Kembalikan Semangat Dengan Bercuti..Harap En. Suami Baca ni...

2:01 PM






TUGASAN di pejabat bagaikan tidak pernah habis dan ‘angin’ untuk bekerja memang tidak ada apatah lagi tum­puan terarah kepada perkara lain.

Jika ini yang anda alami, itu petanda memerlukan percutian yang mendamaikan dengan segera.

Tanda itu juga memberitahu anda perlu merehat­kan badan dan mencari sesuatu yang segar.

Menyegarkan kembali badan dan fikiran sangat penting selain memulihkan semangat yang pudar.

Otak juga bagaikan baru diformat semula sehingga anda boleh bekerja dengan lebih efektif dan cemerlang.

Ingin tahu tanda lain anda memerlukan percutian mendamaikan, jom semak tip melancong ini.



Selalu rasa penat

Jangan membiarkan situasi itu berlanjutan kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih bahaya.

Ia tidak memberi kesan kepada fizikal semata-mata, tetapi juga psikologi. Anda juga pastinya akan cepat marah jika mengalami situasi ini.

Justeru, jika anda rasa keletihan, inilah masanya untuk bercuti.



Tidak merawat diri

Kesibukan boleh membuatkan anda lupa menjaga hal yang penting iaitu merawat diri. Mana tidaknya, dengan kesibukan dihadapi, masa dirasakan begitu cepat berlalu sehingga tidak sempat merawat diri.

Anda juga mungkin akan mulai mengambil makanan segera atau sering minum kopi supaya boleh tetap bekerja.

Jika anda mengalami situasi ini, segeralah membuat perancangan bercuti di destinasi diimpikan.




Tiada tumpuan kerja

Anda bekerja keras, tetapi seperti tugasan yang diberikan tidak selesai. Bahkan anda perlu kerja lebih masa untuk menyelesaikan semuanya mengikut masa yang ditetapkan.

Anda juga sering bersalah dan menuntut anda untuk bekerja lebih keras lagi. Jika situasi ini anda alami, jangan beri alasan lagi.

Dengan situasi seperti itu, anda perlu bercuti di tempat yang menyenang­kan dan mendamaikan selama beberapa hari.

Pastinya selepas itu, anda akan lebih fokus kepada kerja yang ada.




Cepat marah

Tertekan dengan banyak kerja yang tidak selesai di pejabat bukan saja buat anda tertekan, tetapi membuatkan anda mudah marah.

Itu belum ditambah dengan perselisihan faham dengan rakan sekerja. Amarah anda bagaikan membuak-buak walaupun hakikatnya apa yang diperkatakan atau ditegur itu benar.

Jangankan ada salah faham dengan orang lain, terlanggar kerusi saja sudah membuatkan anda begitu marah.

Jika sudah rasa seperti ini, duduk sejenak, mohon cuti dan pergilah bercuti di tempat yang memberikan kedamaian atau dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi.

Bercuti di tepi pantai, pulau atau taman negara adalah destinasi yang cukup tepat buat anda.

Pulang daripada bercuti nanti, anda pastinya lebih tenang.




Psst: Cuti sekolah lagi seminggu..So jom intai2 tempat yang sesuai untuk pergi bercuti..

Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. Tak payah pikir sangat...g je bercuti..tenangkan fikiran..janji fulus adooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..fulus laa paling penting..kalau tak bercuti kat belakang rumah jerr laa..hihihi

      Delete
  2. betul tu kak. bila dah sibuk kerja, badan tak jaga. penat je. balik kerja pun sampai larut malam ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..nak buat mcm mana loni kena byk berkorban masa & tenaga utk kesenangan hari tua..InshaAllah

      Delete
  3. bestnya kalau dapat bercuti kan kak..nak2 cuti sekolah cuti bsama anak2

    ReplyDelete
  4. As salam, awak dah komen entry pemenang tu, tapi awak tak bg detail lagi... awak blh inbox saya dkt fb https://www.facebook.com/zarina.tazari

    tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..Rezeki anak2 tu..Saya inbox tadi.. tq sekali lg :)

      Delete
  5. nak jugak bercuti tapi takde sponsor(sampai kiamat la tak bercuti).heheee
    KucenMaster.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tu laa.. Ada x sape2 nk sponsor???

      Delete
  6. Bercuti untuk tenangkan fikiran dan recharge energy. =)
    Lepas tu baru boleh bekerja dengan aura & semangat baru =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..Lepas dah hbs banyak duit pergi bercuti kena recharge poket pulak..kena keja lebih lagi..hihihi

      Delete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang