Pakej Perkahwinan Yang Eksklusif, Cantik Dan Murah dari Butik Pengantin Nada Bridal Bachok, Kelantan.

6:13 PM

 Assalamualaikum...

Sepanjang menulis blog ni ini adalah kali pertama Murni berkesempatan untuk menulis review tentang Butik Pengantin. Korang semua mesti pelik kenapa tiba2 pulak ha ha ha..Almaklum laa dah 10 tahun kahwin takkan baru sekarang nak review pasal butik pengantin. Sebenarnya review kalini bukan butik pengantin zaman Murni kahwin dulu2 tu tau. Zaman Murni kahwin dulu pakai pelamin simple2 jer. Sebenarnya baruni Murni ada survey Butik Pengantin untuk adik Murni yang bakal berkahwin hujung tahun ni. Bila Murni teringat balik 10 tahun lepas Murni menggagau jer cari butik pengantin di Kelantan dan daerah Bachok khususnya, tak banyak masa tu..sebab zaman tu takde media Sosial, Blog, FB & Instagram segala jadi Murni tak boleh survey. Loni dah senang kan apa2 search jer di internet. Jadi dah alang2 Murni nak review tentang Butik Pengantin Nada Bridal yang terletak dekat kampung Murni di Bachok, Kelantan. Okay jom kita tengok serba sedikit tentang Butik Pengantin Nada Bridal ni.







Cantik sangat2 kan hasil sentuhan dari Butik Pengantin Nada Bridal tu. Tengok wajah raja2 sehari tu pon dah tahu mereka sangat berpuas hati dengan service yang disediakan oleh Butik Pengantin Nada Bridal ni. Untuk pengetahuan semua, Nada Bridal menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dengan harga yang berbaloi untuk bakal pengantin di luar sana. Bukan setakat boleh request tema untuk pakej pelamin sahaja, yang mana nak cari katering untuk majlis perkahwinan boleh dapatkan servis di Nada Bridal.

Di antara servis yang disediakan sekali dengan pakej perkahwinan penuh adalah :

1. Pelamin ( new deco )

2. Hiasan untuk meja makan beradab

3. Pintu gerbang dan juga Red carpet

4. Baju sanding ( X 1 pasang )

5. Baju outdoor atau majlis bertandang (X 1 pasang )

6. Makeup untuk 1 sesi

7. Stage hantaran

8. Aksesori pakaian untuk lelaki dan perempuan

9. Bunga tangan

10. Alas duduk akad nikah


Gambar - gambar pelamin hasil dari kerja Nada Bridal.

Semasa Murni scroll photo album di FB Nada Bridal tak berkelip mata Murni, semua pelamin yang dihasilkan oleh Butik Pengantin Nada Bridal ni cantik belaka. Kebanyakan ala-ala garden dah macam taman bunga sebab bunga kepok2 ada di pelamin. Murni yang dah lama kahwin ni pon meleleh air liur menengoknya apatah lagi bakal pengantin kalau tengok lagi laa teruja. Macam tak tahu nak pilih yang mana satu dah. Untuk pakej pelamin, bakal pengantin boleh request nak tema macam mana dan Team Nada Bridal akan usahakan sebaik mungkin untuk memenuhi impian bakal raja sehari. Nak bagi nampak sesuatu majlis berjalan dengan lancar untuk sehari tanpa cacat cela bukan mudah. Ke semuanya memerlukan komitmen yang tinggi. Ini kerana detik -detik manis pada hari perkahwinan adalah merupakan kenangan abadi yang bakal diingati sampai bila2, dan bakal jadi kenangan hingga ke anak cucu cicit ciat..InshaAllah. Selain dari pelamin, terdapat juga baju persalinan yang cantik-cantik untuk dipakai oleh raja sehari disediakan di Butik Pengantin Nada Bridal. Ada yang ready made dan ada yang costume made. Kalau nak tengok sendiri boleh singgah di Butik Pengantin Nada Bridal yang terletak di Bachok, Kelantan ya.






















Selain dari membuat pelamin di dalam rumah, Butik Pengantin Nada Bridal juga boleh  menyediakan Pelamin di Dewan Besar atau didalam khemah. Dan hasilnya pon tersergam indah dah macam majlis kahwin artis2 dah Murni tengok. Meriah sungguh. Jadi kalau bakal pengantin ingin menempah dewan yang besar untuk majlis jangan takut2 untuk hubungi Butik Pengantin Nada Bridal ya. InsyaAllah Butik Pengantin Nada Bridal akan memberikan servis yang terbaik. tentang harga pakej juga boleh dibincang.










Cantik kan pelamin mereka, terpukau sekejap tengok hasil kerja dari Team Nada Bridal. Pelamin cantik ,pengantin pun tersenyum bahagia bila tengok mahligai perkahwinan menjadi realiti. Selain dari pelamin, satu lagi perkara yang dititik beratkan semasa majlis perkahwinan adalah make-up untuk pengantin perempuan. Almaklum nak jadi raja sehari mesti laa kena cantik berseri. Dan di Butik Pengantin Nada Bridal juga menawarkan Servis Make Up Pengantin tau. Pakej perkahwinan dari Nada Bridal memang dah termasuk sekali dengan servis make up pengantin. Gambar - gambar di bawah ni di antara hasil make up dari Butik Pengantin Nada Bridal, memang terserlah keayuan dan kemanisan di wajah setiap pengantin perempuan. Kalau bakal berminat nanti bakal pengantin boleh laa berbincang dengan mak andam nak make up yang macam mana? Yang pastinya make up mesti cantik dan memukau..





Untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan, Nada Bridal juga ada menyediakan full pakej perkahwinan sekali dengan katering. Menu - menu yang disediakan pun pelbagai dan sedap. Jadi senang laa bakal pengantin tak perlu nak pening2 kepala cari katering lain. Semua boleh disediakan oleh Butik Pengantin Nada Bridal nanti. 


Testimoni

Sebenarnya bukan mudah untuk merealisasikan impian setiap bakal raja sehari. Tetapi Team Nada Bridal mereka akan usahakan sebaik mungkin untuk memenuhi impian bakal raja sehari nanti. Untuk memastikan sesuatu majlis berjalan dengan lancar untuk sehari dan tanpa cacat cela bukan mudah. Kesemuanya memerlukan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah berbekalkan pengalaman selama 7 tahun dalam bidang ini membuatkan nama Butik Pengantin Nada Bridal terkenal di Kelantan.





Jadi kepada bakal pengantin yang masih nak survey pakej perkahwinan dengan pelamin yang nampak eksklusif dan cantik dengan harga berbaloi2, cepat - cepat whatsapp nombor di bawah ya. Kalau masih tak puas hati nak tengok gambar lagi, rajin - rajinkan diri klik laman sosial Nada Bridal seperti di bawah banyak lagi gambar - gambar cantik disana.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik laman sosial Butik Pengantin NADA Bridal di bawah : 


Instagram : nada_bridalkelantan


Alamat : Kampung Pintu Gerbang Tawang
16020 Bachok, Kelantan.
























Artikel Menarik Yang Lain

19 ulasan

  1. wow semua pelamin cecantik..rambang mata ciktom tengok..nasib baik dah kahwin..hahah..ada kawan nak kahwin hujung tahun ni..blh rekemen kat dia survey bridal ni jgk..kot berkenan.

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik pelamin yang diorang hias.. itu yang selalunya jadi penarik selain makeup pengantin yang cun.. majlis kahwin akan nampak berseri dan teratur kalau ada pakej perkhawinan yang eksklusif macam ni kan

    ReplyDelete
  3. memang lawa2 lah design pelamin dia , simple but nice ...pakej yang ditawarkan pun nampak ok ..tak payah pening2 nak cari setiap satu benda tu lain2 orang atau company

    ReplyDelete
  4. Suka warna-warna yg dia pakai. Pastel and soft mostly. Kita jenis tak suka warna-warna terang sgt. Mmg cantik lah hiasan diorang buat ni.

    ReplyDelete
  5. cantiknya pelamin2 tu. mcm nak tempeh pulak untuk majlis nanti. tapi mcm jauh la pulak , sbb dkt Kelantan, saya dkt kedah. apa2pun terima kasih sharing :)

    ReplyDelete
  6. Memang meletop semua pelamin dia. Sangat cantik dan mewah. Untuk pilihan kaler, doco pun sweet dgn pastel kaler. Boleh suggest pada kawan-kawan di area Bachok lah. Kita kat sini jauhla pulak kan. Agak2 nya berapa lah harga tu ye

    ReplyDelete
  7. Canriknya lahai pelamin diaorg..terpukau sis dibuatnya, rasa cam nak naik pelamin lagi..hehehe. Untung org Kelantan ekk

    ReplyDelete
  8. nak kawen !! tapi calon xdak hehe..

    cantik2 pakej dia kak.. orang belah sana elok la amek pakej ni. nampak kemas dan elegen =)

    ReplyDelete
  9. Wah.. cantik-cantik design pelamin dan baju pengantin tu! Suka pulak tengok pelamin yang bunga-bunga tu. Menarik juga pakej perkahwinannya. Banyak perkara yang ditawarkan dalam pakej ni.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. cantik & lawa betul pelamin dorang ni..BBL yang tengok scroll baca entri pun excited rasanya.. bakal-bakal pengantin boleh la consider bridal ni sebagai pelamin untuk hari berbahagia nanti. harga pun sesuai dengan bajet tu

    ReplyDelete
  11. Wah cantik2 baju dan pelamin yang ditawarkan. Kat kelantan ya. Nanti boleh rekomen kan kat sepupu yang nak berkahwin x lama lagi hehe

    ReplyDelete
  12. Cantiknya laaa haii pelamin tu semua.. Memang best la dapat pelamin idaman hati. Alang alang keluar belanja, pilih terus yang berkenan kan.

    ReplyDelete
  13. Memang ekslusif sangat pakej yang ditawarkan .Baju ,pelamin semua cantik .Nasib baiklah zaman saya nak naik pelamin dah berlalu .Bakal pengantin dah boleh survey untuk majlis mereka nanti

    ReplyDelete
  14. Cantik cantik design pelamin dia. Ada yang nampak simple tapi kemas sangat. Ada yang design elegan dan nampak mahal. Warna warna yang dieorang gunakan pun menarik dan soft

    ReplyDelete
  15. Eh sekampung la kita! Sama la akak, zaman akak emi dulu tak banyak pilihan bab bridal ni. Terpaksa la ambik mana yg ada walaupun tak cantik. Ni emi nak kawen, lega rasanya bila jumpa bridal yg tersangat okay macam ni. Btw untuk wedding emi nanti emi dah booking dengan Nada Bridal ni. kawan emi yg nak kawen bulan 8 nanti pun ambil pakej dengan nada bridal ni jugak.

    ReplyDelete
  16. Huwaaa cantiknya. Saya rasa nak majlis lagi sekali di kelantan je tau. Lawa benor. Kalau kat KL jangan cakap harga kakkkk. Mahaiiii

    ReplyDelete
  17. Pelaminnya nampak cantik semuanya. .Hasihh rasa nak kawin swmula je. .Hehhehe. .Makeup dia pun cantik.. Senang la pasni orang yang nak kawin boleh guna khidmat diaorng ni kan.. Feedbacknpun ok

    ReplyDelete
  18. Cantikkkkkk. Suka warna soft soft dengan lampu yg shining shing lip lap tapi tak over gini. Tapi kat Kelantan ya, jauh tu nak survey survey.

    ReplyDelete
  19. Oooo Bridal Kelantan. Cantik pelamin dia, kemas. Kat Bachok tu jauh sangat kalau nak tempah ni. Huhu.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang