Pasang Korean Wallpaper dan Hanging TV Console di Rumah Baru

6:28 PM

Assalamualikum..

Bila dah siap cat dinding living hall baru Murni perasan watpe susah2 cat sebab kami dah order Set Hanging TV Console dan dalam package tu dah ada wallpaper sekali. Entry tu ada disini Persiapan Living Hall


Tapi sayang sebab dah lama sangat order tapi rumah belom dapat kunci, Set TV Zach series tu dah takde. Maka kami tukar dengan set baru. Set ni tak termasuk wallpaper tapi oleh kerana kami dah bayar untuk Zach series RM2788 maka kami dapat juga laa sekali Korean Wallpaper.


Kami perlu datang ke kedai untuk pilih wallpaper. Ya Allah rambang mata betul. Nak pilih design ala2 English encik suami taknak. Pastu corak 3D pon dia taknak. Kat bawah ni corak yang Murni berkenan tapi tak diterima encik suami..huhuhu






Last bagi dia jer laa pilih..dia berkenan corak daun. Macam ira2 daun. Tapi kenapa Murni nampak macam bulu pelepah burung jaa..ahh lantak kedia laa...Corak2 ni pon ada macam2 kaler corak dan backgraund. Kami pilih code Beige. (menyesal tak pilih brown lagi cantik kot)










Ini dinding sebelum pasang wallpaper..1 roll wallpaper ni muat utk keluasa 150 sqf. Dan selepas pasang ada lebih sikit. Kami simpan mana tau nak tampal kalau ada yang rosak.




Taraaa dah siap. Kaler agak berbeza kerana effect warna lampu.






Okay selepas seminggu pasang wallpaper mereka datang lagi untuk pasang TV console. Kesian duk tengok TV kami tergolek atas lantai. Oleh kerana tv 40 inch kami masih boleh pakai so pakai jer laa yang tu. Takyah membazir.



Apa yang Murni suka tentang TV consule ni adalah dia fully melamine dan anti scratch. Pastu dah tak nampak wayer2 yang beselirat. Pasni tunngu nak deco jer. Murni taknak deco beria just biasa2 jer. 



Nak tahu Murni beli kat mana TV console ni boleh jengah entry lama DISINI, 2 tahun lepas punya tempah harini baru dapat. Dah la tempah lain dapat yang lain. Tapi overall kami berpuas hati.



Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. cantik wallpaper rumah kakak.kemas je rumah kakak.pandai deko rumah

    ReplyDelete
  2. Cantik kak..pandai husband kak murni pilih design..sesuai nampak dan luas rumah kalau corak memanjang mcm tu..

    ReplyDelete
  3. comel sekali. bila tengok terus rasa x nak keluar rumah plak! hehehe

    ReplyDelete
  4. hehehe akak nanti da siap semuaaaaa amek gmbr tau. tak sabor plak nak tengok final touch =)

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang