Pelikat Pants Kanak-Kanak dari Ziwani Textile

12:49 PM


Assalamualaikum..


Kawan2 mesti pernah tengok pelikat pants macam yang Alysa & Danish pakai ni kan?? Dan kalau tak pernah tengok Murni nak perkenalkan satu produk istimewa keluaran bumiputera iaitu Pelikat Pants keluaran Ziwani Textile. Syarikat Ziwani Textile adalah sebuah syarikat bumiputera yang mengkhusus dalam pembuatan pakaian, blaus, jubah kanak-kanak dan kurta dewasa. Murni sangat2 puas hati dengan pelikat pants ini. Anak-anak pon sangat selesa memakainya untuk buat basahan hari2. Lepas ni Murni nak tambah lagi koleksi pelikat pants ni..hihihihi



Model Pelikat Pants


Ziwani Textile

Ziwani Textile merupakan syarikat bumiputera yang mengusahakan sektor pembuatan pakaian dimana produk pelikat pants adalah produk utama syarikat tersebut. Disamping itu, Ziwani Textile juga menjual blous, jubah kanak-kanak dan kurta dewasa. Bagi menjamin keselesaan si manja, pemilihan kain pelikat yang digunakan sangat dititikberatkan iaitu benang tenun 5000 cap AYAM SERAMA / MANGGA sahaja. Tekstur kainnya halus dan lembut serta tidak panas agar si manja sentiasa selesa dan gembira. 


Pelikat Pants



Pihak Ziwani Textile mempunyai misi yang jelas dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Size untuk pelikat pants ini dari size 1, 2, 4 dan 6 tahun dengan harga yang ditawarkan hanya RM15 sahaja! Murahkan. Sesiapa yang ingin memborong pula, pihak Ziwani Textile menawarkan pelikat pants ini dalam bentuk borong / pukal kepada peniaga yang berminat. Bayangkan dalam masa setahun sahaja pihak Ziwani Textile berada dalam industri pembuatan ini telah membuat pengeluaran mencecah 3000 helai sebulan.








Masa tempah Murni hanya mention umur Alysa 6tahun dan Danish 4tahun. Bila sampai saiz yg sampai adalah saiz 4 dan saiz 6 dan ianya betul2 muat dengan dua beradik tu. Pelikat Pants ini memang sesuai dengan dua beradik tu. Apa yang paling Murni suka adalah jahitan bergetah di buku lali yang sangat kemas, dan longgar, tak adalah ketat sangat sebab dah diukur mengikut saiz dan umur si pemakai. Bahagian pinggang pula guna getah, so senang nak meregang.... Tak perlu risau terzip atau tali berpintal kan.. Paling penting warna dan design memang cute dan sesuai untuk si comel.










Pelikat pants ini ada 3 kategori iaitu Pelikat Pants Kids, Remaja dan Dewasa. Untuk harga bagi ketiga-tiga pelikat pants berbeza iaitu :-


Pelikat Pants Kids
Size 1, 2, 4 & 6 tahun Harga Retail RM15.00 | Borong RM10.00


Pelikat Pants Remaja
Size 8, 10 & 12 tahun Harga Retail RM25.00 | Borong RM 15


Pelikat Pants Dewasa
Size S, M, L & XL Harga Retail RM40.00 | Borong RM25



Bagi yang ingin memborong atau membeli pelikat pants boleh hubungi :


Puan Wani : 013-779 1601 | Puan Hazlina : 019-944 2889


Instagram : @ziwani_textiles











Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. cantikk mcm nk beli utk 3A ja sowng sehelai..

    ReplyDelete
  2. Seriusnya muka model yang kecik tu :-)

    ReplyDelete
  3. pemes da seluar ni.. cntik

    ReplyDelete
  4. cantik.. tak menggelebeh sangat.. yang jual banyak jenis besar2

    ReplyDelete
  5. Cantik dan murah la kak.. model 2 org tu pn elokk..hehehe

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang