Baby Skin Care Essentials Dari Joielle Baby | Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi Anda

12:31 PM

Assalamualaikum semua..

Hari ini Murni ingin memperkenalkan satu set penjagaan bayi yang sudah 4 tahun berada di pasaran iaitu Baby Skin Care Essentials dari Joielle Baby. Set lengkap Baby Skin Care Essentials dari Joielle Baby ni sangat sesuai untuk baby yang baru lahir kerana set ini mengandungi shampoo, mandian, losyen, minyak baby, krim baby dan krim dada & perut baby. Selain itu set ini juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga kerana produk ini adalah organik dan selamat. Kesemua produk Joielle Baby ini juga telah diuji secara dermatologi oleh Badan Persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd serta mematuhi piawaian tertinggi untuk penjagaan bayi. 


Kesemua produk Joielle Baby ini diperkaya dengan Vitamin E, Aloe Vera dan kebanyakkan menggunakan bahan-bahan dari alam semula jadi. Yang paling Murni suka adalah bau kesemua produk Joielle Baby ini adalah sangat wangi dan lembut pada kulit. Produk Joielle Baby ni bebas dari SLS, paraben dan steroid dan sangat sesuai untuk kulit baby yang ada ruam dan mampu juga menyembuhkan dan membaiki kulit baby yang mempunyai masalah eczema. 



Baby Skincare Essentials Joielle Baby ini terdiri daripada:-

  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Baby Cream
  • Baby Chest & Tummy Rub


1. Joielle Baby Bath


Joielle Baby Bath mengandungi relaxing scents yang boleh menenangkan si kecil sebelum naptime. Ekstrak botani, Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera membantu mengembalikan kelembapan pada kulit bayi serta membantu memperbaiki struktur kulit bayi. Dan dengan bau yang wangi dapat membantu menenangkan bayi selepas mandi. Murni perhatikan selepas mandikan Zulaikha dengan Joielle Baby Bath ni dia akan tenang dan mudah untuk ditidurkan. Sangat2 membantu ibu2 yang banyak kerja macam Murni ni.


2. Joielle Baby Shampoo


Joielle Baby Shampoo ini berasaskan dari bahan-bahan semulajadi juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera. Ia berfungsi membersihkan dan melindungi kulit kepala baby terutama kulit kepala baby yang ada kerak (cradle cap). Baby Shampoo dari Joielle Baby ini amat sesuai untuk kegunaan harian dan bau dia pon wangi dan lembut jer. Zulaikha pon suka ibu pon syok jer mencuci rambut dia. Dan yang paling penting lepas tu kepala dia bau wangi sedap jerr nak cium ehehe


3. Joielle Baby Oil


Joielle Baby Oil dirumuskan dari herba semulajadi, minyak ini mudah meresap ke dalam kulit dan membantu mengawal keseimbangan hidrolipid untuk membantu mengembalikan kelembapan pada kulit baby. Joielle Baby Oil ini sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut si kecil dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Ia juga boleh digunkan sebagai minyak rambut baby untuk membantu baby mendapatkan rambut yang lebih kuat, lebat dan bersinar dan dapat membantu menghindarkan serta membersihkan kuping di kepala bayi. 

4. Joielle Baby Cream


Joielle Baby Cream ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Dengan ramuan berasaskan tumbuhan semulajadi dan Aloe Vera mampu membekalkan kelembapan sepanjang hari kepada si kecil. Sesuai digunakan untuk bayi yang mudah terkena ruam atau yang mempunyai kulit sensitive. Ia boleh digunakan pada badan dan pipi si kecil. Ia direka untuk ruam, ruam panas dan kulit kemerah-merahan. Tambahan loni musim panas, pakai baby cream ni kulit rasa lembut jer. Zulaikha pon suka dan lepas mandi ambik pakai sendiri..



5. Joielle Baby Lotion


Sapukan Joielle Baby Lotion untuk perlindungan lembapan tambahan. Ia diperbuat dengan piawaian tertinggi dalam penjagaan bayi diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera. Ia amat sesuai untuk kegunaan harian keseluruh badan baby selepas mandi. Baunya tak payah cakap laa memang wangi dan lembut jer.


6. Joielle Baby Chest & Tummy Rub


Joielle Baby Chest & Tummy Rub diperbuat untuk keselesaan baby dan membantu mengurangkan kembung perut serta melegakan ketidakselesaan perut si kecil. Rumusan lembut dengan kayu putih dan peppermint ini dapat membantu melegakan batuk dan mengurangkan masalah hidung tersumbat pada baby yang selsema. Hanya oleskan sedikit Joielle Baby Chest & Tummy Rub dan urutan kecil di bahagian dada, perut dan bahagian belakang bayi, masalah-masalah tadi dapat dikurangkan. Selain itu ia dibuat dalam bentuk krim dan dibotolkan kecil supaya senang untuk dibawa ke mana saja. 


Sekali lagi, Murni sangat recommend mommies menggunakan Set Baby Skincare Essentials dari jenama Joielle Baby ni sebabnya ianya organik, halal dan selamat digunakan oleh baby. Bagi anak2 yang mempunyai masalah eczema, kulit kering dan ruam, Murni sangat2 cadangkan untuk try skincare ini.

Joielle Baby Terbaik untuk Baby.. Healthy Baby, Happy Mummy!!

Ok untuk harganya pula, bagi Set Baby Skincare Essentials hanya RM199 sahaja manakala Joielle Travel Set pula hanya RM99.00 sahaja.

Bagi yang ingin dapatkan produk Joielle Baby ini boleh didapati di kedai penjagaan ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Tateh Bangi, Babyku, Moms House Baby Shop, Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


















Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Kulit baby ada yang jenis sensitif tak boleh guna produk² kulit org dewasa. Dengan adanya skin care bby ni, sekurang-kurangnya boleh mencegah dr penyakit

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang