WARNA RASA IFTAR RAMADAN BUFFET AT ROYALE CHULAN PENANG 2023

3:05 PM

Assalamualaikum

Tak lama lagi dah bulan Ramadhan bakal menjelma. Ramadhan tahun ni Hotel Royale Chulan Penang kembali dengan hidangan lazat di Sri Tanjung Café. Pada masa ni laa di mana keluarga dan rakan-rakan boleh berkumpul untuk meraikan kebersamaan. Makan malam bufet Ramadan tahun ini bertemakan "Warna Rasa Iftar Ramadan" menampilkan pelbagai pilihan masakan Asia dengan sorotan gastronomi Melayu yang menjadi kegemaran dengan nostalgia hidangan yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadhan nanti.


Barisan bufet istimewa yang mempunyai pelbagai warna, tekstur dan perisa, dan akan menampilkan ciri persembahan masakan panas dan masakan sejuk termasuklah Kambing Panggang yang sentiasa popular yang membuatkan orang ramai datang kembali tahun demi tahun! Tak lupa juga dengan Satay, Ikan Bakar dan Shawarma Ayam.






Pembuka Selera

Kalau berbuka puasa, menu wajib ada adalah pembuka selera. Almaklum dah seharian berpuasa lidah mesti nak sesuatu yang masam2 manis macam kerabu dan salad. Tak lupa juga telur masin, ikan masin dan segala ulaman dan sambal pencicah.










ANEKA KERABU









ANEKA SALAD DAN BUAH








Selain itu, pada tahun ini tidak ketinggalan juadah menu utama seperti Ketam Masak Cili Royale, Sotong Goreng Berempah, Sambal Tumis Retak Seribu, Panggang Corner (featuring clams, baby octopus, kerang buluh & tenggiri), Udang Masak Kicap Pedas, Daging Redang Mamak, Sotong Masak Asam Cili Padi, Ayam Shawarma dan banyak lagi!













Hidangan bufet dilengkapi dengan pelbagai pilihan pastri dan pelbagai kurma dan jeruk juga, ditambah dengan pilihan pencuci mulut yang lazat seperti Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum, Bubur Kacang Hijau, Kek Sarang Semut, Kek Lapi Berempah, Aneka kuih tradisional Melayu dan lebih. Ia sememangnya satu cara yang diberkati lagi mewah untuk 'berbuka puasa' bersama orang tersayang.

PENCUCI MULUT


















KUIH MUIH





GERAI AKSI




















Review ikhlas:

Setelah mencuba hampir keseluruhan menu buffet berbuka di Royale Chulan Penang, terus terang Murni akui semuanya sedap2 belaka. Serius berbaloi dgn duit yang korang belanjakan. Tahun ni harga naik sikit sbb ada menu seafood juga. Tapi jangan risau lauk2 semua sedap. Dessert pon sedap. Kalau nak murah boleh ajak kawan2 kalau cukup 6 orang dapat free lagi 1 atau 2 seat. So cepat2 beli. Selamat mencuba.





PSST: Royale Chulan Pulau Pinang mempunyai dapur yang disahkan halal oleh JAKIM dan kemudahan Surau juga disediakan untuk tetamu menunaikan solat.

Bufet “Warna Rasa Iftar Ramadan” akan disediakan:
  • Tarikh: 25 Mac hingga 21 April 2023
  • Harga: RM129+ (dewasa) dan RM99+ (warga emas dan kanak-kanak)
Hotel pada masa ini menawarkan PROMOSI pembelian awal:
  • Beli 6 Percuma 2 dari sekarang hingga 24 Mac 2023
  • Hotel pada masa ini menawarkan PROMOSI pembelian awal:

Selain bufet Ramadan, Royale Chulan Penang juga menawarkan pakej staycation yang termasuk Bufet Ramadan. Tetamu boleh memilih untuk menginap dan menjamu selera di hotel dengan “Tidur Nyenyak Promo Ramadan” yang menawarkan penginapan 2 Hari 1 Malam di Bilik Superior termasuk Sahur dan Iftar untuk 2 orang hanya RM438+. Tempoh penginapan pakej adalah dari 25 Mac hingga 21 April 2023.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 04 259 8888 (Bilik / F&B) atau WhatsApp ke 016 330 3408 (Tempahan F&B sahaja).

For more information :

Royale Chulan Penang
1&2, Pengkalan Weld, 
Georgetown 10300,
Penang.
Tel : +604-259 8888


 

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang