You Need A Holiday Lah! | Traveloka Online Contest

6:31 PM


Assalamualaikum..



Sudah 2 minggu cuti persekolahan hujung tahun 2016 berlalu. Sana sini ramai kawan2 duk update FB intagram dan blog tentang percutian mereka. Ada yang bercuti dalam malaysia dan ada juga yg bercuti ke luar negara. Murni tumpang seronok. Dan baruni Murni dapat tahu Traveloka ingin menaja percutian idaman kita dengan #MyTravelokaEscapade. kita boleh memilih 10 percutian idaman samada nak bercuti ke Hong Kong, London, Langkawi, Bali dan banyak lagi dengan menyertai You need a holiday lah! dari Traveloka. Jom pakat join mana tahu kita antara yang bertuah..hihihi






Sebenarnya Murni dah lama2 simpan impian ingin ke Sabah negeri di bawah bayu ni. Dah alang2 ada contest dari Traveloka.com ni Murni ingin mencuba nasib laa..Harap2 #MyTravelokaEscapade dapat tunaikan impian Murni..hihihi. Disini Murni senaraikan beberapa tempat yang membuatkan Murni terpanggil untuk ke negeri Sabah di Bawah Bayu.







1. Sabah Tea Garden














Sabah Tea Garden terletak 800 meter di bukit-bukau berhampiran Kampung Nalapak, 11 meter dari simpang jalan Poring. Ladang Teh Sabah ini menghasilkan teh yang disahkan organik. Terletak di daerah yang tenang Ranau dan menghadap ke pergunungan yang indah, Sabah Tea Garden adalah sesuai untuk mereka yang mencari percutian yang singkat.



2. Poring Hot Spring








Lawatan ke Taman Kinabalu tidak akan sempurna tanpa berkunjung ke Poring Hot Springs. Terletak 40 kilometer (25 batu) timur laut sedikit dari HQ Parks, yang terletak di kawasan tanah rendah. Kolam air panas ini dianggap mempunyai sifat-sifat penyembuhan dan sangat popular di kalangan penduduk tempatan seperti dapat menyerap jauh kudis dan sakit otot anda dengan mineral panas sulfurik musim bunga ini, 



 3. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang




Desa Dairy Farm adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi jika ke Sabah. Ladang ini terletak di sepanjang jalan untuk Mesilau Nature Park / Golf Resort. Anda akan dapat melihat pintu masuk dan papan tanda besar di sebelah kiri. Ia mengambil masa kurang daripada 2 minit memandu di jalan kerikil ke pintu masuk.














Jika anda melawat Kundasang, Sabah, jangan skip tempat yang indah ini, Desa Dairy Farm. Desa Dairy Farm adalah ladang lembu yang dimiliki oleh kerajaan negeri Sabah. Tempat ini begitu cantik dan menawan. Selain itu, anda boleh melawat di dalam ladang untuk melihat lembu lebih dekat dan mereka juga menjual susu segar dari pengeluaran mereka.



4. Tagal Luanti, Fish SPA









'Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia. Sebaik memasukkan kaki anda ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan mula mengurut kaki anda. Anda juga boleh memberi makanan ikan kepada ikan-ikan ini. Tak dapat nak bayangkan rasa mcm mana ya bila ikat mencuit2 kaki kita..


5. Taman Negara Kota Kinabalu










Taman Negara Kota Kinabalu, kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, adalah salah satu persekitaran semula jadi yang paling penting di dunia. Taman ini adalah rumah kepada beribu-ribu jenis flora dan fauna yang berasal dari kawasan itu, dan beberapa ratus yang hanya dijumpai dalam park. Oleh sebab itu, Taman Negara Kota Kinabalu telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000, yang pertama di Malaysia. Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pelbagai jenis haiwan, burung, serangga dan tumbuhan dijumpai di taman ini.




6. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu













Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang mejual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang fresh dari kebun. Nanti boleh laa membeli buah2 yang tiada di semenanjung Malaysia dan yang hanya ada disabah. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini. 



7. Shopping Mutiara Sabah














Ini pun satu tempat untuk penggemar-penggemar mutiara dan kristal yang terkenal di kalangan pelancong yang beroperasi sejak 1996 lagi. Lokasinya di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu. Satu lagi cawangannya ada di 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.








Kalau ke Sabah kalau tak memborong mutiara mesti rugi. Di Sabah aksesori wanita yg dihiasi mutiara sangat banyak pilihan dan harga pon boleh pilih mengikut gred mutiara. Kalau Murni pergi sana mesti boleh jadi gila sekejap..hehehe.


8. Makan Seafood
















Selalu duk dengar kawan2 duk cerita seafood kat Sabah segar2 dan murah. Bila tengok gambar pon dah telan air liur bergelen2 ni. InshaAllah kalau ada rezeki dapat laa kami merasa seafood di Sabah ini. Aamiiin!


 #MyTravelokaEscapade | Percutian Idaman ke Sabah




Kenapa korang patut memilih #MyTravelokaEscapade ni kerana Traveloka merupakan satu laman web yang menyediakan kemudahan menempah hotel dan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda dalam satu masa. Tak perlu bersusah payah mencari hotel dan tiket penerbangan secara berasingan. Dan Traveloka pon ada apps yang kita boleh dowload di smartphone kita. Jadi bila terlintas jer nak berciti boleh terus buka apps Traveloka ni..hihihi





Di samping itu Traveloka sentiasa menawarkan harga promosi yang menarik untuk kita nikmati. Cuma pilih tarikh dan mana-mana destinasi dan Traveloka akan sediakan dengan mudah dan cepat.






Kawan2 yang nak juga percutian yang di taja cepat-cepat join contest You need a holiday lah! #MyTravelokaEscapade. Mana tau ada rezeki dapat percutian idaman. Save budget korang nanti. Kalau nak tau lebih lanjut tentang contest klik SINI



Psst: Gambar2 dalam entry ini kredit kpd GOOGLE.







Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. Sabah memang best kak! Dah 2xpi.. hehehe..tp kalau kata nk repeat lg pun bole..kak bawak farah na teman kak pi bercuti kalau menang nanti..hehehe..good luck kaka muni..😘😘😘

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini...semoga berjaya...

    ReplyDelete
  3. Sep sikit.. sha pun teringin nak gi sabah..
    All the best kak murni..

    ReplyDelete
  4. rindu nak ke sabah lagi. ritu masa pergi sabah walau banyak hari rasa tak puas. satu nya pasal bazir sehari konon nak tunggu kemas rumah depa sat padahal tak kemas mana pun. lagi satu pasal kira demam urat masa sampai kundasang tu. huwaaaa

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang