Hanya Dengan Sebiji Oren Aku Boleh Jadi Sihat...Target 'ZERO MC 2015'
1:44 PMHarini 1 May 2015..Cuti hari Pekerja..Dengan lafaz Bismillah Murni mulakan entry kali ini. Nama pun entry dihari pekerja..Kali ini Murni nak share satu lagi pengalaman Murni sepanjang menjadi seorang PEKERJA..Murni juga nak share satu cerita tentang Vitamin-C yang berasaskan dari sebiji oren..Sebut aje buah Oren mesti terbayang dekat mata segelas FRESH Oren kan..Hihihi maklumla musim panas loni..hihihi..Ape pulak kaitan buah oren dengan kerja ni pulak puan Murni oiii??? Hihihi, jom baca Entry Murni kali ini sampai habis..InshaAllah ada info menarik yang Murni nak sampaikan.. Semoga Kita semua mendapat kebaikannya nanti..Aaamiiin!
Sebenarnya tahun ni adalah kali ke-2 Murni menyambut Hari Pekerja sejak bekerja di Hospital Lam Wah Ee Penang ini. Murni join LWEH ni pada April 2014. Dan sehingga akhir tahun 2014 kawan2 nak tahu berapa hari Murni MC?? Terus terang Murni bagitahu tanpa segan Murni MC sebanyak 8 hari..Banyak kan?? Tapi jangan salah faham. Murni MC banyak termasuk MC seminggu kerana Demam Denggi...Adoiii!!! Selebihnya pulak adalah kerana selalu diserang selesema dan batuk..huhuhu.
Disebalik cerita selalu demam & selesema itu Murni ada cerita menarik juga. Boleh dikatakan setiap 2minggu Murni mesti kena demam & selsema. Nak dijadikan cerita pada suatu pagi Murni akan makan breakfast bersama seorang colleague berbangsa cina. Dan Murni perhatikan setiap pagi selepas breakfast colleague Murni ini akan memakan sebiji oren. Kalau tak makan oren dia mesti makan buah kiwi..Murni tengok pun tak lalu pagi2 nak makan oren yang masam tu..Tapi dia makan masam2 tu selamber jer...huhuhu
Murni pon kebetulan masa tu tengah tak berapa sihat..Tengah batuk2, selesema dan sakit kepala yang teruk..Nak ambik MC segan laa pulak sebab minggu lepas baru je MC..Lagipun Murni ni kerja under contract lagi..huhuhu... Murni pun tergerak hati bertanya la "Mr Lim you tahun ni dah MC berapa hari?".. Dia dengan bangganya berkata "ZERO MC". Terkedu juga Murni dengar sebab dia dah agak berumur dalam 45 tahun umur dia. Tapi dia sihat je. Pastu Murni pon tanya laa apa rahsianya???..Dia pon dengan selamba tunjuk buah Oren kat tangan dia. Dia kata ini je rahsianya.. Terkedu sekejap..Biar betul orang tua ni???
Dia pun memulakan cerita.. Dia kata masa mula2 dia join Hospital Lam Wah Ee ini dia pun macam Murni juga selalu sangat sakit2..Tiap2 bulan ada MC. Puncanya ada kerana persekitaran hospital ini tempat orang sakit. Macam2 virus duk ada. Jadi tak mustahil laa kalau jika badan kita imunisasi tak kuat senang terkena virus & bakteria. Dia juga pesan kat Murni selepas je pegang ape2 mesin dalam hospital ini Murni kena basuh tangan dengan bersih sebersih bersihnya...Sebab segala mesin yang ada dalam hospital ini adalah bekas digunakan oleh pesakit yg ada bermacam2 jenis penyakit.. Alamakkk!!! rupanya berisiko juga bekerja sebagai Biomedical Technician ini..huhuhu
Selepas haritu Murni pun cuba ikut laa tabiat Mr Lin itu setiap pagi masa selepas breakfast Murni akan makan sebiji oren.. Dalam 3 hari pertama masih ok lagi..Murni masih selera lagi makan oren tu..Masuk hari ke-4 Murni dah rasa tak selera..Tambahan pulak kadang2 Murni dapat oren yang masam.. Adoii tak boleh tahan ni..Tapi Mr Lim selamba jer makan walaupun oren yang dia dapat masam..Ntah2 dia ni takda deria rasa kot (kata dalam hati je) hihihihi
Selepas itu Murni dapat satu lagi idea..Murni nak try buat sendiri laa jus oren dekat rumah..Kebetulan Murni ada beli juicer dekat rumah haritu.. Balik kerja terus je singgah dekat Tesco semata2 untuk beli buah oren. Kebetulan masa tu ada promosi oren sebiji harga 45sen je..Terus Murni beli banyak2..Balik rumah dengan semangat terus kopek dan buat jus..Sama juga masih masam juga so Murni tambah gula 2-3sudu..adoii..kena letak banyak sudu gula juga untuk potong rasa masam buah oren tu..Dah laa renyoh(susah) juga nak buat oren jus ni..Nak kena potong buah tu dulu..Pastu blend..Pastu bancuh..Pastu bab yang paling malas ialah bila nak cuci juicer tu..Alahaiii tak boleh jadi ni..huhuhuhu.
Selepas itu Murni dah rasa macam dah give-up. Tiba2 terfikir pulak kenapa aku tak try je makan supplement. Senang je pakai telan je..Sekali lagi Murni search google dan terjumpa Vita-C Shaklee ini. Why not Murni cuba..sebab sebelum ini murni memang duk mkn Shaklee untuk Penyakit Darah Tinggi.. dan memang berkesan..Dan cara makan pun agak menarik juga cuma makan sebiji je sehari selepas breakfast. Terbaca pulak bahawa Vita-C ini adalah berbentuk Sustained Release iaitu ianya mengandungi 500mg vitamin C tetapi ianya hanya melepaskan sedikit demi sedikit setiap jam supaya badan kita akan mendapat bekalan vitamin C selama 5jam..Wah menarik tu.. Sebab melalui pembacaan Murni ada terbaca bahawa badan kita tak boleh menyimpan Vitamin C dalam kadar yang lama..Jadi sangat perlu untuk kita sentiasa bekalkan Vitamin C ini setiap jam untuk kekalkan imunisasi badan kita seharian.
Alhamdulillah Murni pun try makan Sustained Release Vita-C ini setiap hari.. Dan Murni nak bagitau selepas beberapa hari...Murni dah sihat..Dan selepas 2 minggu memang ternampak perubahan yang ketara pada kesihatan Murni dan juga wajah Murni..Murni rasa uka sangat2.. disamping badan rasa sihar kulit wajah pun rasa bertambah berseri2..Hihihi...Tetapi Murni rasa sampai sini dulu entry Murni kali ini..InshaAllah next entry Murni akan ceritakan bagaimana perkenalan Murni dengan Vitamin CShaklee ini turut merubah perjalanan Murni sekaligus menjadikan Murni juga salah seorang SID (Shaklee Independant Distributor). Semoga berjumpa lagi Murni nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membaca entry Murni yang panjang lebar ini. Assalamualaikum WBT.
2 ulasan
banyak khasiat buah oren :)
ReplyDeletenyumnyumnyum
Badan kita sangat perlukan vitamin C..
ReplyDelete