BUFFET RAMADHAN 2023 di RAIA INN, PENANG DGN TEMA - IFTAR RAMADAN RASA RAIA-

9:08 PM

Menjelang Ramadhan tak lama lagi, Raia Inn Penang menawarkan tetamu pilihan berbuka puasa yang popular dan pelbagai untuk berkongsi kebahagiaan Ramadan. Disini kita boleh berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di Mutiara Ballroom dari 24 Mac hingga 20 April 2023. 


PEMBUKA SELERA









Bufet IFTAR RAMADAN RASA RAIA yang dinanti-nantikan menawarkan lebih 100 hidangan istimewa tradisional Melayu yang lazat dengan menu masakan Arab dan antarabangsa, menu yang disediakan dan dipilih secara khusus oleh tukang masak yang sangat terlatih.

MENU UTAMA









Menjelang Ramadhan, Raia Inn Penanghotel juga telah menyediakan pelbagai jenis hidangan lazat untuk dinikmati. Antara menu yang kami ketengahkan tahun ini termasuk BBQ Whole Lamb Kashmiri dengan lebih 10 Gerai! Tetamu boleh mengunjungi 'Gerai Ikan Bakar' dengan hidangan utama pelbagai pilihan ikan yang diperap dengan garam & kunyit diiringi Air Asam & Sambal Kicap dihidangkan bersama nasi putih panas. 



Gerai 'Roti Canai & Murtabak' dan 'Roti John Viral' dengan keistimewaannya, Terdapat juga 'Goreng Celup Padang Kota' dengan Keropok Lekor, Keropok Losong, Goreng Pisang & Ubi Keledek dengan Sambal Kicap menanti untuk dinikmati.




Tak lupa juga hidangan khas Pulau Pinang iaitu 'Char Koay Teow' yang anda boleh dinikmati dengan memasak diatas arang panas secara langsung di gerai aksi. Terdapat juga pilihan gerai pencuci mulut kami seperti pelbagai jenis bubur, kuih-muih & dessert yang sedap. Tak lupa juga Ais Kacang, Cendol, Aiskrim & Teh Masala Brew Panas, Teh Tarik dan Kopi.














Raia Inn Penang akan menyajikan makan malam bufet "IFTAR RAMADAN RASA RAIA” setiap malam dari 24 Mac hingga 20 April 2023, bermula dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Bufet ini berharga RM65nett untuk Dewasa, RM32.50nett untuk Kanak-kanak (4-12) dan RM45.00nett untuk Warga Emas.


Tempahan korporat, pembelian baucar awal dan pembelian tempahan boleh dibuat di talian 04-6412284 atau 014-645 0902 atau melalui laman web www.raiahotels.com.my.



Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang