Rumahku Syurgaku Part 1

8:48 AM

Bismillah..Alhamdulillah harini diberi masa untuk meng'update' belog kesayangan ini..Harini nak story sket laa tentang Rumahku Syurgaku. Setiap orang mesti ada rumah untuk berteduh..tak kisah laa rumah itu kecik atau besar..rumah adalah permulaan untuk sebuah kehidupan. Walaupun pondok buruk pon masih dikira sebagai rumah..kerana disitu la tempat kita berteduh..Sape setuju angkat tangan..hihihi










Sebenarnya segan juga nak bercerita ni..kerana agak terlewat dah umur dah 33tahun baru nak beli rumah..orang lain baru umur 25-26 dah ada rumah sendiri..Dah laa rumah yang Murni beli ini masih dalam pembinaan..makan masa juga laa baru siap..Rumah ini dijangka siap bulan 10 2016. Tapi tak apa laa sementara runggu rumah ni siap sempat laa Murni suami isteri kumpul pitis (duit) untuk persiapan kelengkapan dalam rumah nanti.Hihihihi



















Sebenarnya kami suami isteri tak bercadang pon nak beli rumah dekat Penang ni.Kerana kami suami isteri memang berasal dari Kelantan dan Murni dah bekerja dan menetap di Penang ni lebih kurang 10tahun dah. Dari bujang dan sampai laa sekarang anak dah dua orang.. Cadangnya kami nak balik beli rumah dekat Kelantan laa..Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan..




















Masa bujang Murni tinggal menyewa je di Penang ni bersama kawan2. Selepas berkahwin rezeki Murni murah kerana suami dapat kerja di Penang juga. Suami bekerja sebagai Medical Assistant di Klinik Kesihatan Bayan Lepas dan juga layak untuk duduk di Kuarters. Maka bermula laa kami tinggal di kuarters klinik tersebut sampai laa sekarang..Dah nak masuk 7 tahun dah laa...Mmmm lama juga..


























Kenapa tiba2 kami tukar plan untuk beli rumah kat Penang ni pulak sedangkan rancangan asal mahu pulang menetap di kampung halaman di Kelantan..Puncanya adalah:

  • Pertama: Suami telah putus asa untuk minta tukar penempatan kerja di Kelantan..Termasuk tahun lepas sudah 6kali dia memohon tetapi masih gagal. Mmmm dah tak ada rezeki nak buat macam mana kannn..
  • Kedua: Kerana Murni dah dapat kerja di Hospital Lam Wah Ee..iaitu Private hospital..Jika kami balik duduk di Kelantan Murni terpaksa berhenti kerja..Huhuhu..
  • Ketiga: Penang ni Negeri yang sangat pesat membangun. Sekiranya kami beli rumah loni pun tak rugi kerana harga nilaian rumah itu akan naik harga dengan cepat. Jika tua2 esok kami mahu balik tinggal di Kelantan pon rumah ini masih boleh diberi sewa.
  • Keempat: Rumah yang bakal murni duduki ini adalah lot Bumi..Maknanya akan dihuni oleh orang Melayu sahaja. Pastu harganya pon lebih murah dari yang biasa kerana kami diberi syarat tak boleh jual rumah kami tu selama 10tahun kepada warga Non-bumi..hihihi














Artikel Menarik Yang Lain

32 ulasan

  1. wahh,, takpe kak. tak payah malu. rezeki masing2. janji tak susahkan org lain. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah adeq Cikk Mimin..kalu laguni lagi semangat laa akak nak update pasal Rumahku Syurgaku!!

      Delete
  2. wah, cantik tu kalau dah siap. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanxz..InshaAllah..Lepas ni jenuh nak mendeko-deko laa pulakk..kikiki

      Delete
  3. nice cantik. saya pun sekarang plan nak beli rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahnks dik..jom beli cepat nanti kita sama2 men'deco

      Delete
  4. huhuhuhu... rumah ada swimming pool... bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. swimming pool tu idea suami..konon senang nak bw anak2 berendam..hihihih

      Delete
  5. rezeki masing masing kak. Tapi alhamdulillah akak da ade aset :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..semoga family sis dilimpahkan lg rezeki..amin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin! terima kasih sudi mendoakn..

      Delete
  7. Alhamdulillah..takpelah Murni.. janji ada rumah utk tempat kita berteduh kan.. mesti tak sabar nak tunggu rumah baru siap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanxs dear..tau takpe..tiap2 minggu lalu kot ctu nak tengok progress rumah tu..hihihi

      Delete
  8. Setuju! Penang harga cepat juga naik after KL ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harga rumah dekat Penang ni naik cepat..huhuhu

      Delete
  9. cantiknya rumah.. alhamdulillah.. rezeki..

    ReplyDelete
  10. mana-mana duduk pun...takkan dilupakan tempat kelahiran...ada rezeki masih dapat pulang ke Kelantan kan...

    cantik design layout rumah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan sis Sally.. InshaAllah kalau ada rezeki masih boleh balik duk sana tua2 esok..sebab nak dekat dengan keluarga..

      Delete
  11. Zumal suka rumah gini, rumput tak payah tebas. Hihi ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zumal..Murni loni dok rumah bawah (kuarters JKR)..memang rumput selalu kena potong, pastu dah beberapa kali dimasuki binatang liar ( ular,biawak & mengkarung) dan juga orang liar (pencuri). Murni rasa klau rumah apartment ni ada security jg selamat sket

      Delete
  12. Assalam murni,
    he3
    rege biorla rahsia yer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..harga biasa2 je k.Sha..nak beli mahal2 x mampu ler kat penang ni..huhuhu

      Delete
  13. salammurni,mcmana u apply utk rumah lot bumi tu?website tu mcm link salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. boleh temgok link ni http://www.jkpsb.com.my/v4/index.php?page=detailproperty&prid=102

      Delete
  14. cantikkk langkaran gambar tu mesti dah siap nanti lagi cantik... kemudahan yg disediakan pun ok... lepas ni berenang sokmo la hihihi

    ReplyDelete
  15. molek la..tuke design pun asal klate jg

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah berjiran la kita nanti....awak blok A ke B

    ReplyDelete
  17. btul ka..bestnyer..saya blok B..dengar citer bln 6 thn dpn baru siap kot..huhuhu

    ReplyDelete
  18. Lambat siap.. bulan 6 tahun depan br siap..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang