BUFFET RAMADHAN 2023 di RAIA INN, PENANG DGN TEMA - IFTAR RAMADAN RASA RAIA-
9:08 PMMenjelang Ramadhan tak lama lagi, Raia Inn Penang menawarkan tetamu pilihan berbuka puasa yang popular dan pelbagai untuk berkongsi kebahagiaan Ramadan. Disini kita boleh berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di Mutiara Ballroom dari 24 Mac hingga 20 April 2023.
PEMBUKA SELERA
Bufet IFTAR RAMADAN RASA RAIA yang dinanti-nantikan menawarkan lebih 100 hidangan istimewa tradisional Melayu yang lazat dengan menu masakan Arab dan antarabangsa, menu yang disediakan dan dipilih secara khusus oleh tukang masak yang sangat terlatih.
MENU UTAMA
Gerai 'Roti Canai & Murtabak' dan 'Roti John Viral' dengan keistimewaannya, Terdapat juga 'Goreng Celup Padang Kota' dengan Keropok Lekor, Keropok Losong, Goreng Pisang & Ubi Keledek dengan Sambal Kicap menanti untuk dinikmati.
Tak lupa juga hidangan khas Pulau Pinang iaitu 'Char Koay Teow' yang anda boleh dinikmati dengan memasak diatas arang panas secara langsung di gerai aksi. Terdapat juga pilihan gerai pencuci mulut kami seperti pelbagai jenis bubur, kuih-muih & dessert yang sedap. Tak lupa juga Ais Kacang, Cendol, Aiskrim & Teh Masala Brew Panas, Teh Tarik dan Kopi.
Raia Inn Penang akan menyajikan makan malam bufet "IFTAR RAMADAN RASA RAIA” setiap malam dari 24 Mac hingga 20 April 2023, bermula dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Bufet ini berharga RM65nett untuk Dewasa, RM32.50nett untuk Kanak-kanak (4-12) dan RM45.00nett untuk Warga Emas.
Tempahan korporat, pembelian baucar awal dan pembelian tempahan boleh dibuat di talian 04-6412284 atau 014-645 0902 atau melalui laman web www.raiahotels.com.my.
1 ulasan
waduhh juadah berbuka puasa best nih., hehe
ReplyDelete