 

Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggekalkan kesihatan buat jangka masa panjang.  

Dengan memilih hanya multivitamin yang terbaik adalah salah satu cara untuk menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita sekarang dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan makanan yang segar dan juga 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Dan salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau juga mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


– Tidur Secara Mencukupi

Tidur adalah seakan-akan butang reset bagi manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak menghisap rokok, terutamanya rokok dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) adalah kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad



Murni sama sekali bersetuju dengan 5 amalan Tun tersebut. Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa Tun tidak menyelitkan “bersenam secara berterusan” ke dalam 5 amalan tersebut? Adakah ia membawa maksud Tun tidak/jarang sekali bersenam ketika zaman kerjayanya? Hmm. Saya tidak berfikir begitu. Apa pula pendapat anda?


Sama sama kita doakan Tun sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah..Aamiiin!

Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. nice entry..tq for sharing...slm perkenalan...bw dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. selalunya gaya pemakanan kita yg menjadi masalah kan.. huhuhu..

    hensem je tun dalam gambar kat atas tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. betul tu... gaya hidup kita ni la mmpengaruhi kesihatan kita...

    ReplyDelete
  4. patut la Tun M sihat selalu..boleh cuba ni

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  5. nice info... memang tun M jaga kesihatan sebab tu nmpk muda lg. hehe

    ReplyDelete
  6. wahh nice tips murni.. hehe. patut tuan blog cantik

    ReplyDelete
  7. Partmakan tu memang masalah.. sha pantang juga tp pantang nampak. Hehehe..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang